7

2.8K 242 9
                                    

Ahn Sahyun

"Sahyun-ah!"

Aku yang sedang mengemas buku- buku di dalam lokar, menoleh kearah suara yang lantang tersebut sambil mengetap bibir. Macam tak nak kuat lagi je suara kau tu. Nasib baik dah habis sekolah.

Dia berlari mendapatkan aku dan tercungap- cungap mendapatkan nafasnya kembali. "H-hey Sahyun."

Aku mengeluh kuat. "Apa yang kau nak? Dan bila masa pulak aku bagi kau buang 'ssi' kat belakang nama aku? Kita bukannya rapat sangat sampai kau nak panggil aku '-ah'."

Dia tertawa kecil sambil menggaru belakang kepalanya. "Ah, Saya ingat kita dah rapat.. Mianhae, Sahyun-ssi."katanya dan mulutnya di muncungkan sedikit.

Aku pula terdiam dan wajah aku mula membahang. Aduh masalah betullah. Mula lah hati aku nak ber-exercise kat dalam ni. Tak payah lah buat muka innocent macam tu.

Aku berdehem, memecahkan kejanggalan antara kami. "Kau nak apa?"

"Oh.. saya cuma nak ajak awak teman saya pergi suatu kafé yang saya baru tahu ni.. kalau awak sudi lah.."katanya dengan perlahan sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Kalau aku cakap tak?"

Dia tersentak dan wajahnya mula berubah. "Ahh gwenchanha.. saya boleh ajak Hinako je teman sa-"

"Aku ikut!"kata aku. Apa yang aku cakap ni?!

"H-huh? Awak n-nak ikut??"soalnya pelik.

Aku berdehem, menyembunyikan wajah yang semakin merah dan menyilangkan tangan. "Tak dengar ke? Aku tak cemburu okay? Aku cuma.. bosan kat rumah."

Dia tersengih dan menarik tangan aku. "Jom." Kami berjalan berpegangan tangan keluar dari kawasan sekolah. Langkahnya yang besar membuatkan dia berjalan sedikit laju dan aku terpaksa berlari kecil untuk menyainginya.

"Yah, Taehyung. Perlahan sikit la jalan tu. Aku ni dah la kecik je."marah aku dan dia tertawa, berjalan lebih perlahan dari sebelum.

"Mian, tapi kita kena cepat kalau nak jumpa dia!" Dia terus menarik aku supaya berjalan dengan lebih laju.

Jumpa siapa?

__

"COMELNYAA!!"jerit aku kepada anjing poodle yang serupa beruang tersebut dihadapan aku.

Dia tersenyum dan mengangkat anjing tersebut kedalam pelukkannya. "Annyeong Sahyun-ssi~ Nama saya Sang-deulie."kata Taehyung sambil menggerakkan tangan anjing tersebut.

"Annyeong Sang-deulie!"kata aku dan terus mengambil ia daripada Taehyung. "Comelnya awak nii~~" jerit aku, tak tahan dengan kecomelan anjing tersebut.

Dia tersenyum melihat aku yang ceria melihat anjing tersebut lalu mengarahkan aku mencari tempat duduk untuk kami.

Beberapa minit menunggu, dia tiba di meja aku bermain dengan Sang-deul dengan dua cawan kopi sejuk dan beberapa keping biskut chips. Aku mengangkat kening kepadanya.

"Ni latte dengan chocolate chips untuk awak, saya belanja." Dia menghulurkan cawan tersebut kepada aku. Aku menerimanya dan mengucapkan terima kasih.

Macam mana dia tahu aku suka latte? Aku menghirup kopi tersebut. Hmm.. sedap. Dia tersenyum melihat aku suka dengan kopi tersebut.

"Awak tak pernah datang ke dog café ni?"soalnya sambil mengambil tempat duduk disebelah aku kerana ingin bermain dengan Sang-deul.

Tolong Ubah Aku || Kim TaehyungWhere stories live. Discover now