• 5 • (Sambungan 1)

2.2K 152 6
                                    

Kau terkejut dan cepat-cepat duduk, berpaling ke arahnya dengan perasaan marah. Dia terkejut sedikit dan merenung kau dengan pandangannya yang kosong.

Kau: Kalau saya buat ape yang awak suruh, awak kena buat ape yang saya suruh jugak! Saya akan tidur atas katil ni tapi awak kena tidur di bahagian awak dan JANGAN datang dekat!

Dia meletakkan tangannya di bawah kepalanya dan cuma merenung kau. Kelakuannya membuatkan kau sakit hati! Mahu sahaja kau sepak dia dari katil.

Kau: Jungkook!

Ia mengambil masa sebelum dia duduk dan dia sandarkan tangannya apabila dia datang dekat ke arah kau.

Jungkook: Saya nak dengar awak panggil saya 'oppa'. Jungkook oppa.

Kau terdiam.

Jungkook: Kenape? Awak panggil semua hyung 'oppa' jadi kenape awak tak boleh panggil saya juga?

Kau tundukkan pandangan kau dan melihat ke tempat lain.

Jungkook: Kalau awak cakap 'Selamat malam Jungkook oppa'.. saya janji saya akan stay kat bahagian saya je.

Mata kau melirik ke arahnya balik. Kau membuka mulut tapi tiada ape pun yang berani keluar. Kau teragak-agak. Dia duduk situ.. merenung dan menunggu kau. Kalau kau perlu ambil masa sepanjang malam, dia tak kesah.

Kau mengeluarkan keluhan kecil.

Kau: Selamat malam.. Jungkook.. oppa

Muka kau merah sedikit selepas perkataan terakhir.

Jungkook: Eh?

Dia mendekatkan dirinya, dan telinga arah kau.

Jungkook: Saya tak dengarlah. Cakap kuat sikit.

Kau berikan dia 'evil glare'.

Kau: Saya cakap, SELAMAT MALAM! JUNGKOOK OPPA!

Kau menjerit di telinganya. Dia terkejut sedikit tapi kemudian melihat kau dengan muka yang tidak puas hati.

Jungkook: Saya tahu awak boleh cakap dengan lebih lembut dari tu. Apa kata awak cuba lagi? Hm?

Kau pandang ke tempat lain sambil menggigit bibir bawah dan hati kau tiba-tiba berdegup dengan laju.

Jungkook: Tengok saya dan cakap dengan lembut.

Kau tetap memberinya pandangan tapi masih teragak-agak.. Kau tak tahu kenapa kau teragak-agak. Kenapa tak boleh kau cepat dan cakap ia untuk lepasinya? Kau melihat kembali ke arahnya dan dia masih merenung, menunggu kau.

Kau membuka mulut.. ia mengambil masa sedikit tapi akhirnya kau ambil keberanian untuk cakap ia.

Kau: Selamat malam.. Jungkook.. oppa.

Suara kau bergetar dan lembut. Dia tersengih gembira dan matanya berkilau dengan penuh.

Selepas habis cakap ayat itu, kau melihat ke tempat lain dengan malu. Kau boleh rasa muka kau seperti tomato.

[C] Silent Tease [ MALAY VERSION ] • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now