Bab 1

4.8K 196 6
                                    

Hari ini macam biasa. Aku sebagai pengawas yang 'bertanggungjawab' mestilah kena bertugas. Hehe....bertanggungjawab lah sangat. Eh, lupa pula nak berkenalan. Nama aku Nurul Aina Binti Khairul Safwan. Aku ni budak pandai. Masuk kelas pertama. Jika korang tertanya tanya adakah aku mean girls. Sorry sikit ya! I am not that type of girl!

-------------------

Selepas habis bertugas, aku menuju ke kelas.

"Assalamualaikum, Aina. Apa khabar?" Tanya Amirah. My 'beautiful' BFF.

"Waalaikumusalam. Mirah. Aku macam ni jelah. Alhamdulillah sihat. Kau macam mana?" Tanya aku pula. Amirah ni pengawas juga. Cuma bila bertugas aku memang tak suka berbual. Nanti budak lain kata 'Pengawas pun sama je. Tak ada beza!' So, I am prefect. Kena jaga penampilan.

Tiba tiba cikgu Aisyah datang dengan tangan yang penuh buku.

"Assalamualaikum, cikgu. Boleh saya tolong cikgu?" Tanya aku.

"Waalaikumussalam, Aina. Boleh. Ambil buku ni." Kata Cikgu Aisyah. Aku memang popular. Guru besar pun tahu nama aku. Cikgu Aisyah tu guru besar. Semua takut dengan dia tak tahu kenapa. Tapi aku memang rapat ngan GB.

-------------------

Siap tolong GB.

"Terima kasih Aina." Kata Cikgu Aisyah.

"Sama sama. Saya balik kelas dulu ya!" Kata aku dengan mesra. Dalam perjalanan ke kelas. Aku nampak makcik cleaner tengah sapu tepi tangga. Aku senyum dan memberi salam. Tiba tiba penyapu dia jatuh. Bayangkan dari tingkat tiga sampai tingkat satu. Dia blur. Aku apa lagi kejar lah. Takkan nak biar. Makcik ni dah tua.

"Nah, makcik." Kata ku dengan peramah.

"Terima kasih. Buat susah je ambilkan. Kamu dah lambat masuk kelas dah ni." Kata makcik tu.

"Sama sama. Eh, saya dah lambat saya masuk kelas dulu." Kata aku apabila melihat jam di tangan aku sudah menunjukkan pukul 7:11 pagi. Tepat 7:15 pagi cikgu masuk. So, apa lagi? Jalan laju lah. Mana boleh lari.

Tepat jam 7:14:30 pagi aku sampai. 30 tu saat. Sekarang time math. Cikgu yang masuk akan pastikan dia tidak awal dan lambat.

10 saat lagi. 10! 9! 8! 7! 6! 5! 4! 3! 2! 1! Tepat dia masuk. Aku ni pengawas hebat. Ceyh! Puji diri sendiri nampak. Haha.

----------------------

Waktu rehat, aku rasa sangat pening tak tahu kenapa. Hampir sampai, hampir sampai. Gelap semua!

----------------------

Aku sedar di hospital. Ayahku sedang bercakap dengan seorang perempuan. Mungkin kawan dia atau doktor.

Aku bangun ayahku dan perempuan tu datang menghampiri.

"Aina ok?" Tanya ayahku. Aku menganggukkan kepalaku.

"Aina. Kena banyak rest tau. Penat sangat ni sampai boleh pengsan. Nanti doktor suruh nurse bagi ubat." Kata perempuan itu. Doktor rupanya. Tapi....aku pengsan di sekolah?!

"Apa saya pengsan? Di sekolah? Apa penyakit saya, doktor?" Tanya aku.

"Nanti ayah awak bagitahu. Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum." Kata Doktor itu. Lalu menghilang.

Ayahku kelihatan sedih untuk beritahu penyakit ku.

"Papa?" Tanya aku. Mengharapkan jawapan.

"Ye." Ayahku jawab. "Ina, nak apa apa lagi?" Tambah ayahku.

"Ina nak balik rumah. Ina tak nak duduk hospital." Kata aku.

"Ina tak boleh macam ni. Ina duduk sini dulu. Nanti dah sihat, Ina balik." Kata ayahku.

"Papa, apa penyakit Ina?" Tanya aku.

Pengawasحيث تعيش القصص. اكتشف الآن