Bab 1: Imbasan
Kebencian boleh datang pada bila-bila masa dan sedikit kita tahu bahawa cinta, dalam diam akan suatu masa datang menyusup dan menguasai kehidupan kita. Kita tidak akan tahu apa yang disediakan dimasa depan kita sehinggalah kita sedar akan kita patut bersyukur terhadap cinta.
Ibu dan bapa Safnah merupakan dalam orang-orang yang terpenting dalam dunia perniagaan. Mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia beberapa tahun yang lalu dan sesuatu kejadian yang buruk telah menimpa keatas Safnah menyebabkan keluarga mereka semakin hancur dan hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu kala.
"Makcik, Safnah masih tak dapat ingat ke? Dah lama dah itu berlaku." Tanya Sakinah, anak buah kepada Datin Seri Sheila.
"Belum, saya pun tak pasti kalau dia akan ingat semua itu Kina." Balasnya balik.
"Makcik, sabar ye... Mungkin suatu hari dia akan ingat kembali segalanya... kita cuma perlu sabar."
*****
Hari ini merupakan hari pertama Safnah masuk ke kolej baru. Ianya hanyalah kolej biasa dan dengan harapan, Datuk dan Datin Seri Mikael meletakkan harapan besar keatas kolej itu untuk menolong Safnah mengembalikan ingatannya kerana kolej itu merupakan kolej kepunyaan rakan perniagaan mereka.
Selangkah demi selangkah yang diambil oleh Safnah ke kolej itu dan hatinya berdenyup cepat.
'Ini sepatutnya merupakan hari gembira untuk saya. Kenapa pula hati saya...' kata Safnah dalam hati sebelum dengan tiba-tiba seorang pelajar lelaki tidak sengaja melanggarnya dari depan. Semua buku baru yang Safnah sedang pegang, jatuh ke lantai serta dengan bagasi mereka berdua.
"urgh! Sorry-sorry. " lelaki itu berkata. Rambutnya pacak, berbadan tegap, kulitnya cerah seperti orang yang tidak pernah keluar untuk merasakan sinaran matahari.
"No. Tak. Erm... tidak apa." Balas Safnah sambil mengambil barang-barang mereka.
Apabila mereka bertembung mata, lelaki itu terperanjat melihat Safnah.
"Saya minta maaf. Saya sedang cari sesuatu dalam beg saya. Saya tidak nampak awak lalu depan saya." Katanya.
"Tidak. Tidak apa. Salah saya juga sebab tidak lihat depan... Erm... saya sebenarnya mencari bilik guru? Bilik pengetua..." balas Safnah.
"Oh... Awak pelajar baru? Tidak apa, saya boleh bantu kamu cari bilik pengetua. Saya selalu dipanggil ke biliknya." Lelaki itu membawa Safnah ke bilik pengetua.
"Wow! Terima kasih. Ya, pelajar baru. Saya Safnah. Safnah Mikael."
"Well, kalau begitu selamat bertemu dan selamat datang ke Kolej Sodan. Saya pula Niko. Niko Rudy. Awak pernah tak pergi ke Pulau Borneo sebelum ini? Beberapa tahun yang lalu?" tanya Niko.
"Huh? Borneo? Uh..." sebelum Safnah sempat menjawap, pintuk bilik pengetua tiba-tiba terbuka.
"Ah! Awak mesti Safnah Mikael." Kata Tuan pengetua. "Ye, ada apa Encik Niko? Awak ada buat masalah lagi ke?" sambungnya lagi.
"Tidak, maaf Tuan pengetua. Hari ini saya hanya membantu cik Safnah utnuk berjumpa dengan Tuan." Terlihat bahawa Niko sedang memberi senyuman manja dengan pengetua itu.
Niko terus menghilangkan diri daripada penglihatan mereka. Tuan pengetua memberitahu Safnah semua tentang kolej dan kokurikulum kolej. Setelah selesai perjumpaan mereka, Tuan pengetua Sodan terus membawa Safnah berjumpa dengan pensyarah yang bernama Cik Wani.
*****
Cik Wani, pensyarah dalam perniagaan. Merupakan seorang yang baik hati tetapi seorang sangat tegas pada semua para pelajarnya. Berjumpa dengan Cik Wani, Safnah terasa seperti seorang pelajar yang sudah bersedia untuk memulakan pelajaran.
"Selamat datang Safnah, saya harap awak dapat kejar pelarajan saya. Awak dah ketinggalan banyak. Sudah tiga bulan pelajaran yang awak tertinggal. Kejar secepat yang mungkin ya Safnah." Kata Cik Wani sambil memberi Safnah buku nota dan latihan yang perlu dipelajari.
Safnah sedang menunggu dalam sebuah kelas yang akan diguna dalam kelas subjek perniagaan Cik Wani. Seorang diri, Safnah menunggu sambil membaca nota yang diberi. Kedengaran pintu kelas dibuka dan kemudiannya ditutup. Safnah tidak melihat siapa yang memasuki kelas itu sehinggalah orang itu menaiki tangga. Safnah mengangkat kepalanya untuk melihat dan dia amat terkejut apabila melihat Niko, lelaki yang dia telah langgar pada awal tadi.
"Eh? Awak pun pelajar perniagaan?" Soal Niko.
'Kenapa asal terjumpa Niko, hati saya terlebih tenteram? Seolah-olah saya dah kenal lama sangat dengan mamat ni... tapi pada masa yang sama, hati ini terasa kencang sangat...' ucap Safnah dalam hati, mengelamun dalam mimpi di siang hari dan terkejut apabila Niko melambaikan tangannya depan muka Safnah.
"Uh, maaf. Apa kamu kata tadi?" dengan cepat Safnah menyoal.
"Tak. Saya cuma menanya awak pun ambil perniagaan?"
"Oh! Ya, emm... Saya... I mean ibu dan ayah yang suruh. Kata mereka, itu subjek yang saya amat minat sebelum..."
'Eh, kenapa pula saya ingin beritahu mamat ni tentang ibu dan ayah? Lebih-lebih tentang memori saya. Tak boleh. Dia tak boleh tahu. Saya dah janji dengan ibu takkan beritahu siapa-siapa.'
"Sorry, ibu dan ayah yang suruh ambil perniagaan." Safnah perbetulkan ayatnya.
"Oh, ni mesti kes nak ambil ahli perniagaan keluarga la ye? Sama macam saya juga. Lah... Awak janganlah nak risau, sebenarnya saya ni budak samseng kata para pensyarah kat sini. Tapi saya janji dengan awak dengan hati yang ikhlas saya boleh dipercayai. Kalau tak, saya sanggup mati dengan semua penipuan saya dalam kuburan nanti." Kata Niko sambil meletakkan tangan kanannya di bahagian dadanya.
'Eleh, over acting pula mamat ni tahu. Tapi kenapa pula hati saya teringin mempercayai pada mamat ni? Mungkinkah ini perasaan jatuh cinta pandang pertama? Tapi... Kenapa seolah-olah ayat tu macam pernah didengar sebelum ini? Mati... penipuan, kuburan... flashback! I'm certain yang apa saya rasa ini macam flashback. Nak beritahu ibu ke? Tak... rasanya saya perlu menggali lebih dalam dengan mamat ni. Berada bersamanya membuat saya teringat beberapa perkara dari ingatan yang lalu. Saya tak boleh lepaskan mamat ni.' balas Safnah dalam hati.
"ya..." Safnah kata sambil ketawa secara lembut.
"Eh? Oh ya. Tadi awak ada tanya tentang Sabah. Kenapa awak tanya ya Niko?" Tanya Safnah teringat pada soalan ganjil yang ditanya oleh lelaki tersebut.
"Awak tak ingat?" kata Niko tiba-tiba suaranya rendah seperti hendak berbisik.
"Ingat apa Niko?"
"Awak kan Safnah Mikael. Awak betul awak tak kenal... Rudy. Awak tak kenal Pak Cik Rudy?" katanya.
"Pak Cik Rudy?" ulang Safnah. Tiba-tiba kepala Safnah terasa sakit. Dia memegang kepalanya dengan lembut. Imbasan orang memanggil 'Pak Cik!' dan 'Rudy!' kedengaran dalam bayangan gelap sewaktu Safnah menutup matanya.
"Safnah, awak okay ke?" tanya Niko dalam kerisauan.
*RING!* Loceng kelas berbunyi dan para pelajarkini memasuki kelas itu. Niko terus jalan ke tempat duduknya dan menoleh kearahSafnah sementara Safnah masih lagi memegang kepalanya yang sakit itu.
YOU ARE READING
Bencinya Cinta
Teen FictionSafnah, Niko, Steven dan Amar merupakan kawan karib sejak forever, mungkin sejak mereka bayi lagi. Kath dan Lisa muncul sebagai kawan karib Safnah sewaktu sekolah rendah sehinggalah tamat sekolah menengah. Percintaan dan persahabatan antara semua...
