BAB 42- PULANG

4K 67 1
                                    

Maya terus keluar shopping untuk beli barang-barang dapur di rumah setelah balik dari hospital. Dia nekad mahu kembali ke rumah yang Aiman sewakan untuk mereka. Lagipun rumah itu pun dah lama sangat tinggal. Entah berhabuk ke apa barang-barang dalam rumah tu.

Maya menolak trolinya perlahan kerana lagi sedang termenung. Apa yang Aiman katakan tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Betul ke?"soal Maya sendirian.

Tangannya pantas mencapai sebotol kicap kecil dan sebotol sos cili kecil lalu dimasukkannya ke dalam troli. Dia kembali menolak troli dan kembali termenung.

"Hmm.."

Imbas kembali..

"Abang nekad akan cari bukti tentang siapa yang edit gambar-gambar tu. Abang akan cari orang yang fitnah abang tu dan yang abang tahu orang yang buat semua ni memang nak hancurkan rumahtangga kita. Abang takkan sesekali benarkannya..!!! Selagi abang mampu pertahankan rumahtangga kita, abang akan pertahankan walaupun nyawa abang dalam bahaya.."luah Aiman semasa berbual dengannya di hospital pagi tadi.

Maya mengeluh. Kata-kata itulah yang merewang dalam fikirannya sejak tadi. Risau juga dia dengan suaminya itu. Yela sanggup pertaruhkan nyawa demi mahukan kebenaran.

Maya mencapai pula sepaket serbuk ayam goreng dan dimasukkan ke dalam troli. Maya menolak trolinya ke hadapan dan mencari barang yang lain pula.

Khai berjalan mahu mencari makanan-makanan ringan untuk malam ini. Dia memegang satu bakul di tangan kiri. Sah-sah lah dia sedang mencari keropok dan snek. Semasa dia lalu di bahagian minuman, dia perasan ada seseorang itu sepertinya dia amat kenal. Gadis yang menolak troli itu dan dia bersendirian.

Khai mengundurkan langkah kakinya ke belakang dan menoleh.

"Ehh..tu bukan sweetheart aku ke? Dia buat apa kat sini? Sorang-sorang pulak tu. Hm.."ujar Khai sendiri sudah dapat cam dan hafal wajah gadis itu.

Khai dengan senyuman lebar sampai telinga terus berjalan menghampiri Maya. Maya masih kusyuk meneliti deretan minuman koktail itu.

"Hm..haii Maya.."tegur Aiman yang sudah berdiri di sebelah Maya.

Maya menoleh dan sedikit terkejut melihat Khai yang tersengih kacak.

"Eh..Khai..awak buat apa dekat sini?"soal Maya yang tersenyum.

"Saya nak beli barang sikit. Ingat nak pegi dekat keropok sana tu tapi terjumpa awak pulak. Awak buat apa ni? Beli barang-barang dapur ke?"

Maya ketawa kecil. Apa pulak tanya soalan macam tu. Sah-sah lah orang datang sini nak beli barang-barang dapur, lagi-lagi tak nampak ke dengan troli besar ni.

"Iye lah Khai. Saya beli barang-barang dapur. Tak nampak dalam troli ni.."

Khai tersengih. Adeh segan lah pulak. Setelah itu, mereka berjalan sama-sama sambil berbual. Khai yang menawarkan diri nak teman Maya jadi Maya setuju sahaja. Seronok sikit kalau ada kawan masa shopping ni.

"Maya..."panggil Khai. Serba-salah sebenarnya dia mahu memaklumkan perkara ini tapi dia terpaksa juga. Mana tahu perkara ini berjaya buat dia dan Maya bahagia nanti.

"Yup. Ada apa Khai?"

"Err..saya ada benda nak beritahu awak ni..tentang...tentang suami awak, Aiman.."

Maya  terus memandang wajah Khai dengan muka masam. Senyumannya tadi terus hilang. Sensitif betul dia sekarang.

"Boleh tak jangan sebut nama dia depan saya? Saya tak suka..!!"bentak Maya yang marah tiba-tiba.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang