∆17

2.4K 318 42
                                    

Yoongi's POV

Aku masih berdiri kaku kat depan. Mungkin terkejut dengan apa yang aku nampak tadi. Lepastu terkejut dengan apa yang omma dia cakap lagi. Lalu, aku pun ditegur.

"Annyeong!! Aku Baekhyun. Panggil Baek" tegurnya lalu memperkenalkan diri.

"Yoongi" balasku lalu tersenyum. Lalu, aku pun meminta diri dan menuju ke dapur.

Sampai sahaja, aku terus meletakkan makanan yang aku bawa kat atas meja.

"Mana omma kamu?"

"Omma kejap lagi datang lah. Yoongi rancang nak tolong ahjumma masak"

"Ohh mehhlah. Tolong Taera tu" arah ommanya.

Aku pun akur lalu menuju ke tempat Taera. Tapi,

"Omma, Taera sediakan minuman untuk Baek dulu ok?" beritahu Taera sambil mengambil gelas dan air sejuk.

"Ha yelah. Jangan lupa datang sini balik"

"Ok"

"Sediakan untuk Yoongi juga"

Senyap. Hm.

Kemudian, gelas berisi air sejuk diletakkan dihadapanku. Aku pun mengangkat kepala.

"Gomawo Taera" ucapku lalu tersenyum.

Dia hanya menganggukkan kepalanya lalu membawa segelas lagi air sejuk menuju ke ruang tamu. Lalu, aku pun menyambung kerjaku.

xxx

Tiba-tiba sahaja fikiranku melayang kepada peristiwa tadi. Taera dan 'boyfriend' dia bermesra depan aku. Dan, hati aku pun tiba-tiba sahaja sakit, mungkin cemburu.

"Ouchh!" aku mengadu kesakitan.

"Ommo yoongi. Kenapa cuai?" Omma Taera pun memegang jariku yang luka itu.

Manakala, Taera hanya memandangku lalu menyambung kerjanya semula.

"Ehh takpe ahjumma. Sikit je ni" jawabku jujur.

"Taera, pergi la ambik first aid kit" arah ahjumma.

"Taera tak tau mana omma letak first aid kit" balasnya dengan nada yang aku pun tak pasti mungkin rimas(?) sambil membuat kerjanya.

"Omma letak kat dalam bilik Taera hari tu"

Taera pun mengeluh lalu berjalan meninggalkan dapur.

"Ha Yoongi. Pergilah ikut Taera"

Aku hanya akur lalu mengikut langkah Taera. Apabila kami baru sahaja ingin menaiki tangga, seseorang memanggil Taera. Sape lagi kalau bukan Baek.

"Kau pergi lah dulu nanti aku datang. Tak berapa sakit juga kan?" tanyanya.

"Tak, sikit je ni. Tapi ahjumma tu yang risau sangat" jawabku lalu naik ke atas menuju ke biliknya.

Luka ni tak sakit pun. Cume, hati ni je la yang sakit :')

Taera's POV

Cehh buang masa je aku pergi tempat Baek tadi. Bukan apa, dia panggil aku cuma nak bagitau episod Ejen Ali yang ditayangkan tadi. Aku hanya membuat muka kosong masa dia cerita.

Lebih baik aku rawat Yoongi tadi. Sebenarnya, tadi aku pun risau juga pasal Yoongi tu. Tapi, ego jatuhkan segala-galanya hm.

Aku pun menuju ke bilikku. Pintu dikuak. Kelihatan Yoongi sedang duduk di birai katilku. Dia pun berdiri apabila melihat kehadiranku.

"Duduk je la" arahku lalu mencari first aid kit.

Setelah jumpa, aku pun meletakkan punggungku di sebelah Yoongi. Kemudian, aku pun merawat luka Yoongi. Selama aku merawat luka dia, dia pandang aku je. Dan tu yang buat aku tak selesa

"Jangan tengok lama-lama. Nanti jatuh hati" kataku sambil merawat luka Yoongi.

"Tengok kejap pun dah jatuh hati"

DUP DAP DUP DAP

"Ok siap. Keluarlah" halauku lalu mengemas first aid yg telah digunakan tadi.

"Sape lelaki tu? Boyfriend ehh?" tanyanya lembut.

"Kalau boyfriend pun, kau takde kena mengena pun" balasku sambil memandang mukanya.

"Tapi, aku cemburu la Taera tengok kau dengan dia" luahnya.

_______________

VOTE
COMMENT

-fazarekha

[C] Key ☞ YoongiWhere stories live. Discover now