∆4

3K 359 32
                                    

Taera's POV

Setelah siap memakai uniform sekolah, aku pun membuka kain langsirku. Kemudian, aku duduk di birai katil dan menghadap ke arah cermin.

Bajuku yang sedikit senget, aku betulkan. Rambutku yang berterbangan aku ikat menjadi satu.

Aku pun memandang ke luar tingkap apabila terasa seseorang sedang memerhatikan aku. Mata kami bertemu.

DUP DAP DUP DAP~

Dia hanya menjeling lalu berlalu pergi. Aku hanya mencebik.

Cehh, fikir aku takut la?

Kemudian, aku pun keluar dari bilik. Dan menuju ke dapur.

Yoongi's POV

Selesai sahaja makan, aku pun menunggu parents aku di gazebo rumah. Kelihatan seorang yeoja yang beruniform sekolah sedang melintasi rumahku.

Kang Taera.

Aku hanya memandang kosong ke arah dia. Aku pun melirik jam tanganku dan jam menunjukkan pukul 7.40.

Cehh, baru nak keluar rumah? Masuk sekolah jam 8. Kalau jalan kaki, 15 minit dah sampai sekolah. Kalau naik kereta pula, 5 minit sampai la.

Ehh aku pun jalan kaki gakk.

Kemudian, kelibat omma dan appa pun muncul.

"Nah kunci. Jangan cuai lagi" nasihat omma lembut tapi tegas.

Kunci tersebut bertukar tangan.

"Ehh ni kunci pendua tu ke omma?"

"Tak. Tu kunci asal. Kalau kunci tu pula hilang, appa tolak belanja yoongi untuk bulan depan" jawab appa bagi pihak omma.

WHATTT---

"Yelah. nanti yoongi cari kunci pendua tu" jawabku lalu mencebik.

Kunci yang aku pegang disimpan di dalam beg. Sebab takut hilang lagi woii. Aku dah serik!

Aku pun menuju ke luar pagar dengan terburu-buru.

"Ehh yoongi pergi mana?" tanya appa.

"Sekolah" jawabku padat dan ringkas.

"Appa hantarkan. Nanti Yoongi lambat kalau jalan kaki"

Aku hanya menganggukkan kepala lalu masuk ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan pergi ke sekolah, aku hanya mendiamkan diri sambil mendengar lagu dalam mp3 ku manakala appa dan omma pula berbual.

Tiba-tiba sahaja appa memberhentikan kereta di seleko jalan lalu mengehonkan kereta. Aku pun membuka earphone ku.

"Apa yang appa buat tu?"

Appa tidak menghiraukanku lalu tingkap kereta dibuka dan appa seperti memanggil seseorang.

Dan tiba-tiba kelihatan yeoja yang sedang berlari ke arah kereta kami.

"Annyeonghaseyo ajusshi. Kenapa panggil Taera?" tanya Taera ramah.

"Mehlah masuk kereta. Ajusshi hantarkan. Dah lambat ni" pelawa appa.

"Eh takpe ke ajusshi?"

"Eh takpe. Masuklah"

Yeoja tu pun masuk ke dalam perut kereta dan duduk di sebelah aku.

"Hi Yoongi!" sapanya dengan ramah.

Aku hanya menjelingnya lalu memandang ke luar tingkap. Earphone yang ditanggalkan tadi aku pasang semula.

_______________

VOTE
COMMENT

-fazarekha

[C] Key ☞ YoongiWhere stories live. Discover now