PART 7

10.7K 375 32
                                    

"Habis apa yang perlu kami lakukan" Dato Razali sedikit sedih nasib yang menimpa anaknya. Datin Fatimah disebelah menangis mendengar berita ini.

"Buat masa ni kita hanya lihat perkembangan terhadap Aulia. Kebanyakkan pesakit yang menghidap penyakit Autisme ini tergolong daripada kaum lelaki tetapi ada segelintir di dalam kalangannya ialah perempuan. Jarak pesakit untuk pulih dalam masa yang agak panjang seperiti 5 atau 6 tahun. Tetapi Dato dan Datin tidak perlu risau, Insya Allah kalau keizinan Tuhan Aulia boleh sembuh dengan cepat" terang doktor Azim kepada Dato Razali dan Datin Fatimah. Kedua-dua hanya terdiam mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut doktor dihadapannya.

"Saya akan menghantar seorang doktor untuk memantau perkembangan Aulia dan dia akan mengajar serba sedikit tentang pembelajaran Aulia" Sambung Dr. Azim .

"Habistu macam mana dengan kehidupan hariannya, adakah Aulia berkelakuan seperti dia di zaman kanak² nya dulu?" tanya Dato Razali risau.

" ya, Aulia akan berkelakuan seperti zaman kanak²nya dahulu. Daya ingatan Aulia agak lemah buat masa ini, tapi Dato dan Datin jangan risau saya yakin Aulia boleh sembuh. Dan dalam keadaan Aulia macam ni saya nak nasihatkan supaya suami Aulia tidak melakukan hubungan intim seperti suami isteri yang normal. Saya rasa itu sahaja . Jadi dato dan datin boleh melawat keadaan Aulia".

Dato Razali dan Datin Fatimah keluar daripada bilik doktor dengan perasaan penuh kesedihan di atas nasib yang menimpa anaknya.

=================
=======

Iskandar mendekati Aulia yang sedang bermain dengan rambutnya yang panjang. Selama seminggu lebih inilah kali pertama dia melihat kepada Aulia tanpa seurat benang. Cantik. Pujinya ikhlas.

" woi, betul ke ni kau tak kenal aku?" tanya Iskandar.

Aulia mengangkat muka dan memandang wajah Iskandar. Dia menggeleng. Sambil bermain dengan tangannya dan terpandang cincin bertahtakan berlian yang tersarung elok di jari manisnya.

"Ni cincin sape? Ni bukan Yaya punya. Cincin Yaya ada gambar Barbie, tapi cincin tu ada kat rumah. Uncle nak ? Nah Yaya bagi kat Uncle" Aulia mencabut cincin itu dan memberikan kepada Iskandar.

Iskandar mengambil cincin yang dihulurkan Aulia dan menyarungkan kembali cincin itu ke jari manis Aulia.

"Kau takyah nak mengada-ngada pakai!" marah Iskandar kepada Aulia.

" Uncle Yaya taknak, cincin ni tak cantik" Aulia mencabut cincin yang disarung oleh Iskandar dan membaling ke arah gambar lukisan yang tergantung di dinding. (bunyi kaca pecah) habis serbihan kaca² gambar itu bertaburan di lantai.

Pintu dikuak oleh orang yang berada di luar. Ibu bapa Aulia masuk ke dalam wad dan terkejut melihat cebisan² kaca yang bertaburan di lantai.

"Iss kenapa ni? Kaca² ape ni Iss"
Tanya Datin Fatimah risau.

" Tak mama, Lia dia taknak pakai cincin perkahwinan kami" Iskandar mengutip cincin yang di baling Aulia.

"Takpe lah Iss, cincin tu Iss simpan dulu nanti kalau Lia dah sembuh, dah normal , Iss pakai kan balik ye" Datin Fatimah cuba memujuk menantunya.

" Takpe la ma, Iss mintak diri dulu ye. Iss nak jumpa clien lepas ni" penuh kesopanan Iskandar meminta diri daripada ibu dan bapa mertuanya. Itu semua hanya lakonan semata-mata.

" yelah Iss hati² bawak kereta tu" pesan Dato Razali kepada menantu kesayangan dan yang digagumi nya.

Iskandar menyalami tangan ibu dan bapa mertuanya dengan penuh kehormatan.   Iskandar menuju ke arah katil Aulia.

" Abang balik dulu ye Lia "  Iskandar mencium dahi Aulia yang berbalut. Aulia sekadar menjeling ke arah Iskandar dan memucungkan bibir munggilnya.

"oh ye Iss nanti dulu , papa nak cakap sesuatu tentang Aulia" belum sempat Iskandar melangkah keluar, Dato Razali  memanggilnya dan mengajak nya berborak di kerusi menunggu yang telah disediakan di luar wad.

" Macam mana dengan keadaan Aulia, Papa?" Iskandar berpura-pura risau keadaan Aulia sekarang, sedangkan dia lebih suka Aulia mati sahaja.

Dato Razali menceritakan apa yang berlaku terhadap Aulia. Iskandar hanya berpura-pura terkejut sedangkan dia tidak peduli semua itu.
" Papa nak pesan, Papa harap kamu tidak menyentuh Aulia buat masa ni. Sebab keadaan Aulia yang tak mengizinkan. Papa harap kamu dapat bersabar dengan karenah Aulia nanti.

" Takpe Pa, Iss faham. Iss mintak diri dulu ye assalamualaikum" Iskandar menyalami tangan bapa mertuanya untuk kali ke dua.

"Ok Iss, waalaikummusalam. Elok² drive tu" pesan Dato Razali. Iskandar hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Dato Razali masuk ke dalam wad Aulia.

===================
============

Didalam perjalanan ke pejabat Iskandar tersenyum puas atas nasib yang menimpa Aulia.

" padan muka kau Lia. Aku puas bila tengok kau macam tu Lia. Untunglah umur kau masih panjang sebab aku nak tengok kau mati je terus ha ha ha ha" ketawa Iskandar bergema di dalam  kereta BMW nya. Destinasi nya adalah berjumpa seseorang dan memberitahu berita gembira buat nya.

^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ^Δ

Hai readers 😍 mesti  korang pelik sebab Author Update cerita ni sedangkan Author cakap cerita ni akan ditangguhkan selama 3 minggu kan?.

Disebabkan hari ni hari Deepavali so Author payung part 7 ni. Baik tak Author hahaha* gelak perasan*😄😏. SORRY kalau ada tertypo and kesalahan bahasa yang digunakan oleh Author😅. Ok la korang jangan lupa vote and coment tau muahh korang😘😍😘.

SELAMAT HARI DEEPAVALI SEDUNIA🎉🎉

-TBC-

[OG] Isteriku Kanak-Kanak?Where stories live. Discover now