Shin tarik sengih entah untuk kali ke berapa. Berjaya membuatkan Ayen jengkel merupakan satu 'kejayaan' bagi Shin.

"Saja je... Manalah tahu lepas jentik macam tu fius dalam kepala Ayen tu okey jadinya. Ayen kan ada putus fius sikit." Selamba je Shin. Sengaja tambahkan petrol untuk kereta yang sedang memecut.

Ayen membulatkan mata. Ya ampunnn geramnya! Kalau kata-kata tu tak datang daripada Shin kesayangan dia, memang Ayen dah layangkan flying kick sedas.

"Sampai hati abang cakap Ayen macam tu." Mulalah Ayen buat nada sedih. Drama sangat.

"Korang berdua ni ingatkan dah sweet-sweet. Rupanya macam tu jugak," komen Shahrul yang duk memerhati sejak tadi.

"Nak sweet amende kalau dah abang Shin tu tawar mengalahkan paracetamol expired."

"Untunglah pernah rasa paracetamol expired."

Ayen menjeling geram. Malas dah nak layan. Shin sengaja cari pasal la tu.

"Paracetamol yang tawar tu juga yang Ayen sayang sangat-sangat. Ye tak?"

Ayen sengih. Dan Shin hanya senyum tak terbalas. Tiba-tiba rasa deep pula sepotong ayat tu.

"Do you wanna build a snowman..." Ayen bernyanyi kecil dengan tangan yang lincah membasuh pinggan. Wajah pun penuh reaksi. Ewah, fefeeling Anna dalam Frozen sangat.

"Come on let's go and play... I never see you anymore, come out the door..."

"It's like you've gone away..." Tetiba ada suara lain yang sambung.

Spontan Ayen melepaskan gelak kuat. Suara tu dia kenal, sebab tu tak menoleh pun dia dah gelak dulu. Lucu okey.

"Dr. Shin tak sangka tahu lagu Frozen." Komennya selamba. Mematikan terus lagu yang dinyanyikan tadi daripada mindanya.

"Dah tu? Ayen ingat abang tak tengok tv la?" balas Shin sambil membuka pintu sejuk, mengeluarkan sebotol air.

"Ayen ni berapa kali nak tegur? Suka sangat menyanyi kat dapur," kata Shin lagi sambil menuang air ke dalam gelas.

"Abang... Itu semua kepercayaan karut. Sebenarnya orang tua-tua letak pantang-larang tu sebab diorang tak nak air liur terpercik masa tengah masak je." Panjang lebar Ayen menjawab dengan tangan yang masih lincah di sinki.

Shin hanya mencebik dengan jawapan Ayen. Tahu je dia. Macamlah pernah temu bual orang tua yang buat pantang-larang tu dulu.

"Ni apasal keluar macam ni?" Ubah topik. Ayen yang berdiri di sinki dihampiri sebelum rambut ekor kuda itu ditarik perlahan.

"Alaa... Dah tengah malam pun, abang Rul dengan Aril confirm dah tidur." Ayen sekali lagi bagi alasan munasabah. Sebenarnya jarum jam dah tunjuk pukul satu pagi. Ayen tengah layan tv sejak tadi. Lepas tu gi dapur untuk masak maggi sebab tiba-tiba je lapar.

"Abang kenapa tak tidur lagi?" Okey sekarang baru terasa pelik sebab Shin tiba-tiba muncul kat dapur padahal tadi Ayen fikir Shin dah tidur.

"Minum air." Pendek jawapan Shin sebelum meletakkan gelas kosong ke dalam sinki.

"Basuh sekali," arahnya dengan nada lembut. Ceh, nampak sangat tunjuk baik sebab nak minta tolong.

"Suka hati abang je kan." Rungut macam tu aje. Padahal dia buat juga. Setakat satu biji gelas tu,  apalah sangat.

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now