"Hmm kalau gitu nak join boleh?" Tanya Ryan.

"Kitaorang terbangun awal pastu tak tau nak buat apa sekarang." Sambung Aidan.

Lili terdiam sebentar lalu memandang Lynn. Dia mahu pastikan yang Lynn setuju, baru dia boleh kasi Ryan dan Aidan untuk turut serta.

Lynn mengangguk kepalanya.

"Ikutlah. Tapi kalau ter'twist' mana-mana otot tu, jangan salahkan kitaorang."

Mereka berdua keluar ke laman luar melalui sliding door. Lynn ke stor luar untuk mengambil tikar exercise manakala Lili, Aidan dan Ryan menunggu dia di tepi kolam renang. Lili menghidupkan laptop Lynn lalu mencari video yoga yang sesuai untuk diikuti.

Selepas membentang tikar exercise, Lili mengingatkan mereka, "Kalau tak boleh buat, jangan paksa diri."

Maka bermulah sesi yoga mereka berempat berdasarkan video yang terpapar di laptop Lynn. Antara gaya yoga yang mereka lakukan ialah butterfly stretch, mountain pose, downward dog, tree pose, bridge pose and seated twist.

Video di Youtube menunjukkan yoga tang berpasangan pula. Lili memberhentikan video. "Nak buat ke yang ni?"

"Boleh je." Kata Lynn lalu dia menunjuk ke arah Ryan dan Aidan. "Aku buat dengan Lili, korang buat berdua."

Mereka bertiga mengangguk kepala lalu sambung ber'yoga'.

Mereka membuat pose Half Lotus.

Mereka membuat pose Half Lotus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pose kedua, buddy boat pose.

Pose kedua, buddy boat pose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Korang sambung ah dulu." Kata Lili secara tiba-tiba. "Aku nak ambil botol air jap. Korang nak?"

"Boleh jugak." "Nak nak!" "Thanks in advance Lili."

Lili masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka bertiga.

"So nak sambung?" Tanya Lynn.

"Tak kisah." Kata Ryan.

Lynn menekan butang 'play'. Pose seterusnya yang ditunjukkan ialah Dancer Duo.

"Ah tak nak aku buat dengan kau! Jadi kunyit nanti aku." Kata Aidan kepada Ryan apabila dia melihat pose tersebut.

7 Girls, 7 Boys (Completed)Where stories live. Discover now