Bab 4

364 8 0
                                    

"Paan!"

Paan menoleh pantas. Aman dan Chan berlari mendapatkannya. Tercungap-cungap.

"Hah, aku ingat kau orang dah lupa aku," sindir Paan.

Chan tersengih menampakkan sebaris giginya yang kosong di tengah-tengah.

"Sorrylah Paan. Kalau aku tak tolong bapak aku, dia tak nak bagi duit belanja lebih. Jadi aku kena kerjalah," jelas Chan.

Paan memanjangkan tangannya.

Tok!

"Aduh! Apa hal kau sekeh aku?" berkerut muka Chan menahan sakit.

Aman ketawa berdekah-dekah sambil menekan perutnya.

Tok!

Chan pula ketawa besar melihat tawa Aman mati serta-merta selepas disekeh Paan.

"Paan! Kenapa kau buat aku pulak?" marah Aman tak puas hati.

Paan belek lastiknya.

"Apa hal kau gelakkan Chan? Padan muka."

Tawa Chan bertambah kuat. Hilang sakit tadi.

"Eh, dahlah. Hari ni nak buat apa?" Paan masih membelek lastiknya. Bangga betul dia dengan lastik itu. Buatan tangan tu.

Chan letak jari di bibir, lagak sedang berfikir panjang.

"Entah." Itu jawapan dia akhirnya.

"Tak tahu," Aman turut menggeleng.

Paan pandang keliling, ada sebiji batu besar berdekatan. Dia melangkah ke batu itu, lalu duduk. Masing-masing berfikir dengan bermacam gaya.

"Hah, aku tahu!" suara Chan kuat.

"Apa dia?" tanya Aman dan Paan serentak.

"Di sebelah kedai aku tu, ada sekor kucing baru beranak. Empat ekor anak dia. Comel. Kau nak lastik dia orang?"

"Haa nak! Nak!" Paan teruja.

"Lepas tu kita pergi lastik burung Wak Abu pulak, nak?" Aman pula bagi cadangan.

Paan angguk lagi. Tiba-tiba rautnya berubah.

"Eh, tak naklah." Paan seperti hilang semangat tiba-tiba.

Aman dan Chan berpandangan.

"Apa hal pulak? Bukan kau ni gila lastik ke? Kita orang tukang sorak je," tanya Chan pelik.

"Betul, betul. Selalu kau melompat je kalau dapat lastik binatang." Aman mengeyakan.

"Nenek aku marahlah. Dia dah tahu aku lastik ayam dia," suara Paan lemah.

"Macam mana dia boleh tahu?" belum sempat Aman bertanya, Chan dah tanya dulu.

"Isabelle," keluh Paan lemah.

Chan dan Aman berpandangan.

"Hah? Siapa? Sabelle?" Chan menyoal lagi.

"Ish, kau ni. Isabelle lah. Dia duduk rumah nenek aku."

"Kenapa nama dia macam nama pelakon TV je?" Aman pula bertanya.

Paan tidak terus menjawab. Masih bermain-main dengan lastiknya.

"Dia anak orang putih. Entah. Tu je yang nenek bagi tahu aku."

"Cantik tak?"

Paan pandang Chan tak percaya.

Istilah Cinta Untuk DiaWhere stories live. Discover now