BAB 19- JUJUR

3.9K 85 0
                                    

"Kurang ajar kan kau nie!! Aku paling pantang kalau ada lelaki yang buat jahat dengan perempuan!! Ini tempat awam lah jahanam!! Yang kau peluk peluk perempuan ni, asal??!!!"tengking Aiman terus melayangkan tumbukan ke pipi Khai dengan kuat.

Maya terkejut. Orang ramai yang berada di dalam dewan terus menoleh memandang mereka bertiga. Khai jatuh tersembam ke lantai dewan. Kebas pipinya ditumbuk tadi.

"Awakk!!!"jerit Maya.

Maya menolak badan Aiman cuba menghalang. Wajah Aiman yang bengis mahu menapak ke arah Khai. Bengangnya belum habis. Mahu sahaja dilanyakkan sahaja lelaki tadi itu. Khai nampak masih terkejut dan tidak tahu apa punca dia ditumbuk.

"Kau ni memang tak reti nak jaga maruah orang perempuan ke bangang??!! Senang senang je kau peluk tunang orang kat sini!! Lain kali kau berani buat macam tu lagi , siap kau aku belasah!!!"ugut Aiman menepis Maya yang cuba menghalangnya.

Aiman menghampiri Khai yang masih tunduk. Mungkin pening. Disebabkan lelaki yang memeluk Maya tadi hatinya membuak marah. Rasa macam marah nya seakan hulk. Cuba tak de lah jadi hijau. Aiman masih tidak puas hati.

Maya buntu. Ini kali pertama dia melihat Aiman mengamuk dengan mata kepalanya sendiri. Memang gerun.

Aiman menarik kolar baju kemeja Khai menyuruhnya berdiri. Khai tampak sedikit lemah. Khai masih blur dengan apa yang terjadi sebenarnya. Aiman mengangkat penumbuk mahu dilayangkan lagi ke muka lelaki di hadapannya kini.

Maya terkejut lalu menarik belakang kolar kemeja Aiman menyuruhnya menoleh ke belakang. Aiman menoleh lalu Maya terus menampar kuat pipi kanan Aiman. Aiman terkedu dan merenung lama wajah Maya. Terkejut kerana Maya sanggup menamparnya.

Orang ramai yang memerhati sudah ada yang berbisik bisik. Entah apa yang mereka bualkan tentang mereka bertiga kini.

"Jangan buat kecoh kat sini lah Aiman!! Kita boleh bawa berbincang elok elok bukannya bertumbuk macam ni!! Kita dekat tempat awam sekarang ni so tolonglah jaga maruah awak ni. Malu lah!!!"marah Maya merenung tajam.

Aiman terdiam, lidahnya seakan kelu. Khai menolak kasar tangan lelaki yang mencengkam kolar kemejanya dan berdiri di sebelah Maya. Aiman masih merenung lama wajah Maya. Khai memegang tepi bibirnya yang berdarah. Agak sakit. Pipinya masih rasa sedikit kebas.

"Siapa dia ni Maya? Suka hati dia je main tumbuk tumbuk orang kat sini. Terkejut saya."soal Khai merenung Aiman dengan pandangan tidak puas hati.

Aiman rasa tercabar. Kakinya mahu menapak ke arah lelaki jahanam itu kerana pertanyaannya tadi seperti memperlinya. Seakan dia bukan sesiapa bagi Maya. Siapa aku? Dirasa mahu sahaja dia melayangkan sepakan padu ke muka lelaki yang perasan itu. Berlagak.

Maya menahan badan Aiman daripada menghampiri Khai, tidak mahu berlaku pergaduhan seperti tadi lagi. Memang malu mereka menjadi perhatian orang ramai di sini. Maya berdiri di tengah antara Aiman dan Khai yang saling merenung tajam. Biar dia menjadi pemisah dua lelaki itu.

"Okk..biar saya kenalkan korang dua dulu. Khai..ini Aiman, kawan saya. Awakk..lelaki ni Khai, pun kawan saya. Saya kenal dia."ujar Maya memperkenalkan status mereka berdua.

"Kawan lah sangat!!"balas Aiman dan Khai serentak.

Mereka berdua terkejut mendengar ayat yang mereka sebut tadi sama. Maya buntu, dipejamkan kedua matanya dengan wajah yang jelas serabut. 'Apa aku nak buat ni?'fikir Maya.

*****

Keesokannya...

Maya bangun seperti biasa dalam jam 6 pagi untuk solat subuh dan tidur semula kerana terlalu penat dengan majlis persandingan Diana dan Ammar malam semalam. Lagipun dia balik lewat malam semalam dengan ibu.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang