Bab 2

3K 162 3
                                    

"Ina, papa sayang Ina tau." Kata ayahku tiba tiba. Dah kenapa tiba tiba je.

"Ina tahu lah. Ina pun sayang papa. Tapi kenapa papa tiba tiba cakap? Papa tak jawab lagi soalan Ina. Apa penyakit Ina?" Tanya aku.

"Ina, Ina kena tabah dengan apa yang papa akan cakap kan ni." Kata ayahku.

"Baik, papa." Kata aku.

"Ina menghidap tumor otak atau lebih dikenali kanser otak. Ianya tumor yang ganas dan cepat merebak." Kata ayahku.

"Ina tak mendapat rawatan awal dan kanser ini boleh membawa maut. Ina hanya ada beberapa bulan sahaja lagi nak hidup." Kata ayahku lagi. Aku terkejut. Namun aku tak percaya. Air mata ayahku mengalir sedih.

"Papa jangan lah main main." Kata ku.

"Papa tak main main." Kata ayahku.

"Papa, Ina nak jumpa dengan Mama, Along, Angah, Uda dan adik adik yang lain." Rayuku.

"Tak boleh. Doktor tak bagi. Ianya cepat merebak. Nanti Ina balik Ina jumpalah." Papa tetap tak bagi.

"Sekolah? Tolong Papa. Ina nak jumpa kawan kawan Ina untuk kali terakhir. Please papa." Rayuku lagi. Ayahku mengeluh berat.

"Ok. Tapi lepas tu Ina duduk rehat dekat rumah. Sehari je Ina boleh pergi sekolah. Nanti kena pergi chemo." Kata Ayahku.

"Maksudnya Ina tak payah duduk hospital kan? Duduk rumah je kan." Kataku.

"Aah.... Tapi kalau makin teruk kena duduk hospital. Papa percaya Ina dapat lepasi semua ni. Ina masih muda. Masih banyak lagi yang Ina perlu tahu. Jangan risau Papa akan selalu di sisi Ina. Papa akan selalu jaga Ina." Luahan isi hati ayahku membuat air mata ku jatuh. Aku memeluk ayahku. Mungkin dia tidak boleh kehilangan lagi. Cukup lah kehilangan adik kerana kena langgar. Aku yang jadi penguat Papa dan Mama. Pelukan dileraikan.

"Ina juga percaya Papa dan Mama tabah kalau Allah lagi sayangkan Ina." Kataku air mataku berlinang.

"Papa tak tahu. Tapi Ina jangan cakap macam tu." Kata Papa.

"Papa, Ina nak rehat dulu." Kata ku. Papa mengangguk.

Aku tidur. Aku dapat mimpi. Satu mimpi di mana semuanya gelap. Tiba tiba ada satu bayang bayang.

"Aku akan ikut ke mana kau pergi. Sebab tugas aku mencabut nyawa. Bersiap sedia. Jangan lupa bekal kau di akhirat." Kata bayang bayang tersebut.

Aku tersedar lalu membuka mata. Aku terlihat ayahku dan ibuku sedang berdoa. Aku pun mendengar.

"Ya Allah, kau ampunkan dosa aku dan keluargaku. Kau sembuhkan lah anak aku dari penyakit kanser otak. Jika anak aku ini milikku, Kau panjangkanlah umurnya. Jika dia bukan milikku, terima kasih kerana pinjamkan dia selama 12 tahun. Aku redha, Ya Allah. Kerana apa yang Kau mahu ia terjadi hanyalah berfirman jadilah maka jadilah ia dan dari Kau kami datang dan kepada Kau kami kembali. Amin ya rabbal alamin..." doa ayahku dan ibuku. Aku pun mengaminkan dalam hati. Aku pura pura tidur.

Terharunya aku mendengar doa itu. Sejujurnya aku menangis tak berlagu sebab tak nak mereka perasan.

PengawasWhere stories live. Discover now