Ana tak sempat nak menolak, Lili sudah keluar dari bilik.

"Aduuuuu Lili ni! Aku mandi pun belum, nak suruh kejutkan budak ni ish!" Ana cuba menarik selimut dari Ezact namun Ezact tidak berganjak. Ana cuba beberapa kali sebelum dia berputus asa. "Suruh orang lain je lah."

Dia ke dapur lalu jerit, "Siapa-siapa tolong kejutkan Ezact! Mekasih in advanced."

"Ana ni kan!" Marah Lili.

"Kejutkan Ezact?" Tanya Daniel lalu dia tersenyum sinis. "Aku boleh tolong kejutkan dia."

Lili memandang Daniel lama-lama sebelum dia berkata, "Kali ni je someone from the opposite gender boleh masuk bilik kitaorang. Kalau kau buat benda bukan-bukan, aku call polis."

"Jangan risau, aku budak baik." Kata Daniel lalu dia berjalan ke bilik Ezact. Dia mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum masuk.

Nasib baik Ezact tidur dengan memakai hood hoodie, jadi tidak nampaklah aurat rambutnya.

"Ello Ezact!" Sapa Daniel dengan kuat.

Tiada respon.

"Em okay." Daniel ke hujung katil Ezact lalu memegang selimut. "Kalau kau tak bangun dalam kiraan tiga, aku tarik selimut kau."

"Mhhm!" Ezact menarik selimutnya lagi dekat dengan dia, tak mahu selimutnya ditarik.

"Satu."

...

"Dua."

...

"Tiga."

...

"Okay, say bye-bye to your selimut." Daniel memegang selimut Ezact lalu menariknya dengan kuat ke arahnya.

Terus mata Ezact terbuka. Dia duduk di atas katil, mata memandang tajam ke arah Daniel. "Kau dah kenapa hah? Masuk bilik anak dara, tak tahu malu ke gila?!?"

"Apa? Lili kasi green light, aku pun masuk la. Tu pun sebab nak kejutkan kau." Daniel menggesa ke arah jam di dinding. "Dah nak pukul 7, bila kau nak siap pergi sekolah?"

"Urgh pepandai aku la!" Ezact kembali baring, matanya ditutup dengan lengannya. "Dah blah."

"Okay fine."

Selang beberapa saat, Ezact terdengar bunyi pintu dihempas. Dia senyum. 'Pergi dah pun budak semak ni. Boleh sambung tidur.'

Gruk gruk gruk! (Diam, aku tak tahu macam mana nak describe bunyi paip air bukak HAHAHAHAHAHA)

Ezact mengerutkan dahinya. Dia duduk di atas katil, hairan. Hantu mana pulak pergi bukak paip air?

Pintu bilik air terbuka. Daniel berada di situ.

"K-kau buat apa hah?" Tanya Ezact, selimutnya dipegang dengan kuat.

Daniel hanya tersenyum. Dia berjalan ke arah katil Ezact.

Entah kenapa Ezact menghesot dirinya ke belakang, mungkin dapat merasakan ada sesuatu buruk akan berlaku kepada dirinya jika Daniel berada dekat dengannya.

Malangnya, dia tiada tempat untuk lari.

Jadi Daniel mengambil kesempatan untuk tarik lengan Ezact dan memngangkatnya dengan cara 'bridal carry'.

Jadi Daniel mengambil kesempatan untuk tarik lengan Ezact dan memngangkatnya dengan cara 'bridal carry'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now