"Uh hi?"

Apabila Sophea nampak Lynn, dia memeluk lagi kuat tangan Ryan. "Ryan, baby! Jom pergi lab sama-sama."

"Lepaslah Sophea, rimas aku." Ryan menarik tangannya lalu berjalan ke Lynn. "Jom, Lynn."

"Uh um Sophea, jom kita pergi together?" Ajak Lynn, tak mahu dianggap tidak beradab.

"Hmph no thank you. I'd rather go with Ryan ONLY." Balas Sophea dengan angkuh.

"O-oh alright."

Ryan mengerutkan dahinya. "Sophea, dia invite kau elok-elok kut. Kau rude sangat kenapa?"

"It's okay Ryan. Um aku pergi dulu." Lynn cepat-cepat berjalan ke arah lab bio dahulu, tak mahu dia hadap perangai seorang lagi. Dia menoleh ke belakang untuk melihat Sophea tersenyum-senyum bersama Ryan, yang mempunyai muka tidak rela.

Entah kenapa dia hatinya sedikit sakit melihat keakraban mereka.

Cepat-cepat dia menggeleng kepalanya lalu sambung berjalan ke lab bio.

°■°■°

"Lynn!!!" Jerit Ana apabila dia berjumpa dengan Lynn.

"Woa woa apahal ni?" Tanya Lynn apabila Ezact dan Ana datang ke arahnya.

Girls yang lain belum keluar kelas lagi jadi, mereka keluar berseorangan. Jejaka pulak... entah. Samada jalan lambat atau menunggu member jejaka lain.

"Tadi bapak sweet weyh Ezact dengan Daniel!" Jerit Ana.

"Ana, kau diam!" Marah Ezact namun pipinya merah...

"What happened?"

"Cenggini..."

~ Flashback start ~

"Aku dah mintak maaf kan, takyah la mengada merajuk lama sangat."

"Manada orang mintak maaf marah-marah macam kau! Tak ikhlas langsung."

Habis rehat, Ezact kembali ke kelas di mana dia berjumpa dengan Ana.

Tak mahu mendengar leteran kawannya, dia minta maaf kepada Ana. Namun, cara dia minta maaf itu... kasar semacam.

"Kau tak nak maafkan sudah, hmph!" Ezact bangung dari tempat duduknya, malas mahu hadap Ana. Dia berjalan ke pintu kelas untuk ke tandas.

"Kau pun mintak la maaf elok-elok!" Ana mengikut Ezact dari belakang.

"Jangan la ikut aku! Serabut la kau ni!" Ezact menoleh ke belakang untuk marah Ana. Namun, dia tidak perasan ada seseorang di depannya.

Buuk!

Nasib baik Ezact tidak jatuh ke belakang. Orang yang dia langar telah cepat-cepat memeluknya agar dia tidak jatuh.

Ezact memandang ke atas lalu memasamkan mukanya.

"Eh dinding ni! Mintak penampar dengan aku ke hah? Dah lepaskan aku!" Ezact memukul dada Daniel berkali-kali.

"Eh dinding ni! Mintak penampar dengan aku ke hah? Dah lepaskan aku!" Ezact memukul dada Daniel berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woa woa woa, relax-relax." Daniel melepaskan Ezact dari pelukannya namun lengan Ezact dipegang. "Kau marah semacam ni kenapa?"

"Eish lepaslah gila! Jangan pegang aku, haram la!" Ezact menarik-narik lengannya.

"Minah ice queen ni dah kenapa?" Tanya Adam kepada Ana. Mereka berdua memerhati dari tepi.

"Panjang ceritanya." Jawab Ana.

Mereka berdua sambung memerhati Ezact dan Daniel.

"Okay-okay tapi berdiri situ diam-diam." Daniel perlahan-lahan melepaskan lengan Ezact. "Tarik nafas dalam-dalam lepastu kira sampai 10. Baru lepas, boleh?"

"Hmph kenapa aku nak dengar cakap kau? Takde faedah langsung!" Ezact menyilangkan tangannya pada dada.

"Aku nak tolong kau calm down, dengar je laaaah."

Ezact menjeling matanya ke arah Daniel sebelum mengikut cakapnya. Dia buat aksi tersebut beberapa kali.

"Dah, pastu?"

"Rasa tenang sikit?"

"...sikit."

Daniel tersenyum lalu dia mengusap kepala Ezact.

"Ish kau ni! Rosak la awning tudung aku!" Ezact menepis tangan Daniel.

"Kan comel bila dah tak marah."

Entah kenapa Ezact rasa sedikit malu dipuji begitu oleh Daniel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Entah kenapa Ezact rasa sedikit malu dipuji begitu oleh Daniel.

"Aku sentiasa comel lah!" Jerit Ezact dengan pipinya yang mula merah. Dia berjalan ke arah Ana lalu menarik tangannya. "Teman pergi tandas, jom!"

"Eh?" Ana tersenyum, mood mengusik datang. "Kau blushing eh?"

"Manada! Kau diam kalau tak aku campak kau dari tingkat tiga!"

Daniel dan Adam melihat mereka berdua berjalan ke tangga.

"Wei aku buat dia blushing kan?" Tanya Daniel kepada Adam.

"Hah? Yelah kut... Yang kau happy semacam ni kenapa?"

"Bangga ah! Aku dapat cair sikit hati ice queen tu."

Adam menggeleng kepalanya. "Apa-apalah."

~ Flashback End ~

"Aww that's kinda sweet ah." Lynn memukul bahu Ezact berkali-kali. "Jealousnya aku!"

"Adudududu Lynn! Nak pukul, pukul la Ana. Pukul aku pulak..." Ezact mengusap-ngusap bahu yang dipukul oleh Lynn.

"Eh aku pulak." Kata Ana.

"Hehe sori sori, sweet sangat sampai bersemut."

"Entah-entah si Daniel tu ada hati kat kau." Kata Ana kepada Ezact.

"Ew."

"Ezact!"

Ezact tersenyum melihat reaksi kawan-kawannya. Samada Daniel suka dia atau tidak, dia tak pasti. Tapi apa yang dia pasti ialah kalau mahukan hatinya, Daniel perlu usaha lebih untuk cairkan hatinya yang keras bagai ais itu.

Buat masa sekarang, dia akan enjoi masa yang ada bersama girls.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now