BAB 11- PERASAAN

4.4K 117 3
                                    

Di rumah Saiful..

Saiful dan Alina sedang duduk di sofa ruang tamu. Saiful ralik membaca isu isu semasa di dalam surat khabar manakala Alina hanya bersandar menonton tv. Alina berasa gembira sangat kerana gadis pilihannya, Maya yang merawat anaknya di hospital. Memang itulah yang diharapkannya. Mudah mudahan Maya menjadi menantunya suatu hari nanti.

"Abang..esok kita pegi melawat Aiman kat hospital. Rindu saya kat budak bertuah tu."ujar Alina muncung memandang suaminya.

Saiful menoleh isterinya seketika.

"Iye awak. Esok awak prepare bekal tu sikit untuk budak tu. Dia dah muak kut dengan makanan kat hospital tu. Awak bawak lebih sikit makanan tu."

"Iye la bang. Aii...takkan la Maya ada kat sana pun Aiman tak lalu makan kut. Rasanya habis 2kali sehari tu makan kat sana. Tak percaya tengoklah esok."usik Alina ketawa.

Akim turun dengan t-shirt biru muda dan seluar hitam melangkah ke ruang tamu. Dia masih belum tahu keberadaan Aiman sekarang. Dia cuma tahu bahawa Aiman demam sahaja setelah diberitahu Saiful pagi tadi.

"Papa..mama..macam mana Aiman? Dia tengah rehat kat bilik ke? Tak nampak muka dia pun."tanya Akim melabuhkan punggung di sebelah Saiful. Jue juga datang duduk di lantai bersandarkan sofa.

"Tak dela. Aiman kena tahan kat hospital sebab demam panas. Tekanan darah rendah. 3hari kat sana. Esok, papa dengan mama nak pegi tengok dia lah. Entah apalah jadi kat sana tu."balas Alina.

Jue menoleh dan memandang mama dengan senyuman lebar penuh makna.

"Em.. Jue nak ikut esok boleh tak? Minggu ni Jue cuti sem . Bosan duduk rumah. Boleh tak?"pinta Jue mahu melihat keadaan Aiman yang mungkin sudah miang disana kerana nurse lawa lawa belaka.

Papa senyum memandang anak bongsunya.

"Boleh sayang. Esok bangun awal kalau nak ikut. Lambat papa tinggal. Jangan nges pulak."usik Saiful ketawa.

"Ok papa..Heii!! Tak nges lah."balas Jue menjeling manja.

"Mama..doktor yang rawat abang Aiman tu lelaki ke? Hensem tak?"tanya Jue dengan wajah bersinar sinar. Jika doktor lelaki, memang hari hari lah dia melawat abangnya itu di hospital.

Alina ketawa lucu mendengar kata kata Jue yang amat suka melihat lelaki lelaki kacak terutamanya tastenya yang bekerja sebagai doktor. Memang impiannya mahu berkahwin dengan seorang doktor suatu hari nanti.

"Amboii.. Nie mesti Jue nak ikut esok sebab nak tengok doktor lelaki kan? Tapi bukan doktor lelaki yang rawat abang Aiman la Jue. Kak Maya.."cerita Alina kepada anak anaknya.

Akim tersentak mendengar nama Maya. Nama itu seperti pernah dengar sahaja sebelum ini.

"Siapa ma? Maya? Hm..macam pernah dengar je nama tu ."ujar Akim berkerut dahi cuba mengingati wajah pemilik nama itu.

"Iye. Maya tu kan anak kawan papa yang kita pegi rumah ,dia balik lewat tu. Maya yang keje doktor. Hospital dia dekat nie je. Cantik sangat orangnya."puji Alina gembira.

Jue nampak berminat dengan cerita mama tentang kak Maya. Lagi lagi kak Maya adalah seorang doktor. Dia juga ada menyimpan cita cita sebagai doktor apabila dewasa kelak.

"Haah. Betul tu ma. Kak Maya memang cantik. Wah..kan best kalau kak Maya jadi kakak ipar Jue. Boleh Jue macam macam benda dengan dia, pegi shopping sama sama, jalan jalan, makan aiskrim..wah seronoknya."angan Jue teringin. Mungkin juga boleh sekepala dengan bakal kakak iparnya nanti.

Akim senyum nakal.

"Jue nak abang Akim tunaikan angan angan Jue tadi tu tak? Boleh boleh. Abang setuju je. Mama!! Esok hantar rombongan merisik doktor Maya untuk Akim ok."usik Akim sedangkan dia mengiakan niatnya itu di dalam hati. Dia sudah jatuh hati? Dengan Maya?

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang