WARNING

621 44 17
                                    


Ha nampak kan tajuk kali ini adalah warning. Ini bermakna Lyn nak bagi warning. Bukan marah ye kawan-kawan just warning je.

Disebabkan Lyn dah terasa hati sikit. Ok bukan sikit lah banyak la juga. K FINE, banyak. Sebab ada yang sesetengah manusia tak ikut rules yg senang ni ;-;

Bukan Lyn nak marah just nak nasihat, jangan lah ambil ideas Lyn lepastu tak buat story. And ambil idea Lyn tapi tak bagitahu.

Tapi tak tahu la ada buat yang buat ke tak sebab Lyn ni malas sikit nak check lagi pun idea-idea
Lyn ni pun bukan best sangat merapu je. Tapi ada la Lyn tangkap sorang dua tu. Heh.

Lyn ada check balik komen si 'peminta idea' tapi dia tak buat so Lyn padam komen dia ha. Bukan apa, kalau tak nak buat boleh, inform lah balik cakap tak jadi ambik idea tu bole lah Lyn bagi idea tu dekat orang lain .-.

Ok sekarang ni kita buat rules ye

Rules

+ Kalau nak ideas ni, please buat keputusan betul-betul sama ada memang nak buat betul-betul. Jangan main-main pula. Penat juga aku perah hotak ni nak kasi korang idea. So fikir betul-betul sebelum bertindak.

+ Kalau nak ideas dari book ni juga, korang boleh komen ' I want this ideas' or apa-apa je la yang seangkatan dengannya. Atau nak lebih selamat pm je. Sebab kalau komen belum tentu dapat notification .-. Wattpad ni gila sikit. Haritu aku tak tahu pun ada orang komen ke apa ke buka balik story baru nampak komen yang berkurun lamanya .-.

+ Ha yang ni penting, Kalau dah ambil ideas orang tu kena la appreciate . Jangan buat harta sendiri. Mention la qtslothpie thanks for the ideas ke apa ke lantak la. Sekurang-kurangnya, Lyn rasa dihargai lah juga.

+ Kenapa kena mention? Sebab Lyn nak baca la agagagaga. Tak kira la macam mana jalan cerita tu tunggang terbalik ke Lyn tetap nak baca okay. So mention jangan tak mention.

+ Kalau nak follow pun boleh kalau tak pun boleh. Depends.

+ Jangan sesekali tiru idea Lyn and bawa keluar macam tu je then claim macam ideas tu macam idea kau sendiri. Kuali nak kuali?

+ Lyn ni pemalas. Jadi jangan ambil kesempatan nak tiru ke apa ke ye. Sesiapa yang tahu malaun-malaun mana yang tiru tu tolong la roger Lyn. Jasamu amat dihargai.

+ Ha. Kalau kurang jelas ataupun kurang idea jangan malu-malu jangan segan pm la tanya Lyn. Insyaallah Lyn akan bantu kalau tak sibuk.

+ Kalau tak jadi ambil idea , just bagi tahu balik. Sebab nak buka tu dekat orang lain pula.

+ Ni rules baru. Sila beri password semasa req ideas. Just nak pastikan korang baca rules je. Ye.

+ Password ; Baromisbae ( lol )

Story IdeasWhere stories live. Discover now