Prolog

11.9K 370 3
                                    

"Kami benci kau! Kami benci! Sebab kau lah dia tak suka kami! Kau tu bukan lawa pon! Dah lah comot! Tak reti cakap bahasa melayu pulak tu! Kami tak suka kawan dengan kau!"

Bahu Auni ditolak oleh rakan yang baru dikenalinya dua hari lepas. Tidak disangka,oleh kerana seorang kanak-kanak lelaki yang disukai rakannya itu,dia yang menjadi mangsa. Bukan salah dia,kalau lelaki tersebut sukakan dia.

"Aduhh,sakitlah! Kenapa awak buat saya macam ni! "
Air matanya jatuh membasahi pipi. Lutut sebelah kanan sudah tercedera angkara tolakan tadi. Penuh darah pada baju dress berwarna pink yang dipakainya.

"Ahh! Biarkan kau sakit! Kami tak suka tengok kau gembira! Apa yang kami nak,semua kau dapat! Mana aci! Baju tu sepatutnya kami yang dapat dulu. Kau tu tak sesuai langsung pakai baju warna tu! Kau kan macam lelaki!"

"Kenapa awak buat macam ni!"

"Sebab Hanafi suka kau! Kami yang suka dia dulu! Tapi lepas dia nampak kau semalam,dia terus suka kau! Kami benci kau Auni! Kami benci kau! "

"Auni,saya minta maaf. Saya taktahu yang dia sukakan saya. Saya tak suka dia pun. Kalau awak nak,awak ambillah dia."

"Jangan sebut nama kami! Kami tak suka nama kami sama dengan nama kau!"

Auni ditendang kuat oleh rakannya,Auni. Mereka mempunyai nama yang sama. Tiba-tiba....

"Auni!"

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berlari mendapatkan dua kanak-kanak perempuan yang bertengkar.

"Kenapa kau tolak dia!"
Keras suaranya.

"Kami tak suka dia!"

"Tapi aku suka dia! Jangan kacau dia lagi! Pergi sekarang!"

Laju Auni berlari pulang. Hatinya amat sakit apabila dimarahi oleh Hanafi.

"Awak okey? Sakit dekat mana? Mari saya hantar awak pulang."

"Saya taknak pulang dengan awak! Sebab awak saya dengan Auni bergaduh! Saya benci awak!!"

Auni serta merta bangun dan berlari menuju kearah homestay mereka yang tidak jauh dari taman permainan itu. Hanafi hanya memerhati dari jauh. Salah diakah?

Auni datang bersama keluarga untuk pulang kekampung halaman. Kesedihan Auni bukan saja pada pergaduhan tadi,tapi pada kematian atuk dan neneknya semalam. Mereka mengambil keputusan tinggal dihomestay sementara urusan selesai. Esok dia sudah mahu berangkat ke korea. Entah bila lagi dia akan pulang ke Malaysia. Kata Maklong semalam,mereka tidak layak untuk berpijak di bumi Malaysia. Auni sedih. Dia tidak mahu kehilangan bumi ini. Tapi apakah daya.

MrPink VS MrsBlackOnde as histórias ganham vida. Descobre agora