Bab 32

4.6K 93 1
                                    

(RAYYAN)

Aku melihat wajah isteriku yang sedang lena tidur di sebelah. Mungkin kerana penat..

Aku memerhatikan setiap inci di wajahnya dengan teliti. Betapa cantiknya wanita ini. Bertuah sungguh aku memilikinya. Siapa sangka wanita yang dijaga oleh umi kini menjadi isteri ku. Siapa budak perempuan yang sering disebut oleh umi kini menjadi isteri ku. Siapa sangka perempuan yang bersama dengan aku ketika sambung belajar kini menjadi isteri ku. Siapa sangka perempuan yang terlibat dalam satu kemalangan bersama aku kini menjadi isteriku.

Kepala ku menjadi pening apabila teringat tentang kejadian lama. Aku tidak mahu mengingati tentang kejadian itu tetapi semakin lama aku kenal Hana, semakin hebat kejadian itu bermain di minda ku seperti tayangan video.

Aku yakin Hana tidak ingat tentang kejadian itu. Langsung. Akulah satu-satunya manusia yang ingat. Dan juga Alisa.

****
"When are you planning to tell her the truth?" soal Alisa secara tiba-tiba sewaktu kami berdua ingin mengambil air minuman. Hana sedang sibuk berbual bersama mummynya jadi tidak mungkin aku ingin mengganggu dia.

"What do you mean?" soal aku kembali yang tidak faham dengan pertanyaan Alisa.

Alisa tertawa. "Kau boleh tipu Hana but you can't lie to me. Just tell her the truth!" kata Alisa dengan slang mat salihnya.

"Tipu apa? About my feelings? We are already married now so nak jujur apa lagi?" Aku benar-benar tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Alisa. Makin lama makin sakit pula hati aku.

"Tell her about your past. Tell her about your reckless behaviour. Tell her about how much you loves Hana when you were in England. Tell her about the other girl when both of you were together. Tell her about the accident. Tell her about how you left her when she was in coma. Tell her about everything, Alif!"

Kata-kata Alisa membuatkan mukaku kehilangan darah. Aku tak pernah menceritakan sejarah silamku kepada sesiapa pun. Aku tak pernah buka mulut kepada sesiapa. Bagaimana dia tahu? Bagaimana dia tahu tentang semua benda? Aku yakin aku telah banyak berubah sejak dari kejadian itu. Bagaimana dia masih boleh tahu itu aku?

"Nonsense." jawab aku lalu ingin beredar dari situ.

"You're going to hurt her. One day she will walk out of your life because of you. Can you bare the pain? Can you?" soal Alisa saat aku membelakangkan dia. Ketika itu juga mata aku tepat memandang Hana yang sedang tersenyum berbicara dengan mummynya. Sanggupkah aku kehilangan wanita yang kini telah sah menjadi isteriku? Sanggupkah aku kehilangan wanita yang aku cinta? Sanggupkah aku melihat dia menjauhkan diri kerana rahsia yang disimpan oleh aku selama ini?

"Tell her, Alif. I know she'll understand about your situation and why you had to leave her like that." kata Alisa untuk kali yang terakhir. Aku hanya diam lalu mengorak langkah menuju ke arah Hana.

*****
Kejadian semalam mengingatkan aku kembali. Aku tidak pernah sangka bahawa rahsiaku ini ada orang lain juga yang tahu. Tetapi selama mana Alisa telah mengetahui tentang perkara ini? Kenapa dia tak mahu beritahu sewaktu aku dan Hana baru sahaja kenal? Kenapa dia harus bertanya ketika aku dan Hana baru sahaja berkahwin?

Persoalan yang berada di minda membuatkan aku runsing. Hana yang sedari tadi tidur kini mula bangun. Dahinya berkerut seribu apabila melihat aku yang sedang memerhatikan dia. "Awak tengok saya dari tadi ke?" soal Hana sebelum dia menutup separuh wajahnya dengan menggunakan selimut.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"Kenapa awak tengok? Dah berapa lama awak tengok?" Hana seperti cuba membersihkan sebarang bukti yang menunjukkan ada air liur basi di wajahnya.

Aku tertawa kecil kemudian mengambil tangan Hana. Selimut yang menutup separuh wajahnya juga diturunkan. "Abang dah perhatikan wajah isteri abang sejak pagi tadi lagi sebab isteri abang ni terlampau cantik sangat, lebih-lebih lagi apabila dia sedang tidur." ucap aku sambil bermain dengan rambut Hana. Mata Hana pula tidak lepas dari pandangan mata aku. "Sayang tak perlu lap apa-apa pun. Ada air liur pun tetap lawa." kata aku lagi kemudian mencium bibirnya yang cantik dan berwarna merah jambu semula jadi.

Hana menjadi malu sehingga dia menyembunyikan wajahnya dengan menyembamkan wajahnya di tubuhku. Tangannya yang kecil pula dijadikan sebagai penutup mukanya. "Janganlah cakap macam tu. Tak baiklah pagi-pagi dah terlebih gula." kata Hana.

Aku hanya tertawa kecil kemudian mencium kepala Hana. Bau rambutnya yang harum je sudah mampu membuatkan aku menjadi tidak keruan. Lenganku pula kini telah melilit pinggang kecil Hana.

"Kenapa tak kejutkan untuk subuh?" soal Hana sambil memandang wajahku dengan jarak yang sangat dekat.

"Penat lah sayang. Tak larat nak bangun." jawabku acuh tak acuh kerana sedang menikmati keharuman bau rambut Hana.

"Ada pula kata begitu." Hana segera bangun sambil menolak muka ku agar tidak melakukan perkara yang pelik lagi. "Lepasni kita pergi melawat mummy dan daddy, ya? Hari ni mereka akan betolak pergi UK balik." kata Hana lalu terus menghilangkan diri ke dalam bilik air.

********
Selesai melawat dan menghantar mummy dan daddy Hana ke lapangan terbang, kami berdua singgah ke kedai makan dan mencari peralatan rumah. Kenalah hiaskan rumah bagi nampak cantik bila dah kahwin ni.

"Awak.." tegur Hana ketika aku sedang sibuk melihat warna cat yang sesuai untuk rumah kami.

"Ya sayang?" jawab aku sambil sibuk membelek buku cat.

"Saya rindukan mummy dan daddy."

Aku memandang wajah Hana apabila dia berkata begitu dengan dahi yang berkerut seribu. "Tadi baru lepas jumpa kan?" soal aku. Baru berpisah dah rindu? Ish ish ish.

Hana menganggukkan kepalanya. "Boleh tak kalau kita pergi sana?" soal Hana kembali.

Hampir terbeliak mata aku mendengar soalan Hana. "Pergi sana? UK?" Hana mengangguk lagi. "Jauh lah sayang. Next week kan mummy dan daddy balik semula ke Malaysia." pujuk aku sambil membelai kepala Hana. Riak wajahnya menunjukkan betapa sedihnya dia pada saat itu.

Hana memegang tangan aku lalu memandang mata aku dengan penuh makna. "Actually bukan nak melawat mereka je tapi... tapi...."

"Tapi apa sayang?" perhatian ku kini tertumpu pada Hana sahaja dan tidak lagi pada cat-cat. Apa sebenarnya yang isteri aku mahukan?

Jari-jemari Hana kini menari di lenganku. Gayanya seperti mahu menggoda ku. "Nak...... pergi...... madu bulan." kata Hana lalu menayangkan barisan giginya yang rata dan putih berseri.

Madu bulan? Apa tu? Aku berfikir dengan mendalam. Tak lama kemudian barulah dapat tangkap maksud Hana. "Oh! Sayang nak pergi honeymoon dekat UK?" soal aku dengan teruja. Hana juga menganggukkan kepalanya dengan malu. "Lahh kenapa tak straight to the point je? Apalah sampai nak kena goda abang dekat kedai ni lepastu guna bahasa pelik pula tu. Bulan madu lah sayang.." ujar aku lalu tertawa kecil. Aduhai isteriku ini.

"Saya tunggu awak tanya tapi tak tanya pun. Selalunya orang lelaki yang ajak pergi honeymoon." kata Hana.

Ye tak ye juga. Kenapalah aku boleh lupa ajak isteriku pergi honeymoon?

"Okay sayang jom get ready!"

Hana mengerutkan dahinya. "Get ready apa?"

"UK!"

********************
a/n: niat nak update lagi panjang tapi pendek sebab nak tgk bola! yey jangan lupa vote! xx

Cinta MawarWhere stories live. Discover now