• 6 • (Sambungan 1)

ابدأ من البداية
                                    

Kau memusingkan tangan kau untuk tengok darah di tapak tangan apabila minda kau imbas kembali ke semasa kau membasuh tangan kau beberapa jam yang lalu.

Masa itu, apa yang ada di kepala kau adalah Jungkook, sebab itulah kau tak menumpukan perhatian kepada kesan darah semasa kau basuh..

Tapi.. bila?
Kau melihat bawah ke baju tshirt putih yang kau pakai dan ia juga berdarah.

Kau memeluk dia..
dan memegang pinggangnya sepanjang masa.

Hati kau jatuh..
Pisau berdarah yang lelaki tadi sedang pegang..

Kau merenung ke muka pucat Jungkook.

Dia ditikam.

🌸🌸

Bunyi lari kedengaran, kau melihat ke atas dan ternampak Jimin V dan J-Hope meluru ke arah kau.

Dengan serta merta, kau bangun dari tempat duduk dan berlari ke Jimin.

Kau: Oppa!

Kau memeluk dia dengan erat apabila tangisan turun lagi. Jimin memeluk kau dan menepuk kepala kau.

Jimin: Tak ape.. tak ape..

Merenung kau, V membuka tangannya untuk peluk kau tapi Jimin menampar tangannya, memberi dia isyarat supaya jauh dari kau.

V pusing kebelakang dan memeluk J-Hope.

Selepas beberapa minit, Rapmon, Jin dan Suga datang di mana semua orang sedang duduk di luar bilik ER.

Jimin: Jadi ape yang polis kata? Kenapa dia serang y/n dan Jungkook?

Rapmon: Selepas penyiasatan, polis tu cakap yang lelaki tu pesakit yang hilang dari WM Mental Illness Hospital. Dia dah hilang hampir 3 hari sekarang. Dia ada mental disorder di otaknya lepas membunuh isterinya yang menipu. Mereka cakap, bila masa dia nampak kekasih, dia jadi agresif dan cuba nak bunuh diaorang. Dia mungkin ikut Jungkook dan y/n ke rumah selepas nampak dorang bersama.

Suga: Terlalu banyak tuah korang dapat . Dalam banyak-banyak kekasih, dia pilih untuk ikut korang berdua.

Jin: *mengeluh* Syukurlah yang awak tak cedera teruk. Sekarang, apa yang perlu kita buat sekarang berharap Jungkook akan okay.

Semua memandang dan merenung bilik ER.

3 jam berlalu..

Akhirnya doktor keluar. Semua bangun dan meluru ke arah doktor untuk mendengar tentang Jungkook.

Doktor: Disebabkan Jungkook kena tikam setelah lama tanpa di rawat, dia kehilangan banyak darah. Tapi jangan risau, kami dah masukkan darah dan dia akan kembali seperti normal.

Kau menghela nafas.

Semua: Terima kasih

Doktor: Kami pindahkan dia ke tingkat 4, bilik 215. Sejak kami dah tidurkan dia, hanya seorang boleh lawat dia. Jururawat akan datang dan check dia setiap 2 jam. I hope him the best.

Semua: Terima kasih

Semua memberikan doktor itu tunduk 90 darjah semasa doktor ingin beredar.

Jimin beralih ke arah kau.

Jimin: y/n-ah, awak boleh pergi naik dan duduk dengan Jungkook. Kami akan keluar untuk beli makanan untuk awak. Dah hampir 8 jam sejak insiden itu berlaku, awak mesti lapar nak mati.

Sekarang Jimin dah kata, kau akhirnya sedar yang perut kosong kau sedang berbunyi, meminta makanan. Kau memberinya anggukkan.

Kau: Terima kasih.. oppa..

Kau melihat ke arah mereka dan mereka semua senyum.

Kau: Terima kasih..

🌸🌸

Apabila kau melangkah masuk ke dalam bilik 215, hati kau sakit melihat Jungkook baring di atas katil hospital dengan IV Line di cucuk di tangan kirinya.

Dia tidur dengan nyenyak tanpa sebarang pergerakan kecuali dadanya bernafas perlahan dalam ketenangan dan kehangatan bilik.

Berjalan ke sisi katil, kau merenung muka hensemnya yang pucat.

Kau menggenggam tangannya apabila kau menyambung merenungnya.

Macam mana sakitnya untuk dia?
Dia sedang cedera tapi dia menahannya untuk melindungi kau.

Kau: Bodoh. Awak tersangatlah bodoh.

Kau memarahinya dan air mata mula memenuhi mata kau. Walaupun kau dah tahu yang dia okay, ia masih sakit untik kau melihat dia seperti ini.

Dia selalu memain selalu suka mengacau kau dan sekarang, dia sedang baring di hadapan kau. Tidak buat apa-apa.

Kau rindu dia.

Kau rindu sentuhannya. Kau rindu ciumannya. Kau rindu gurauannya. Kau rindu mata coklat gelap kepunyaannya yang hanya merenung kau.

Kau rindu semuanya.

Kau mahu dia bangun segera dan memeluk kau, mencium kau, mengacau kau dan buat apa-apa yang dia ingin buat dengan kau.

Kali ni, kau berjanji... kau takkan beralih.

Kau memegang tangannya erat dan duduk di pinggir katil. Kau bangun dan menciumnya.

Apabila bibirnya yang lembut dan sejuk terasa terhadap bibir kau, membuatkan kau menangis.

Kau: Saya cintakan awak.

Kau berbisik dengan lembut dan merehatkan dahi kau di dahinya.

Kau: Saya cintakan awak Jungkook. Saya cintakan awak.



Bersambung

[C] Silent Tease [ MALAY VERSION ] • Jeon Jungkookحيث تعيش القصص. اكتشف الآن