Episod 12

68.9K 1.8K 118
                                    

Bodohnya aku kerana melulu mengharap Abang Ammar akan akhirnya meluah perasaan sayang padaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bodohnya aku kerana melulu mengharap Abang Ammar akan akhirnya meluah perasaan sayang padaku.

Untuk apa dia nak berbuat macam tu? 5 tahun dia menghilangkan diri daripadaku, tak cukup lagi ke bukti bahawa dia tak punya perasaan sebegitu padaku?

Sayang sebagai adik sepupu yang paling rapat, itu saja. Muktamad. Itu pun tak pernah sekali dia ucapkan, aku yang membuat andaian sendiri. Tapi aku tahu, dia ikhlas mengambil berat. Dia sendiri tak pernah menafikan.

Sudah-sudah la. Dah 5 tahun aku terima hakikat itu, tak usah diungkit perkara lama lagi. Aku dan Abang Ammar kini 2 orang manusia yang berbeza. Masing-masing sudah cukup matang untuk tinggalkan semua rahsia silam antara kami di belakang.

So, let's keep moving on, shall we?

"Jomlah Raffy ikut mama ke kenduri tu. Orkid dan Ammar pun, marilah. Atok semangat betul, pagi-pagi dah ke rumah Tok Widad," ajak mama sewaktu kami berempat duduk mengalas perut pukul 10 pagi itu.

Malam tadi aku dan mama berborak panjang. Masuk sekali Ummi dalam perbualan, entah pukul berapa kami bertiga tertidur di bilik atas itu. Abang Ammar pula entah ke mana membawa diri, tidur tidak berteman.

Sudahnya, kami bertiga bangun lewat. Sewaktu aku terjaga, mama dan Ummi sudah tiada di katil. Apabila aku turun ke dapur, mereka pun rupanya baru tersedar dan sedang membuat air panas. Aku syak, Abang Ammar pun baru bangun juga kerana rambutnya kusut masai.

Kusut masai pun tetap— eh, eh. Sudah, sudah. Kata nak move on?

"Tapi Raffy tak bawak balik baju kurung la, mama." Aku membuat muka sedih. Ummi boleh saja pinjam baju kurung mama kerana saiz tubuh mereka lebih kurang. Abang Ammar pula lelaki, tiada siapa kisah jika dia tak berbaju melayu.

Tapi aku perempuan, dan ini suasana kampung. Lagipun, baju yang aku kemaskan semalam memang tiada yang sesuai langsung untuk dipakai ke majlis perkahwinan.

"Takpe, Raffy boleh pakai baju arwah Nek. Nanti mama carikan sepasang yang muat untuk Raffy," pujuk mama.

Baju arwah Nek? Hmm, aku masih ingat lagi, arwah Nek memang seorang yang menjaga tubuh. Meskipun sudah dimamah usia, tapi bentuk tubuhnya kekal langsing dan cantik.

Tapi Nek badannya rændang, manakala aku tinggi lampai— genetik arwah papa.

Tak mahu ditinggalkan seorang di rumah kerana Ummi dan Abang Ammar bersetuju untuk mengikut mama, aku berikan saja sepenuh kepercayaan pada mama untuk mencarikan aku sepasang baju yang sesuai. Lalu, kami pun bersiap-siap.

Apabila aku keluar dari bilik air dalam bilik Atok, mama sudah memadankan sehelai blaus kimono bercorak batik bersama kain duyung berwarna hitam.

"Ini bukan baju kurung," kataku sebaik melabuhkan punggung di katil Atok.

"Ini je yang Raffy boleh pakai, sayang. Kalau baju kurung arwah Nek semuanya senteng nanti," jelas mama.

"Takpe ke pakai macam ni, mama? Nanti apa orang kampung kata?" Hatiku terdetik juga perasaan risau.

PREVIU || RafaellaWhere stories live. Discover now