Babysitting (Special)

Start from the beginning
                                    

"Jom main game kat atas." Ajak Zahra.

Mereka berempat mengangguk lalu berlari anak menaiki tangga.

°■°■°

"... so kalau x = 4, jawapan tuk soalan 3 ialah 7." Terang Ryan kepada Lisa. Lisa angguk sambil meng'o'kan. Lynn melihat sahaja dari sebelah sambil menghirup teh.

"Kalau Ryan-"

"Abang Ryan, Lisa." Tegur Lynn.

"Ergh. Kalau abang Ryan yang terangkan, saya faham. Kalau kak Lynn..." Kata Lisa.

"Hahaha. Kalau tak faham, datang je sini. Abang Ryan boleh tolong ajarkan." Kata Ryan sambil tersenyum.

"Kene mintak izin Eddy dulu kalau tak dia marah." Kata Lisa. Lynn tersedak.

"Mu couple ngan dia?!? Bukan mu suke amende name budak tu... ha Fahmi ke?" Tanye Lynn.

Lisa menangis secara tiba-tiba. "Nasuha tu la! Fahmi mintak couple ngan dia! Nasuha tau yang Lisa suka Fahmi tapi dia terima jugak!"

"Dah dah. Jom pergi Starbucks nak? Abang Ryan belanja." Pujuk Lynn. Lisa menganguk manakala mulut Ryan terbuka luas. Ryan mengeluh sebelum mengajak mereka ke Starbucks.

°■°■°

"Thanks, Is. Tak tau plak aku kau pandai tukar pempes budak." Puji Eve.

"Kakak-kakak aku punya anak la." Balas Is sambil bermain dengan Hana. "Haiqal! Hazeem! Jom mandi kolam. Bia kakak kau jaga Hana ngan kak chik, aku jaga korang berdua."

"Tapi baju-"

"Pinjam je baju abang." Haiqal dan Hazeem memandang Eve. Eve mengangguk, tanda boleh. Mereka berdua senyum sebelum berlari dan terus terjun ke kolam renang.

°■°■°

"Kay. Ce try gune pick up line yang abang reka." Suruh Lucas kepada A Fik.

"Baik boss! Thanks Abang Lucas." Kata A Fik sebelum dia bangun untuk ke Fa Ra. "Kakak cita-cita saya nak jadi bomba."

"Bomba? Kenapa nak jadi bomba?" Tanya Fa Ra.

"Sebab saya nak padam api dekat hati awak supaya awak boleh terima saya dengan hati yang sejuk." Balas A Fik.

"Wow! Boleh boleh tapi kau dah terlambat. Ezact ngan adik dia dah keluar dengan Daniel." Kata Fa Ra lalu dia sambung tonton Scarlet Heart.

Muka gembira A Fik bertukar menjadi sedih. Lucas menepuk bahu A Fik. "Tak dek rezeki. Jom mandi kolam. Release stress." A Fik mengangguk lalu mereka berdua join mandi kolam.

°■°■°

"Mad kau diam boleh tak?!?" Suruh Lili.

"Kau tau tak aku dah belajar dah apa yang form 5 belajar? Aku lagi pandai dari kau duh. Kau bodo." Kata Mad dengan bangga.

Lili mendengus dengan marah. Memang betul la apa yang Mad cakap. Form 3 dah belajar sikit sikit fizik. Lili asyik dapat C pada subjek tersebut. Tapi apabila Lili beri kertas soalan fizik kepada adiknya, adiknya boleh explain jawapan dan kenapa betul.

"Kalau gitu tolong la Lili." Kata Aidan.

"Tak nak!" Lalu Lili menyilangkan tangannya.

"Dah offer dah abang. Dia je sombong." Kata Mad.

"Pelik la yang adik gie ajar kakak! Patutnye terbalik." Kata Lili.

"Kau nak gagal ke pandai?" Tanya Aidan.

"Pandai la." Balas Lili.

"Kalo gitu bagi la Mad ajar. Aku belajar sekali ngan kau." Pujuk Aidan.

Lili diam seketika sebelun mengangguk perlahan-lahan. Mereka bertiga pun belajar.

°■°■°

"Apa kate kita gi jalan-jalan nak?" Tanya Daniel, memecahkan kesunyian yang tegang.

Mereka menaiki Grab untuk ke Cm.

Semasa mereka berjalan-jalan di Cm, mereka nampak banyak orang dengan gaya mereka yang tersendiri.

"Pandang pandang dah kenapa? Sakit mata ke ape?" Bisik Ezact ke Fasha. Fasha mengangguk.

"Dah la pakai mekap macam badut. Orang lain pakai biasa-biasa je." Bisik Fasha.

"Eh tengok orang tu. Hensem duh." Tunjuk Ezact. Fasha mengangguk tanda setuju.

Daniel yang berada di belakang mereka memerhati sahaja. 'Tadi gaduh. Skang ni duk ngumpat ngan usha orang. Haish. Siblings. Lagi lagi yang girls.' Daniel hanya tersenyum melihat telatah mereka.

♡•♡•♡

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now