BAB 23- TIDUR

5.3K 85 0
                                    

Jam tepat menunjukkan 8 malam.

Maya berjalan keluar dari bilik dengan baju tidur dan rambut disepit kemas baru selesai menunaikan solat maghrib. Dia ternampak Aiman yang tidur lena berbaring di atas sofa panjang di ruang tamu. Maya menggelengkan kepalanya.

"Hamboii penatnya dia yaa. Orang dah habis solat maghrib, dia boleh pula lena tidur kat sini."bebel Maya sendirian dan menuju ke dapur untuk minum air. Tekaknya sudah kering minta air.

Kebetulan, semasa Maya mahu ke dapur dia bertembung dengan Mak Ndak yang mahu ke ruang tamu. Maya tersenyum memandang mak Ndak yang menoleh.

"Maya!!"

Maya berhenti melangkah. Mak Ndak juga berhenti melangkah dan memandangnya.

"Yee mak Ndakk.."

"Pegi panggil abe hang tu bangun cepat. Dah habis maghrib dah ni. Dia tanak solat maghrib ke? Dari pukul 6.30 tadi terus tido. Tak mandi pun. Penat sangat lah tu main takraw. Samalah abang Azrul tu hah. Pegi kejut!!"

Mak Ndak menuju ke bilik Azrul yang dekat dengan ruang tamu. Maya mengeluh.

"Yela mak Ndak.."

Maya terpaksa berpatah balik menuju ke arah Aiman di ruang tamu. Dia menghampiri suaminya yang masih lena tidur. Maya melutut di tepi sofa dan menggoyang perlahan badan Aiman dengan jari telunjuknya sahaja. Baju Aiman yang dipakainya kini sudah basah dengan peluh.

"Err.. awakk!! Bangunlah cepat. Dah maghrib dah ni. Awakk!!"kejut Maya sedikit gelabah.

Ini kali pertama dia mengejutkan seorang lelaki yang sudah bergelar suami kepadanya yang sedang tidur. Rasa ganjil. Gelabah. Tak suka. Hisyy.

Aiman masih tidak sedar. Lena betul tidur. Maya menggoyangkan badan Aiman dengan jari telunjuknya sedikit kasar.

"Awakkkk!!! Hisyy.."jerit Maya kuat tepat ke telinga Aiman.

Aiman yang mula sedar dari tidur menoleh memandang Maya di tepi. Matanya masih rasa mengantuk namun digagahkan juga membuka mata. Aiman bangun dan duduk di atas sofa. Kedua tangannya menggosok lembut kelopak matanya.

"Hm..hah!! Kenapa sayang? Kacau abang tidur ni."

"Mana ada kacau. Pergilah mandi tu!! Lepas tu solat maghrib. Orang sibuk nak solat mandi semua , dia sedap lena kat sini. Cepat lah bangun !! Satgi mak ndak bising." bebel Maya menjeling.

Aiman menarik sedikit senyuman.

"Baiklah mak cik Maya oii. Hm baru abang perasan something."

"Hah!! Perasan apa nya?"

"Hm.. Baru perasan yang sayang abang nie cooommelll sangat bila marah membebel ni." balas Aiman selamba merenung wajah Maya.

Maya menjeling. Tidak termakan pujian lelaki itu. Hati batu. Dia terus berdiri.

"Dah lah!! Cepat lah gerak tu. Pantas!!"

Maya terus menuju pergi ke dapur. Malas lama lama dengan Aiman kat situ. Satgi ada drama romantik pulak muncul. Aiman senyum. Dia bangun berjalan ke bilik untuk ambil tuala.

Jam di dinding sudah menunjukkan 11.30 malam.

"Maya!! Nie bentang toto ni, carilah tempat mana nak tidur tu. Tanya si Aiman tu. Bincang nak tidur mana." ujar opah menyuakan alas toto,2 selimut dan 2 bantal kepada Maya. Maya sempat meminta bantal peluk kecil yang disimpan opah dalam almari khas untuknya sahaja. Memang tak boleh sesiapa ambik. Kira bantal busuk lah tapi bantal wangi senanya.

Maya mengangkat toto, bantal dan selimut tadi berjalan ke ruang tamu. Matanya memerhati jika ada ruang kosong yang boleh diisi untuknya tidur malam ini. Anak anak saudara, sepupu dan adik beradik abah sudah memenuhi hampir seluruh ruang tamu besar itu. Semua pakat dah baring , ada yang dah lena lagi.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Where stories live. Discover now