Bab 6 | memori

84 10 0
                                    

Auni melemparkan pandangan ke arah orang yang lalu-lalang.Namun,tiada tanda² penantiannya bakal berakhir.sesekali dia melirik jam di pergelangan tangan.Keluhan dilepaskan,hampir sejam dia menanti.Berkali² juga dia mengubah posisi duduknya di atas kerusi itu.Punggungnya sudah naik lengguh.

Bahang matahari mulai hangat terasa.Auni berkira² untuk beredar,mengandaikan orang yang di tunggu tidak akan muncul.Serentak itu,dia bingkas bangun.sempat dia merenggangkan tulang-belulangnya yg naik kebas sedari tadi.Baru kakinya ingin mengatur langkah..kedengaran sayup² suara yang memanggil namanya.Dia berpaling,menghadap ke arah pemilik suara itu.

"Sorry buat awak tunggu lama.Traffic jam teruk sangat."jelas lelaki itu,meminta pengertian sang gadis.Dia menapak ke hadapan,cuba mengamati wajah gadis di depannya.Jika dibandingkan dengan pertemuan kali pertamanya,5 tahun dahulu...gadis itu kelihatan semakin matang.

Lelaki itu menguntum senyuman melihatkan Auni yang hanya mengangguk kecil,mungkin memahami situasi lelaki di hadapannya.Auni tidak mahu memanjangkan cerita,cukup sekadar alasan yang diberi memuaskan hatinya.Memandangkan jarak mereka yang jauh,pertemuan tidak selalu terjadi..dia tidak mahu pertemuan ini berakhir dengan pergaduhan.
Tambahan pula,kedua² nya masih belajar.kesibukan membataskan segalanya.Hanya sesekali mereka dapat bersua muka seperti ini,itupun hanya memakan masa yang tidak lama.

"Okey..we'll go to other place."

"Where?"

"Anywhere.. Tapi bukan di sini,panas."lelaki itu tersenyum lagi.Jarinya sudah menunding ke arah sinaran matahari.

"Jom.kereta saya dekat sebelah sana."ujur lelaki itu lantas membuka langkah.

Auni mengekori dari belakang.Anak matanya memandang tepat ke arah kereta BMW berwarna merah yang tersadai megah.

Sepanjang perjalanan,Auni banyak berfikir.Sesekali ditolehnya ke arah lelaki yang tenang memandu.Adakalanya pandangan mereka bersatu dalam satu perasaan yang sukar ditafsirkan.Setiap kali keadaan ini berlaku,Auni cepat² mengalihkan pandangan.seboleh mungkin dicubanya berlagak tenang.Semata² untuk menyembunyikan perasaan di dada.Lelaki itu pula berpura² memberi tumpuan pada jalan,sedangkan hatinya sudah bermain irama.irama yang tiada rentak!

"Kita nak ke mana ni,Rio?"suara Auni memecah kesunyian.Rioruiki yang leka memandu,berpaling sejenak.

"Rahsia."ujurnya dalam senyuman.

Wajah Auni berubah ,terjegil biji matanya melihatkan wajah rioruiki yang bersahaja."kenapa nak berahsia?"Jelas riak tidak puas hati terpamer di raut wajahnya.

"Sebab..tempat tu sangat special."

Auni kembali menyandarkan kepala.malas hendak melayan kerenah lelaki itu.Sesekali dia membuang pandangan ke luar cermin kereta.Entah apa yang menarik minatnya di situ.

Sepi.

Kedua²nya membisu.

Melayan perasaan sendiri.

~krik..krik~~

suara cengkerik datang menyapa.'eh,dlm kereta pun ada cengkerik ke?lantak kau lah author. Nk letak bunyi cengkerik ke apa.asal bukan bunyi harimau sudah.kang tak pepasal excident.'bisik Rioruiki.

Auni kelihatan bosan,sesekali dia menguap.mengantuk barangkali.Rioruiki memandang sekilas.
lantas radio di hidupkan.menlenyapkan terus suasana sunyi di dalam kereta.kebetulan DJ radio sedang memutarkan lagu kegemarannya..'sudah Ku Tahu' ,nyanyian projector band.bibir Auni turut bergerak seiringan dengan nada muzik.

Seringkali aku menduga.
Seringkali ini terjadi.
Segala rahsia sudah ku tahu.
Rupanya aku tak dicintai.

The untold secret (Slow Update)Where stories live. Discover now