HAUNTED LOVE (JIMIN)

234 19 0
                                    

Request by BungaDecember09
Here Jimin and Ji hyo imagine.Sorry lambat
******
Ji hyo dan Jimin merupakan sepasang kekasih di International High School.Walaupun Jimin merupakan senior kepada Ji hyo namun demi cintanya terhadap Ji hyo,dia tidak pernah membuli Ji hyo.mereka merupakan pasangan yang paling sweet di sana.Suatu hari,Jimin dan Ji hyo bercakap mengenai perhubungan mereka.Jimin ingin sehidup semati bersama Ji hyo.
"Hyo,apa pendapat Hyo kalau oppa nak teruskan hubungan kita untuk selama-lamanya?"soal Jimin."Maksud oppa,sehidup semati?soal Ji hyo kembali,"Kenapa tidak?"Ji hyo meneruskan percakapannya."Entahlah Hyo,oppa rasa kalau kita beranjak kearah dewasa nanti mungkin kita akan bawa haluan masing-masing."kata Jimin menjelaskan apa yang terbuku dan yang menjadi kerisauan di hatinya selama ini."Hyo ada idea!"kata Ji hyo."Kita buat sumpah darah"."Sumpah apa?"tanya Jimin terkejut.

"Sumpah darah"kata Ji hyo. "Dengar, kita berdua harus berjanji bahawa kita akan menjadi pasangan selamanya. Jika kita berpisah, kita berdua bersumpah untuk melakukan apa pun agar kita boleh bersama selamanya."terang Ji hyo."Tak, itu tidak masuk akal, Hyo."kata Jimin. "Kita tidak akan terpisah. Kita akan selalu bersama selamanya"terang Ji hyo lagi.Tapi kerana Ji hyo terus memaksa Jimin untuk melakukannya, akhirnya Jimin pun setuju untuk melakukannya.

Ji hyo mengambil dua jarum lalu memberikan satu kepada Jimin. Mereka mngambil secarik kertas dan menulis perkataan "Pasangan selamanya" di bahagian atas kemudian meletakkan tanda tangan mereka di bahagian bawah. Mereka menyalakan lilin kemudian memanaskan hujung jarum yang mereka pegang. Lalu mereka menusuk jari telunjuk mereka dengan jarum dan menumpahkan darah mereka di samping tanda tangan mereka masing-masing.
Kini sumpah darah mereka telah dilaksanakan.

Bertahun-tahun sudah berlalu, mereka membesar dan akhirnya telah pun lulus sekolah. Jimin berancang untuk menyambung pelajarannya di luar Negara atas desakan orang tuanya, sementara Ji hyo tetap tinggal di Negara asalnya dan bekerja di sebuah pusat hiburan. Sewaktu di luar Negara, Jimin telah jatuh cinta dengan yeoja lain. Dia tetap menghubungi Ji hyo seperti biasa namun dia merahsiakan perhubungannya dengan yeoja tersebut. Jimin akan menghubungi Ji hyo minima seminggu sekali untuk memberitahu JI hyo tentang keadaannya.

Setelah Jimin menghabiskan pelajarannya di USA dia pulang ke tanah airnya kembali, dia mendapat pekerjaan dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan yeoja yang telah mencuri hatinya ketika dia berada di USA. Setelah berkahwin, pasangan tersebut kemudiannya membeli sebuah rumah dan menetap di sana. Setelah beberapa tahun, mereka mempunyai seorang bayi lelaki yang comel. Jimin menjadi sangat sibuk dengan keluarganya hingga jarang mempunyai kesempatan untuk memberitahu Ji hyo hal yang sebenar. Jimin terus lupa akan niatnya untuk memberitahu perkara sebenar terhadap Ji hyo.

Walaupun Jimin masih teringatkan teman masa mudanya dulu namun Jimin tidak pernah terfikir untuk menghubungi Ji hyo. Pada akhirnya, kehidupan telah memisahkan jalan mereka berdua dan mereka tidak pernah bertemu lagi semenjak lulus sekolah.

Suatu malam, Jimin mengalami mimpi buruk. Dia sedang memandu seorang diri di jalan yang sunyi sepi lalu datang sebuah lori yang hilang kawalan dan terus melanggar keretanya dengan kuat.

Jimin terbangun dari tidurnya dengan bermandikan peluh. Ketika dia sedang mencuba untuk menenangkan dirinya, dia mendengar loceng pintunya berbunyi. Dia melihat kearah jam yang berada tepat di dinding hadapannya yang menunjukkan pukul 3 pagi. Isterinya masih tidur nyenyak di sebelahnya.

Saat itu loceng pintunya terus berbunyi berulang-ulang kali. Jimin terus bangun dari tempat tidurnya untuk mengetahui siapa yang menekan loceng rumahnya lalu menembus kegelapan rumahnya dan turun ke ruang tamu melewati tangga.

Saat dia membuka pintu, dia terkejut melihat seorang wanita berdiri di hadapan rumahnya. Wanita itu sangat pucat, dan memiliki luka yang agak dalam di dahinya serta berlumuran darah. Meskipun dia dalam keadaan sebegitu rupa, Jimin masih dapat mengenalinya. Itu adalah kekasihnya, Ji hyo.
" Ji hyo! Apa yang terjadi ni?"soal Jimin dalam keadaan yang amat merisaukan Ji hyo. Ji hyo hanya memerhatikan Jimin. "Masuklah ke dalam, Ji hyo."kata Jimin lalu mempelawa Ji hyo masuk ke rumahnya. Namun JI hyo tetap membisu dan terus berdiri di hadapan rumah Jimin. "Macam mana Hyo boleh jadi macam ni ?''Ji hyo tidak beranjak dari tempatnya."Apa yang terjadi Ji hyo?" Tanya Jimin memohon untuk mengetahui hal yang sebenar.

"Lama tidak bertemu, Jimin oppa.''perkataan pertama yang keluar dari mulut Ji hyo setelah sekian lama membisu. "Hyo datang utuk memenuhi janji Hyo terhadap oppa. Hyo datang untuk memberitahu oppa yang Hyo sudah mati."kata JI hyo dengan keadaan yang mengerikan.

Jimin mati kata. Ji hyo mengangkat tangannya dan menunjukkan jari telunjuknya ke arah Jimin. Jari itu berlumuran darah.

"Hidup telah memisahkan kita,"sambung Ji hyo. "Namun kita pasti akan kembali bersama dalam kematian. Hyo akan tunggu oppa......"

Jimin kemudian pengsan lalu rebah di atas lantai.

Di pagi harinya, saat Jimin bangun, dia sedar bahawa dia berada di atas katil, di samping isterinya. Dia mengusap matanya dan bertanya-tanya, apakah kejadian tadi malam itu hanya mimpi buruk saja.

Sewaktu sarapan, dia menonton televisyen dan perkara yang dia sedang tonton itu membuatkan dia terkejut sehingga berdiri bulu romanya. Wartawan lokasi berkata, pada malam itu disaat pukul 3 pagi, berlakunya kemalangan teruk dan mangsa kemalangan agak parah. Sebuah trak telah melanggar sebuah kereta di jalan raya. Pemandu kereta tersebut meninggal di tempat kejadian.

Pemandu kereta tersebut merupakan seorang yeoja yang dikenali sebagai Ji hyo.

Mulai saat itu, hidup Jimin berubah seperti di neraka. Dia tidak makan apa-apa, dia juga lupa untuk menjemput anaknya di sekolah dan saat bekerja, dia tidak boleh menumpukan perhatian sepenuhnya.Setiap hari, dia mengalami mimpi yang sama. Terbangun oleh bunyi loceng pintu, lalu dia membukanya dan menemukan Ji hyo berdiri di hadapan rumahnya. Ji hyo kemudian menunjukkan jari telunjuknya yang berdarah ke arah Jimin, dan berkata tentang perkara yang sama, "Hyo akan tunggu oppa ......"

Setiap pagi, Jimin terbangun sambil berpeluh dingin. Dia melihat ke arah sisinya dan melihat ada tompokan darah kecil. Dia merasakan sakit yang amat di jari telunjuknya. Dan saat dia melihatnya, jarinya dilitupi oleh darah.

Isterinya tidak mengerti dengan apa yang telah terjadi. Dia membawa suaminya ke doktor dan pakar psikatri, tapi tidak satu pun yang dapat memberikan penjelasan tentang keadaan yang dialami oleh Jimin yang semakin memburuk, dan saat dia bermimpi, dia mulai melihat Jimin berdiri di samping katilnya menunjukkan jari telunjuknya yang berdarah.

Suatu malam, isteri Jimin terbangun oleh bunyi yang mengejutkannya. Itu adalah bunyi kaca yang pecah. Dia berlari ke tandas dan melihat cermin kaca yang terdapat di dalam bilik mandi tersebut pecah. Begitu dia melihat keluar, dia melihat Jimin terbaring di atas rumput. Badannya dalam keadaan terbaring. Dia kemudian berlari menuruni tangga dan keluar dari rumah. Ada tumpahan darah di sekitar kepala suaminya. Di samping Jimin, ada seseorang menulis sesuatu menggunakan darah Jimin. "PASANGAN SELAMANYA."

-TAMAT-

K-IDOL IMAGINEWhere stories live. Discover now