PSYCHO (JI HYO)

147 6 0
                                    


Ji hyo membelek kertas yang bertaburan di atas meja,helaian demi helaian disemak dengan teliti.Sudah hampir 3.30 pagi,matanya tidak dapat dilelapkan.Akhirnya dia tertidur sambil ditemani kertas-kertas kerjanya.Ji hyo bertugas sebagai seorang doktor sakit jiwa.
Keesokkan paginya,Ji hyo mendapat panggilan daripada seorang wanita yang dianggap pensyarah baginya.Wanita tersebut mengatakan bahawa Ji hyo harus berjaya membantu seorang kanak-kanak lelaki pulih daripada trauma.Ji hyo sangat gembira kerana ini merupakan tugas pertamanya sebagai seorang doktor.Ji hyo bergegas ke bilik air lalu bersiapkan diri untuk pergi ke hospital dan mengetahui lebih lanjut tentang kanak-kanak tersebut.

*******
Tiba di hospital,Ji hyo bergegas mengambil tempat di bahagian hadapan bertentangan dengan kanak-kanak tersebut.“Siapa nama dongsaeng?” soal Ji hyo.Namun kanak-kanak tersebut cuma membisu.Kanak-kanak tersebut kelihatan amat pucat dan takut.“Prof,siapa nama dia?” soal Ji hyo selepas melihat kelibat pensyarah yang menyerahkan tugasan tersebut kepadanya.“Nama dia Yoo geun,umur dia 12 tahun,kalau Ji hyo nak tahu lebih lanjut tentangnya datang ke bilik saya,tak sesuai jika kita bincang pasal ini dihadapan dia.”jawab pensyarah tersebut sambil mengajak Ji hyo ke biliknya.
Ji hyo mengikuti pergerakkan pensyarah tersebut.Langkah demi langkah digunakan akhirnya tiba di hadapan bilik pensyarah tersebut.Pensyarah tersebut mangambil tempat duduknya begitu juga dengan Ji hyo yang mengambil tempat duduk berhadapan dengan pensyarah tersebut.“Yoo geun sebenarnya seorang kana-kanak yang ceria dan lincah seperti kanak-kanak yang lain yang sebaya dengannya,cuma selepas peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tua dan dongsaengnya dia kembali menjadi pendiam dan akhirnya takut untuk mendekati sesiapa.Polis juga ingin keterangan darinya kerana dia adalah satu-satunya saksi yang berada di tempat kejadian,tetapi dia tetap memberi jawapan yang sama.Tak silap saya dia cakap yang benda itu membunuh keluarganya.Kami belum pasti tentang hal ini.Akhirnya dia dihantar ke sini.”terang pensyarah tersebut.
“Prof,boleh tak kalau saya nak rawat dia dekat tempat tinggal dia sendiri?”soal Ji hyo setelah mendengar penjelasan daripada pensyarah tersebut.“Kalau kamu sanggup tanggung risiko yang besar,silakan.Saya tak menghalang perbuatan kamu.Kamu ada cara sendiri untuk mengubati seorang pesakit.”jawab pensyarah tersebut.“Thank prof.Saya akan pastikan yang Yoo geun akan kembali pulih secepat yang mungkin.”kata Ji hyo. “Tapi saya cuma boleh benarkan kamu tinggal di sana selama dua minggu,dan kamu juga harus pulihkan Yoo geun dalam masa yang sama.Kamu yakin kamu boleh lakukan?”soal pensyarah tersebut selepas menetapkan pesyaratan ke atas Ji hyo.Ji hyo terasa terbeban seketika,dia tidak jangka bahawa dia harus merawat seorang pesakit dalam masa sesingkat itu.Tapi itu merupakan tugasnya yang pertama,Ji hyo tetap bersetuju walaupun syarat tersebut agak beban baginya.
“Saya setuju dengan syarat ini,saya akan kembalikan Yoo geun dalam keadaan asalnya dalam masa yang ditetapkan.”jawab Ji hyo.“Baiklah,kalau kamu dah tekat,saya tak boleh halang.Tapi utnuk kali pertama dan kali terakhir saya ingatkan kamu,kalau kamu gagal mengembalikan Yoo geun seperti yang kamu janjikan,kamu akan dommaang daripada posisi kamu sekarang sebagai seorang doktor.”terang pensyarah tersebut.“Saya akan buktikan.”kata Ji hyo dengan penuh yakin.

*******
Keesokannya,Ji hyo tiba di rumah yang merupakan tempat tinggal Yoo geun sekeluarga.Yoo geun bersembunyi di belakang Xiumin yang merupakan sahabat Ji hyo.Ji hyo mengajak Xiumin untuk tinggal bersamanya,tetapi Xiumin menolak kerana dia mempunyai banyak kerja.Yoo geun takut melihat rumahnya sendiri.“Dia akan datang balik,dia akan datang balik.Tak nak masuk,tak nak masuk.”kata Yoo geun.“Siapa Yoo geun?”soal Ji hyo sambil mendekati Yoo geun.“Tak nak masuk.”Yoo geun tidak menjawab soalan Ji hyo sebaliknya berkata benda yang sama.
Ji hyo buntu untuk mencari jalan supaya Yoo geun boleh masuk ke rumahnya dengan tenang.Akhirnya Xiumin membantu dengan menenangkan Yoo geun.“Yoo geun,dengar sini dia dah hilang untuk selamanya.Tapi kalau Yoo geun tak masuk ke dalam rumah sendiri,dia akan kembali mengacau Yoo geun.Yoo geun nak?”soal Xiumin.Ji hyo sempat mencubit Xiumin kerana menenangkan Yoo geun dengan menggunakan ayat seperti itu.Sesungguhnya Ji hyo tidak percaya dengan semua benda tersebut.Ji hyo menggangap yang benda itu ‘mengarut’ dan tidak wujud di dunia.Tetapi dengan kata-kata Xiumin akhirnya Yoo geun bersetuju untuk masuk ke dalam rumah tersebut.
“Kau masuk dulu,nanti apa-apa hal call aku,aku dah pasang cctv kat rumah ni.Aku akan pantau kau melalui cctv ni.Jangan risau semua selamat walaupun aku tak tinggal dekat rumah ni.”kata Xiumin.“Tapi kau tak pasang dekat bilik air kan?”soal Ji hyo.“Kau ni,apa punya soalan kau soal ni.Mestilah tak.” jawab Xiumin dengan nada yang agak marah.“Relakslah aku melawak saja,nanti apa-apa hal aku call kau,jangan off pulak telefon tu.”jawab Ji hyo lalu menemani Xiumin hingga masuk ke dalam kereta.
Selepas kereta yang dipandu Xiumin hilang dari pandangan,Ji hyo masuk ke dalam rumah dan mula mengemas barangnya di dalam rumah tersebut.Rumah tersebut mempunyai dua tingkat.Ji hyo mengambil bilik yang berada di tingkat bawah kerana bilik Yoo geun juga berada di tingkat bawah.Ji hyo menyusun semua peralatan untuk merawat di atas meja yang agak besar.Mungkin itu meja makan Yoo geun sekeluarga.Ji hyo cuba untuk berkomunikasi dengan Yoo geun tetapi Yoo geun selalu mengelak daripada melihat Ji hyo.
Ji hyo membiarkan Yoo geun berseorangan kerana Ji hyo mengagak yang Yoo geun rindu akan keluarganya.Ji hyo mengambil keputusan untuk memulakan tugasnya merawat Yoo geun pada esok hari.Ji hyo juga yakin bahawa Yoo geun adalah anak orang kaya kerana kemewahan rumah Yoo geun.Rumah Yoo geun diibaratkan mempunyai pakej yang lengkap jika datang berkunjung.Ji hyo mula mengkaji apa yang berlaku kepada keluarga Yoo geun dan Yoo geun dengan maklumat yang dia dapat daripada pensyarahnya.

K-IDOL IMAGINEWhere stories live. Discover now