Bab 10 | Queen Sera

57 7 0
                                    

Sudah gilakah aku sehingga boleh mendengar pokok menyanyi?

Suara merdu nyayian mula tenggelam...bertukar nada.
Jeritan nyering menyengat anak telinga.aku menggundurkan langkah..menjauhkan diri daripada pokok itu.

Jeritan bersilih ganti dengan tagisan..suasana tenang tadi mula berubah.angin kencang melanda tiba², bertiup tanpa arah dan hala tuju..seakan dikepung oleh sesuatu.aku mndongak ke langgit, awan hitam berarak ke arah utara.tanah dikaki bergegar perlahan.

Tanpa melengahkan masa, aku berlari ke arah rumah pokok.Lantas aku panjat naik sambil anak mata aku masih lagi tertacap pada pohon rendang misteri itu.

Kelopak mata aku gosok berulang kali.jelas aku nampak seorang wanita bertiara keluar dari dalam pokok itu.matanya memandang tepat ke arah tempat aku berdiri.wanita bermata hijau dengan rambut putih kehijauan mengukirkan senyuman.lantas menghampiri aku.tanpa sedar wanita itu sudah duduk menghadapku..

Er..bukan ke aku ada kat atas rumah pokok?

Sekeliling aku perhatikan..suasana tempat ini yang berubah atau aku yang berfantasi?

Pohon² menghijau tinggi lampai..dedaun rimbun melindungi kami dari daripada sinaran sang mentari.kerusi buatan buluh rotan aku tenung lama sebelum ditarik.aku melabuhkan punggung di atasnya.mata sengaja aku lirikkan ke arah wanita bertiara.seakan memohon penjelasan.

Wanita itu memandang sekilas ke arahku dengan ekor mata sambil tersenyum.aku mengemaskan duduk,tidak senang dengan riaksi sebegitu.anak mata sengaja aku tajamkan..menikam tepat ke dalam bola matanya,sebagai isyarat aku tidak suka dipermainkan..

"Siapa namamu anak muda?"

"Aku Alice.macam mana aku boleh ada disini dan apa yang sebenarnya terjadi?"

Wanita itu tersenyum."Alice,masih ingat dengan apa yang terjadi semalam?"

"Yes.aku ingat..tpi part aku terselamat itu tak logik.racun fabion mengalir dalam salur darah aku dan semestinya aku sudah tinggal jasad sekarang.Dan yang paling pelik macam mana aku disini?"

"Sabar anak muda..soal racun itu,jawapannya ada dalam dirimu sendiri.Dan aku yang membawa engkau ke sini."

"Hah,apa maksudnya?jangan buat aku keliru."

"Itu kelebihanmu,anak muda.ia lahir dalam dirimu tanpa disedari.ia hanya akan muncul bila engkau memerlukan.tpi ingat,setiap kelebihan ada kelemahan."

Alice menggaru kepala yang tidak gatal."siapa engkau wahai wanita yang pelik?"alice tersenyum sinis.

"Aku sepertimu tapi aku berbeza darimu.aku akan pergi...sekiranya engkau memerlukan pertolongan.seru namaku...Queen Sera."

Dahiku berdenyut tiba².rasa sakit hingga pandangan aku bertukar kabur.sebelum kelopak mata aku tertutup..anak mataku sempat menangkap perubahan disekelilingku.

***

Villa D'lavender
[2020]

"Hanna...jangan risau,sayang.aku akn pastikan diorang mendapat balasan yang setimpal."pipi gadis di sebelahnya diusap lembut.jari jemarinya bermain di kulit yang putih melepak itu.Anak mata hazel gadis itu di renung lama.

"Kenapa kau diam,hanna.kau dah jauh berbeza."dia melepaskan keluhan.Hanna yang ada di sebelahnya sekarang tidak sama lagi.mata bundarnya kelihatan redup,tersimpan seribu makna yang sukar difahami oleh mata kasar.

"Hanna..kau ingat tak memori kita dulu...janji untuk setia sehidup semati."
Aku inginkan Hanna yang dulu.gadis ceria yang sentiasa tersenyum.Aku ingin mendengar suara ketawanya yang memukau.indahnya saat itu.

"Hanna.."

"Jangan buat aku macam ni..talk to me.aku nak dengar suara manja kau."

"Ah!"

Segala barang perhiasan di atas meja berselerakan di atas lantai mozek berbunga ros.kaca perhiasan yang berderai pecah bersalut cecair merah pekat di tenung lama.Lengan baju putihnya yang sudah dibasahi cecair itu tidak diendahkan.kunci kereta dicapai..kesakitan di lengannya tidaklah sesakit hatinya yang telah hancur.Langkahnya dibawa longlai ke arah pintu bilik.tembol dipulas..anak matanya memandang sekilas ke arah gadis yang masih kaku di atas sofa.tanpa perasaan.pintu dihempas kuat sebelum dia mula melangkah ke arah pintu utama villa.

The untold secret (Slow Update)Where stories live. Discover now