Shahrul hanya tersenyum.

"Abang pleaseeeee," rayu Ayen. Kedua belah tangannya dirapatkan. Tanda merayu. Sejak tadi dia kejar Shin ke hulu dan hilir. Shin berganjak, dia pun berganjak sama. Sanggup dia naik ke wad ini semata-mata mahu memujuk Shin.

Tapi sejak tadi tak nampak tanda positif pun.

"Abangggg," rengek Ayen. Kali ini dia mengekor rapat di belakang Shin apabila Shin keluar dari dalam bilik MO tersebut.

"Apa Ayen beria sangat ni?" Shin tanya pelik.

"Malam ni je. Esok kan cuti. Tak apalah kita tidur rumah mama pun." Ayen memujuk. Namun suara dah kendur sikit memandangkan ada nurse berhampiran mereka.

"Asal semangat sangat?" Shin masih pelik.

"Abang Rul kan baru balik." Laju Ayen jawab. Langkah terhenti bila Shin berhenti depan kaunter wad.

"Maka?"

Aisht! Sempat merungut dalam hati sebelum Ayen jawab. "Maka, your family will gather after a long time. Apa salahnya kita balik."

Dah kenapa Ayen yang semangat terlebih berbanding Shin sendiri ni.

"Tu je?" Shin minta kepastian.

"Abang pleaseeee," rayu Ayen untuk kesekian kalinya.

Shin tak jawab sebaliknya membuka fail di hadapan kaunter.

"Hah, tengah pujuk rayu amende ni? Nak beli handbag baru ke apa?" Fariq yang baru muncul disitu menegur. Bukan tak perasan Shin dengan Ayen duk main 'kejar-kejar' sejak tadi.

"Ke you pujuk dia kurangkan dos ubat ni, Aireyn?" Fariq berdiri di sebelah kanan Shin. Manakala Ayen disebelah kiri.

Ayen tarik sengih. Tetiba rasa malu pada Fariq walaupun sebenarnya masih tak habis pujuk Shin.

"Abang pleaseeee." Ayat sama cuma suara yang makin perlahan.

Fariq tersenyum-senyum di sebelah. Buat tak dengar.

"You nak apa Aireyn? I tolong sama pujukkan abang Shin you ni," giat Fariq. Sengaja.

Shin menjeling pada Fariq. Amboi, namanya kawan tapi kemain lagi kenakan dia.

Ayen sengih lagi. "Nak balik rumah mertua je, doc. Tapi Dr. Shin ni degil la," omel Ayen.

Jelingan Shin beralih pada Ayen.

"Laa... tu je?" Fariq membalas. Dia tersengih-sengih gedik. "Balik la,  Shin oi! Takkan tak puas lagi berdua dengan Ayen."

Hah, tengok. Tak guna punya kawan! Shin menyumpah dalam hati.

Sedar bahawa Fariq sedang mengusik, namun Ayen buat tak kisah. Dia  ni memang jiwa kental sungguh la memujuk.

"Abangggg..." Suara tak keluar. Hanya gerakan mulut berserta puppy face. Buat muka comel.

"Okay... who can resist that cute face?" Fariq menyampuk perbualan suami isteri tu. Suka je nak menggiat dia ni.

Shin boleh je. Ayen jawab dalam hatinya. Setakat pujuk rayu Ayen, memang tak jalan la dengan Shin.

S

iapa cakap tak? Sekarang dah on the way nak balik rumah keluarga mereka. Malah dah dekat pun.

Ayen rasa, bukan pujuk rayu dia pun yang berkesan sangat. Mustahil Shin sendiri tak rasa nak balik memandangkan yang baru pulang dari luar negara tu abang dia sendiri.

Dulu masa kecil, Ayen ingat sangat. Shin dan Abang Rul macam kembar. Beza umur diorang berdua tak jauh, dua tahun je. Jadinya dua beradik tu memang membesar sama sehinggalah masing-masing masuk sekolah berasrama yang berbeza. Lainlah macam Aril. Aril tu lahir waktu abang-abang dia membesar. Memang beza sikit.

"Abang tak faham apa yang Ayen semangat sangat nak balik," rungut Shin yang tengah memandu.

"Jumpa abang Rul la. Lama tak gosip."

"Tsk!" Itu je dibalas Shin. Lupa pula abang Rul tu kawan gosip Ayen.

"Ke sebenarnya tengah rindu ibu ayah?" Shin serkap jarang. "Abang Rul ni kambing hitam je kan?"

"Ehhh... tolong sikit. Ingat Ayen ni anak manja ke?"

"Memang punnn."

Ayen tarik muka. "Mana ada!"

Shin angkat bahu. Tanpa sedar mereka dah sampai kat depan pintu pagar rumah. Bagaikan memang dah menanti, pagar terus dibuka automatik. Sah! Ayen pakat dengan mama la ni. Mama mesti tahu awal diorang nak balik. Sebab tu tak hon lagi, pagar dah buka.

Baru je Shin turunkan handbrake, Ayen dah memecut keluar. Macam tak menyempat pun ada juga. Ucap salam lepas tu beria panggil nama abang Rul.

Hanya mampu menggeleng, Shin matikan enjin. Dan tanpa masuk ke dalam rumah terlebih dahulu, Shin pilih untuk ke rumah sebelah. Jumpa ibu dengan ayah dulu memandangkan anak diorang dah lupa diri tak ingat rumah dia sendiri.

Shin dengan Ayen ni sungguh dah terbalik. House cross over!

❤❤❤

Hikayat Pintu SebelahWhere stories live. Discover now