ILLUSION FRIEND (SUHO)

231 18 0
                                    

Sejak appa dan ommanya bercerai,terpisah jauh dan tidak lagi bersama.Ji hyo,seorang gadis manis yang baru mencecah usia remaja dan baru sahaja menyambut ulang tahunnya telah berubah sikap dan cara dia berkawan.
Sebenarnya Ji hyo sudah merasakan keretakkan hubungan orang tuanya.Dia pernah mendengar nama wanita lain selain ommanya.Tapi dia tidak sanggup untuk melerai.Dia hanya berharap pertengkaran ini hanya bumbu kehidupan keluarganya.
Kini dia hanya termenung meratapi kelangsungan hidupnya.Dia selalu berada di sebuah ayunan bertalikan tambang.Tempat yang sangat nyaman.Pohon mangga yang rendang itu, sekarang menjadi rumah keduanya.Dia habiskan waktu sambil menatap kosong tak berirama.
Waktu itu hujan turun lebat dan beranginkan lembut dedaunan. Dia tersedar bahawa hujan mulai turun.Ji hyo pun bersedia untuk berteduh. Namun langkahnya tertahan, ada seseorang yang menggengam tangannya.
"Jangan pergi, hujan sudah lebat. Kamu boleh sakit nanti" kata orang misteri itu.
Sambil memusingkan badannya,orang misteri itu tiba-tiba hilang dan melepaskan tangannya.Disana Ji hyo tercengang dengan jantung berdebar. Wajahnya dari mula merah merekah, kini menjadi pucat tidak berwarna. Tangannya pun masih merasakan sentuhan itu
"Siapa tadi? Kenapa tiba-tiba ada seseorang disini, padahal tembok pembatas begitu tinggi" dia bertanya dalam hati
Ji hyo bertanya-tanya dalam hati. Siapa orang tersebut yang dia pikirkan, sudah menjadi bayangan makhluk halus. Tapi dia tidak menganggap berlebihan. Dia pun melangkah meski hujan teramat lebat.
Langkah Ji hyo pun berlanjut. Tangannya menyilang seakan merasakan kedinginan. Baru beberapa langkah saja, dia merasakan keanehan. Kepalanya tidak basah!?, padahal deras hujan bertubi-tubi membasahi bumi. Ji hyo kali ini merinding, perasaanya tidak sedap.
Lalu dia berusaha memusingkan badannya. Dia melihat seseorang dengan payung ditangannya. Wajah orang itu tak nampak, berkat jaket kulit berwarna hitam serta topi dengan warna yang senada dengan jaket, melekat di badannya.
"Hey...!! Siapa kamu? Dari mana asal kamu?" ucap Ji hyo berontak."Sudah, lihatlah kedepan.Akan kau jumpa omma dan orang gajimu."Ji hyo pun mengikuti perintah orang tersebut. Namun dia tidak lihat omma dan orang gajinya berdiri di depan sana. Lalu dia mencuba bertanya lagi."Tapi kamu siapa ...." Ji hyo terkejut setengah mati, orang itu kembali menghilang.
******
Esoknya. Ji hyo terjaga dari tidurnya, dengan mata yang masih mengantuk dia melihat ommanya. Ommanya dengan hati-hati meletakan pinggan berisikan roti dan epal merah segar yang sudah terbelah.
"Omma..."kata Ji hyo."Ya Ji hyo."memandang dengan senyuman di bibirnya."Mana orang gaji?"soal Ji hyo yang masih mamai daripada tidurnya."Orang gaji?Mana ada orang gaji kesini. Dia kan tengah bercuti sekarang." ucap ommanya kebingungan"Aikk tengah cuti? Tapi orang itu kata..." ucap Ji hyo namun terpotong."Kata orang? Siapa?"soal ommanya."Kemarin ada orang yang payungkan Ji hyo hingga ke teras rumah, lalu dia pergi entah kemana."kata Ji hyo dengan muka yang penuh tanda tanya."Mana ada orang lain selain kamu di sini?" ucap omma Ji hyo dengan nada yang tegas sedikit."Tapi.."kata Ji hyo lagi."Sudah cepat makan, omma harus pergi ke pejabat sekarang."Ji hyo terdiam, mendengar ommanya sudah menaikan nada bicaranya. Dia cemberut sambil menahan dagu dengan kedua tangannya. Sedangkan ommanya sudah berkemas utuk berangkat ke pejabat.
******
Omma Ji hyo sudah berangkat pergi ke pejabat. Ji hyo kembali menyendiri.Dia kembali menduduki ayunan bertali tambang. Berayun lagi dengan tatapan yang kosong sambil tangan menggenggam tali. Kakinya belum mahu menggerakan ayunan, tapi tiba-tiba saja ayunan bergerak sendiri. Tanpa di gerakkan.
"Biar aku yang ayunkan saja."ucap orang misteri itu."Kamu!! Lagi-lagi datang mendadak. Sekejap lagi kamu akan hilang juga."kata Ji hyo setelah melihat orang misteri itu kembali."Benarkah ?''soal orang misteri itu."Betullah! Eh kamu dan dia kenapa pakai baju serba hitam?" kata Ji hyo."Sememangnya perlukah awak tahu ?''soal orang misteri tersebut."Betul!Kenapa garang sangat?" soal Ji hyo sambil memusingkan badannya."Ya,aku memang macam tu."ucap orang misteri itu.
******
Suasan hening, tak bersuara. Orang misteri itu masih menggerakkan ayunan. Ji hyo pun masih menikmati ayunan itu.
"Mengapa diam? Oh ya siapa nama kamu?"soal Ji hyo."Suho."jawab ringkas lelaki yang bernama Suho itu."Siapa?"soal Ji hyo kerana kurang jelas."Ingat sendiri, Ji hyo."jawab Suho."Hey !! Macam mana kamu tahu siapa nama aku?"soal Ji hyo dengan muka yang penuh tanda tanya.
Namun sebelum pertanyaan itu tidak terjawab,orang misteri itu sudah tidak ada ditempat yang dimana dia mengayunkan ayunan untuk Ji hyo. Ayunan pun terhenti. Perasaan ingin tahu yang begitu kuat dari dalam diri Ji hyo membuat dia mencuba mencari manusia misteri itu. Dia mencari di sebalik semak-semak, lalu dibelakang garaj hingga rela menaiki jenjang demi jenjang anak tangga, untuk melihat keadaan di sebalik tembok yang tingginya dua meter itu.
"Siapa sebenarnya kamu? Suho....." teriakan Ji hyo menggema.
Ji hyo kemudian mengayunkan langkah kedalam rumah, dan dia dapati sebuah foto tergeletak di lantai, meski dia tak berfikir mengapa boleh terjatuh. Dia melihat seseorang dengan rambut berwarna kuning keputihan mengenakan baju warna biru dengan kata Suho dengan tulisan font Algerdian.
Oh hari yang buruk bagi Ji hyo, dia merasa mual dengan kejadian ini. Tentang si misterius dan Suho yang dia berkata-kata. Ji hyo pun rebah, terkapar di lantai teras.
******
Belum sedar akan keadaan anaknya kini, membuat sang omma gelisah.Sambil berharap-harap cemas dan menunggu doktor yang masih memeriksa keadaan fizik Ji hyo.
"Anak puan cuma kepenatan, saya beri resep ini.Puan boleh membeli ubatnya di farmasi."
"Tapi doktor, anak saya tak mengalami penyakit yang boleh menyebabkan kematian kan?"
"Oh,puan bertenang sahaja. Ji hyo hanya kepenatan sahaja serta perlukan rehat yang cukup."kata doktor lalu meninggalkan omma Ji hyo.Omma segera membeli ubat yang sesuai dengan resep yang di berikan oleh doktor.
******
Ji hyo terbangun, dia mendapati rumahnya dalam keadaan kosong, kepalanya masih terasa pening. Ji hyo cuba duduk dengan menyandarkan kepalanya dia kepala katil . Mencuba memandang bebas apa yang ada di sebalik jendela.
Lalu dia melihat seseorang duduk di ayunan kemudian berdiri dan memutar badannya kemudian melangkah dan menghilangkan diri di sebalik pohon. Dia seakan terkejut saat Ji hyo melihatnya.
Ji hyo bangkit dari katil dan segera keluar. Namun sayang langkah Ji hyo terhenti ketika dia sedar ada ommannya di hadapan.
"Kamu nak pergi mana?"soal ommanya setelah melihat Ji hyo cuba bangun dari katil.
"Kejar Suho omma,dia yang temankan Ji hyo di-"
"Ji hyo !! Dari mana kamu tahu perkara mengenai Suho??"
"Siapa Suho yag sebenarnya omma,omma kenal ke dia?"soal Ji hyo untuk mengetahui lebih lanjut persoalan mengenai Suho.
"Bukan siapa-siapa."kata omma Ji hyo yang sedang cuba menyembunyikan sesuatu dari Ji hyo.
"Jujurlah omma, dia orang misteri yang menemani Ji hyo akhir-akhir ini."rayu Ji hyo,sesungguhnya dia ingin tahu tentang Suho.
"Apa !?"
******
"Oh begitu rupanya cerita dia,tragis sekali hidup dia"
"Ya,dia dulu anak tiri omma,dia oppa kamu. Dia pernah ingin membunuh omma, ingin menikam omma"
"Lalu apa hubungannya dengan baju yang bertuliskan Suho?!"
"Baju itu adalah pemberian dari omma kandungnya, pada acara ulang tahun yang ke tujuh belas, kerana sudah lama terletak di dalam almari dan warna nya pun sudah mulai pudar,omma tidak sengaja menjadikannya kain buruk."
"Lalu apa reaksi dia?"soal Ji hyo.
"Dia marah kemudian dia mengambil pisau lalu dia mencuba untuk menikam pisau itu kearah omma. Appa tiba-tiba datang lalu menendangnya hingga jatuh. Kepalanya terhantuk dengan kuat ke dinding."
"Dia masih hidupkah omma?"
"Kepalanya mengalami pendarahan yang sangat teruk, darah keluar dengan cepat. Appa panik, omma pun panik tidak mahu appa masuk penjara dan kami sepakat menguburinya di bawah pohon itu." Omma menunjuk pohon di mana Ji hyo berayun dengan kesunyian hatinya
"Semoga dia tenang di alam sana. Omma juga harus tenang, dia juga tahu. Omma dan appa tak salah dalam hal ini. Buktinya dia tidak mengusik ketenangan Ji hyo, malah dia selalu menemani Ji hyo saat omma tidak ada di sisi Ji hyo."
Tepat dimana hari ulang tahun si misteri itu, omma dan Ji hyo sengaja memanjatkan doa di tempat dia dikuburkan, di bawah pohon yang dihiasi ayunan itu dan berharap semoga arwahnya diterima disisi Tuhan. Saat Ji hyo mulai pergi menjauh dari pohon itu, dia mendapati si misteri itu tersenyum.Ji hyo sempat membaca gerak bibir si misteri itu.
''Terima kasih,nae dongsaeng.Saranghae.'' ucap Suho.Ji hyo tersenyum setelah mendapati roh oppa tirinya itu hilang.

TAMAT

K-IDOL IMAGINETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang