BAB 1- MAYA VS AIMAN

11.6K 161 1
                                    


TOKK TOKK TOKKK TOKK TOKKKK

"AIMAN ZAFRIL!!Bangun cepat,Aiman. Kamu tak pegi ofis ke hari nie ?Aiman!!"jerit Alina mengejutkan anak lelakinya .

Tangannya sudah kebas asyik mengetuk pintu bilik yang tidak mahu dibuka dari dalam. 'Telinga apa lah anak aku nie? Dah ketuk pintu macam nak pecah tak de nak bukak pintu ke?'fikir Alina.

Aiman yang lena diulit mimpi masih terbaring di atas katil . Badannya masih berselubung selimut . Matanya perlahan dibuka kerana rimas dek jeritan dengan ketukan pintu . Sah mama.

"Hmm..ada apa ma?"tanya Aiman malas masih terbaring.Matanya dipejamkan semula.Mengantuk.

"Buka pintu ni,Aiman!Kamu tau tak dah lambat nak pegi ofis . Kan hari ni papa suruh pegi awal. Kamu dah besar dah 23 tahun dah . Buatlah perangai tu macam dah dewasa. Ni nak bangun pun kena mama yang kejut macam budak-budak . AIMANN!!!"bebel Alina di depan pintu bilik.

Aiman akur . Dipaksa matanya agar dibuka . Dah faham dengan sikap mamanya . Kalau mama dah start membebel tu tak boleh nak lawan dah. Kalau lawan sikit lagi bertambah bebelan mama. Aiman bangun berjalan menuju ke arah pintu dengan selimut masih berbalut di badan.

Pintu dibuka lalu Aiman menjengukkan kepalanya keluar. Dia memandang mama.

"Mama..kenapa nie kacau orang tidur?orang mengantuklah . Dah tu mama ketuk pintu bilik kuat macam nak bagi pecah je . Mahal papa nak ganti beli baru pintu ni."ujar Aiman sempat menguap dan ditutup mulutnya dengan belakang tangan.

Alina sudah bercekak pinggang memandang Aiman.

"Suka hati mama lah nak ketuk bagi pecah ke meletup ke , yang nak ganti beli baru ni nanti suami mama kan. Hah! Ni mesti tak mandi lagi? Pegi mandi cepat!!"

"Aiman ngantuk lah ma."

"Tula keluar malam lagi pastu tak ingat nak balik rumah. Pukul 3 4 pagi baru nak jejak rumah. Dah tahu esok nak kerja kan. Entah apa lah yang dibuat malam-malam tu pun tak tau lah. Tak de alasan dah . Pergi mandi siap cepat. Papa tunggu kat bawah tu nak ajak pegi ofis sama-sama."

"Mana ada orang tak ingat nak balik cuma tak rasa nak balik je."

Mama merenung tajam anaknya.

"Tengok tu menjawab. Pandai dah melawan orang tua sekarang ya. Tengok pipi tu air liur basi pun melekat lagi. Eee geli mama tengok. Pergi mandi cepat."

Aiman mengesat pipinya dengan tapak tangannya. Alamak betul lah air liur basi. Disapu tangannya di baju tidurnya dan tersengih.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi enjin kereta yang beransur hilang mungkin sudah bergerak pergi meninggalkan perkarangan rumah. Dia kenal bunyi kereta tu. Kereta papa. Papa dah pergi?

"Papa dah pergi tu. Habis lah kamu,Aiman. Mama tak tahu."usik mama sengaja menakutkan Aiman. Dia kenal suaminya yang pantang orang lewat ke tempat kerja.

"Alamakk!! Mama nie suka takutkan Aiman tau. Yela orang nak mandi lah nie. Bye"

Aiman segera menutup pintu bilik dengan kuat.

"Opocot nenek kau melompat!! Aiman!! Tutup lah pintu slow sikit. Terkejut mama tau."marah Alina geram sambil mengurut dadanya kerana terkejut.

Aiman berlari masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Nasib baik sempat teringat tuala masa masuk bilik air tadi kalau tak ... ok tak nak cerita.

****

Maya berjalan turun tangga mahu ke meja makan. Dia mahu bersarapan dahulu sebelum pergi ke tempat kerja. Matanya memerhati keadaan sekeliling takut bertembung dengan kakaknya yang menyakitkan hati itu.
'Harap-harap aku tak nampak muka dia pagi ni. Satgi aku tak selera nak makan pulak. Kau tidur lama sikit ya pompuan.'fikir Maya.

Maya duduk di kerusi meja makan lalu menyenduk nasi goreng ke dalam pinggannya. Dia jadi berselera pula. Lapar.

Abah yang sedang membaca surat khabar menoleh. Serta merta surat khabar itu dilipat dan diletakkan di tepi. Ada yang mahu dibicarakan dengan anaknya, Maya.

"Awal kamu turun hari ni. Masuk kerja pukul berapa?"

Maya menoleh sekejap dan tersenyum.

"Hm..pukul 8pagi ni. Maybe ada banyak keje hari ni tu yang ingat nak pergi awal."balas Maya menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Ohh..Maya,abah minta hari ni kamu balik awal sikit ya sebab malam ni kita ada tetamu. Kawan lama abah nak datang rumah. Tak elok pula kalau kamu tak jumpa diorang satgi."pinta abah seperti mengharap.

Maya memandang lama muka abahnya. Dia cuba mencari alasan munasabah untuk menolak. Alasan yang tidak mengecilkan hati abah. Bukan tak nak balik awal cuma tak pasti je.

"Err..tak tau lagi lah abah. Kerja kat sana tu tak tentu banyak ke sikit. Kalau tak banyak kerja sangat, Maya balik awal malam ni ya."

Abah senyum lega dengan jawapan anaknya itu.

Tidak lama kemudian....

BERSAMBUNG...

*****

SORRY KALAU TAK BEST. FOR FIRST BAB MEMANG BORING SIKIT. TAPI TRY LAH BACA NEXT AND NEXT BAB. KASI TERBAIK PUNYA LAH. TAPI AYAT MAYBE TERABUR SIKIT. HOHOHO. BAB SATU NIE JE PENDEK. RILEKS DULU. LAMA LAMA NANTI BAB JADI PANJANG . TENGOK NEXT BAB DULU. SAJA TEST AWOK AWOK. :3

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang