Bab 40

11.4K 137 38
                                    

a/n: Terima kasih pada semua yang sanggup baca cerita merepek dan tak logik langsung macam ni sampai cerita ni jadi 30k. Terima kasih juga pada yang sanggup tunggu bab baru dengan penuh kesabaran. Terima kasih pada yang selalu support cerita Cinta Mawar. Tanpa kalian, cerita ni takkan ada apa-apa makna. Teruskanlah support karya saya yang seterusnya :D

Setelah beberapa minggu terlantar di hospital akhirnya aku dapat pulang ke rumah semula seperti biasa. Alisa dan keluarganya, atau lebih tepat, keluargaku pula sedang bertungkus lumus membuktikan betapa mereka menyesal dan ingin aku menerima mereka sebagai keluarga kandungku.

Bukannya tidak mahu terima, cuma aku belum bersedia lagi.

Pergerakan ku agak terbatas kerana badanku masih lagi dalam keadaan yang lemah, maka aku terpaksa berjalan menggunakan tongkat.Alya pula sedang lena tidur di sebelahku.

"Sayang okay?" soal Rayyan yang baru sahaja masuk ke dalam bilik sambil membawa secawan kopi panas untukku.

Aku hanya senyum dan mengangguk kepala lalu mengambil kopi itu.

"Sayang ada sakit dekat mana-mana? Pinggang ke? Kesan jahitan tu semua? Kalau sayang tak okay, beritahu abang ye? Nanti abang tolong mana yang patut." ujar Rayyan lagi sambil bermain dengan hujung rambutku.

"Saya okaylah. Abang ni terlalu risau sangat macam teruk je keadaan isteri awak ni." kata aku sambil meletakkan kopi itu di atas meja lampu bersebelahan dengan katil kami.

"Hish, mestilah risau. Kan abang penyebab sayang jadi macam ini.." jawab Rayyan dengan nada yang sangat kesal. Dia menundukkan wajahnya.

Aku hanya mengeluh. "Berapa banyak kali saya nak pesan? Bukan salah abang dan bukan salah sesiapa. Benda nak jadi, kan?" Aku mengangkat sedikit dagu Rayyan sehinggalah matanya memandang tepat ke arah mataku lalu aku mengukirkan sebuah senyuman.

Rayyan juga turut tersenyum. "Haih, what did I do to deserve someone like you?"

Ketika Rayyan baru sahaja ingin mengucup bibirku, Alya terus mengeluarkan suaranya yang sangat nyaring. Aku dan Rayyan tidak mampu menahan tawa kami. Haih, masih lagi bayi tapi dah pandai menghalang kemesraan orang lain.

*********************************
"Sayang kenapa malam-malam macam ni menangis ni?" soalku sambil menggosok belakang badan Alya dengan perlahan.

Sejak tadi lagi Alya tidak berhenti menangis. Suaranya yang sangat nyaring itu pasti telah membangunkan ramai jiran tetangga.

"Sayang ni saje nak suruh mama berjaga tengah malam ye?"

"Sayang janganlah menangis.."

"Sayang sedih nanti mama pun sedih.."

Ketika itu juga barulah aku mengerti kepayahan seorang ibu yang membesarkan anaknya sejak dari bayi lagi. Barulah aku mengerti perasaan seorang ibu yang harus berjaga tengah malam kerana anaknya yang menangis entah sebab apa.

Jika aku tahu sesusah ini menjaga bayi yang merengek, aku tak akan menyusahkan mummy atau umi dari dulu lagi!

Umi, mummy, maafkan Mawar!

"Kenapa bising-bising ni?" soal Rayyan yang baru sahaja muncul di ruang tamu sambil menggosok matanya. Rambutnya kelihatan sangat tidak terurus kerana baru sahaja bangun dari tidur.

"Alya ni bang dari tadi nangis je.. Saya tak tahu dia nak apa. Dah beri susu pun dia tak mahu, check pampers tak ada pula dia buang air besar.." kata aku sambil terus cuba memujuknya untuk diam walaupun hanya sesaat.

Wajah Alya telah pun menjadi merah padam kerana asyik menangis dan menjerit. Kasihan pula hati ini melihat keadaan anak sendiri.

"Meh sini datang dekat papa ye.." kata Rayyan lalu terus mengambil alih tugas mendukung Alya.

Cinta MawarWhere stories live. Discover now