Bab 10

4.2K 126 1
                                    

"Apa?! Kahwin?!" teriak Ariz. Aku terus memberi isyarat supaya dia merendahkan sedikit suaranya. "Ibu suruh kita kahwin? You serious tak salah dengar?"

"Iya, betul I tak salah dengar. Waktu itu I berada di sebelah ibu you. Takkan I ni pekak pula." kata aku sambil bercekak pinggang. Selepas sahaja mendengar cadangan gila daripada Puan Sri Suzana, aku terus berjumpa dengan Ariz dan membawa dia ke tempat yang tersorok supaya tiada siapa boleh mendengar perbualan kami.

***
"Ibu bercadang nak kamu dan Ariz berkahwin hujung bulan ini." kata Puan Sri Suzana sambil tersenyum. Jantung aku hampir sahaja gugur ketika mendengar ayat keramat itu. Kahwin?! Oh please!

"Kahwin? Dengan Ariz? Hujung bulan ini?" soal aku dengan tidak percaya.

"Ya." jawab Puan Sri Suzana yang masih dengan senyumannya. "Kamu berdua kan telah lama hangat bercinta. Jadi apa salahnya jika kamu melanjutkan percintaan ini dengan cara yang lebih halal? Kan elok. Alang-alang, kamu boleh membantu Ariz seperti yang ibu katakan sebentar tadi." sambungnya.

Kepala aku terasa amat pening. Siapa kata aku nak kahwin dengan dia?!!!

"Kamu tidak suka ke?" Air muka Puan Sri Suzana tiba-tiba berubah menjadi sedih. Alahai makcik ni sudah tua pun mahu berdrama ke?
"Ibu sangkakan Mawar dapat menunaikan hasrat ibu yang satu ni. Tapi rupanya tidak. Hm."

"B-bukan macam tu ibu. Tapi-tapi-"

"Tak apalah, kalau ada apa-apa ibu berada di dapur."

Puan Sri Suzana terus berjalan meninggalkan aku seorang diri di dalam bilik yang sedang terpinga-pinga. Eee tak betul lah! Aku kena cari Ariz sekarang juga!

***

"So macam mana sekarang ni? Apa yang kita nak buat?" soal Ariz sambil melihat wajah aku. Malu pula.

"Itulah I dah pesan dari awal lagi jangan buat benda gila. Sekarang ini ibu you dah percaya bermatian yang kita ni pasangan yang sedang hangat bercinta. Konon." omel aku lalu menyilangkan tangan di dada.

"Manalah I tahu yang benda ini akan jadi sampai begini sekali. I tak expect langsung yang ibu akan suruh kita berkahwin. Aduhhh." Ariz menggaru kepalanya yang tidak gatal sehingga menjadi serabai.

Setelah lama berfikir, barulah aku mendapat idea untuk menyelesaikan masalah ini. "Kita beritahu jelah pada ibu you yang kita sebenarnya tak sayang antara satu sama lain. You dah jumpa orang lain, begitu juga dengan I. Dan kita akan putus tidak lama lagi. Mudah kan? Tak perlu pening kepala fikir panjang."

"Gila ke? Lagi lah ibu I akan mengamuk. You tak ingat cerita yang I pernah cerita pada you dulu?" kata Ariz.

"Okay fine, ingat. Then apa yang kita nak buat?"

"Since Puan Sri Suzana Tan dah begitu mengharap dan dia sedang merajuk sekarang ni, kita memang dah tak ada cara lain. You memang kena kahwin dengan I."

"What? You serious kita dah tak ada cara lain?"

"Iya. Okay fine I sedar diri I ni siapa sampai you taknak kahwin dengan I langsung. Kita ikut jelah plan you tu and hancurkan hati ibu I buat kali ke dua." ujar Ariz dengan nada merajuk.

Ya Allah, anak beranak memang suka buat kepala aku pening ke? Nasib baik aku tidak berjumpa lagi dengan tuan besar di rumah ini. Jika tidak, hari ini juga aku menamatkan riwayat aku.

"Okay fine, kita kahwin."

"Betul ni?"

"Iyalah dah you kata begitu nak guna cara apa lagi. Ish"

"Yey, jom jumpa ibu."

*SEBULAN KEMUDIAN*

"Mawar, salin gaun ini cepat!" teriak Sarah tatkala aku sedang sibuk bermain dengan telefon bimbit. "Sibuk lagi bermain dengan telefon kenapa? Ya Allah dia ni."

Cinta MawarWhere stories live. Discover now