• 6 •

1.7K 143 4
                                    

Kau sudahpun berasa tak selesa bersama Jungkook seperti ini, jika dia pilih untuk tengok cerita romantik, kau mungkin akan berasa lemas sepanjang malam.

Kau duduk di atas sofa apabila Jungkook pergi pasang cerita. Dia datang dan duduk di sebelah kau. Dia membuka selimut dan melindung bahagian peha kau.

Kau: Terima kasih.

Dia senyum.

Jungkook: Kalau selimut tu tak membantu, awak boleh peluk saya.

Kau melihatnya dan kemudian melihat semula ke skrin tv. Dia tergelak.

Semasa cerita ditayangkan, mata kau menjadi berat. Kepala kau tersengguk-senggguk dan kau mencuba untuk menjaga.

Tangan Jungkook memeluk bahu kau dan perlahan-lahan meletakkan kepala kau di dadanya dengan tangannya. Kau berasa selesa terhadap kehangatannya dan sebelum kau mengetahuinya, kau telah pun masuk ke alam mimpi.

🌸🌸

Mata kau terbuka apabila mendengar bunyi yang pelik. Kau duduk dan perasan kau di dalam bilik tidur. Jungkook mesti mengangkat kau ke katil selepas kau tertidur.

Bilik itu gelap gelita dengan cahaya malap yang sedikit bersinar melalui tirai tingkap. Kau melihat ke arah Jungkook untuk melihat jika dia tidur tetapi dia tiada.

Kepala kau menghala ke pintu selepas mendengar bunyi dari luar bilik. Kau turun dari katil dan melangkah ke suis lampu untuk on kan ia tetapi tiada apa-apa.

Bekalan elektrik terputus, jadi mungkin sebab itu Jungkook tiada dalam bilik. Kau membuka pintu dan menurun ke ruang tamu yang gelap.

Bunyi itu datang dari dapur. Kau membuka langkah menuju ke dapur dan di dalam kegelapan, kau boleh tahu Jungkook berdiri di belakang kaunter.

Kau: Jungkook?

Dia berhenti bergerak dan berdiri tegak.

Kau: Jungkook? Apa awak buat?

Dia pusing untuk melihat kau. Di dalam tangannya.. adalah sebuah pisau yang berdarah.

Hati kau terjatuh dengan segera.

Dia.. bukan Jungkook.

Tanpa teragak-agak, kau berlari keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu. Tak kira sepantas mana pun kau lari, lorong itu nampaknya menjadi semakin panjang.

Tiba-tiba, sepasang tangan menangkap kau dari bucu dan menarik kau. Kau menjerit, menutup mata kau dan memukul sesiapapun orang itu dengan kekuatan kau apabila orang itu ingin memegang kau dengan erat.

??: Hey hey, ssh! ssh! Ni saya, Jungkook.

Gelutan kau terhenti dan kau membuka mata di mana Jungkook ada di hadapan kau sekarang. Hati kau menangis dan kau memeluk dia erat.

Tangannya memeluk kau kembali dengan erat di dalam dakapannya.

Kau: Saya..saya takut..

Dia menarik semula dan mencium dahi kau sebelum merehatkan dahinya di dahi kau.

Jungkook: Kalau saya masih ada kat sini, saya takkan biarkan sesiapapun cederakan awak. Okay?

[C] Silent Tease [ MALAY VERSION ] • Jeon JungkookWhere stories live. Discover now