Epilog

2K 138 48
                                    

Sudah beberapa tahun berlalu setelah Aina pergi meninggalkan kami. Setiap hari aku tidak pernah terlepas untuk imbas kembali kenangan aku dengan Aina. Kadang kala aku tidak terlalu kuat untuk hadapi semua ni.

Setiap kali hari jadi adik ku. Kami akan singgah di kuburnya. Keluarga kami jarang ceria. Kadang-kadang kami ketawa apabila cuba dihiburkan. Tapi tak ikhlas sangat la.

Malam ni, Papa dan Mama panggil satu family berkumpul dekat ruang tamu? Tujuan? Tak tahu. Tak ambil tahu. Turut sahaja.

"Memandangkan semua dah ada kat sini. Ada sesuatu papa dan mama nak cakap." Papa mulakan percakapan dahulu.

"Just what about, pa?" Soalku. Tak nak la duduk kat ruang tamu lama-lama. Ruang tamu dekat dengan bilik game atau dikenali sebagai bilik lepak. Aku dengan Aina selalu lepak-ing,gaming, homework doing, playing, fighting, merajuk-rajuk-ing semua lah kat situ. Hm. Dah lama tak masuk bilik tu.

"I know that we are really sad. You know about pemergian Aina. And because of that...."

"We decided to adopt a child to replace Aina."

Betulkah apa yang aku dengar? Is it true? What the....?

"No, I am disagree. This is not a joke." Aku terus berdiri dan menyatakan pendapatku. No way untuk aku setujui. Tak akan! Never!

"It isn't a joke. It's the truth." Balas Mama.

"But for what?" Aku dah melenting.

"If mama and papa buat ni untuk lupakan Aina, it's wrong. I'll never agree." Bantah aku.

"Along! Ina dah pergi. It's time for us to move on! Along buat lah apa-apa pun Aina takkan kembali. She's gone FOREVER!" Tengking Papa membuatkan aku terdiam. Aku terduduk. Satu rumah terdiam. Terkejut. Semua membisu.

"But it's not the right thing. We shouldn't replace her."

"Along, papa buat untuk kebaikan kita." Angah menyampuk.

"Along, papa sayang Aina. Papa tak nak keluarga ni sedih macam ni lagi. That's why Papa are doing this. " Mama cuba memujuk.

"But missing Aina in this family is a thing that's hard for me to accept it. Inikan pula menggantinya. I'm sorry, mama papa. I can't do it. Dia takkan sama macam Aina dan Along takkan terimanya. As a family members. I'm sorry." Aku terus membuka langkah ke bilik. Terdengar papa melepaskan nafas berat. Maaf papa. Along bukan nak kurang ajar tapi Along tak nak papa buat keputusan terburu-buru.

Aku naik ke bilik. Gambar Aina aku ambil aku pegang. Memori terindah. Di Sunway Pyramid Skate Ice. Ingat lagi. Aina selalu jatuh. Last-last dia yang pandai skate dari aku. She's great.

Aku peluk gambar tersebut sehingga terlelap.

________________________

"Along! Along!"

"Aina!" Aku terbangun. Astaghfirullahhalazim. Aku meraup wajahku. Apasal Aina pulak ni?

Aku melihat wajah Mama yang berada di hadapanku.

"Kenapa tidur sampai maghrib? Setan banyak tu, tu yang ngigau nama Aina." Aku cuma tersenyum. Paksa.

"Mama cuma nak bagitahu along yang papa dah buat keputusan. Anak angkat tu datang esok pagi. And starting from tomorrow, dia akan tinggal dengan kita. Mama harap along tak tunjukkan perangai jahat." Aku hanya pasrah. Siapalah aku nak melawan.

"But, ma. Along tak nak stay dalam rumah ni, please." Aku merenung ke dalam mata mama. Aku tahu mama lemah kalau aku buat macam tu. Dia tak boleh cakap tak.

PengawasOnde as histórias ganham vida. Descobre agora