Tetapi sebelum Nadia mengata dirinya, laju langkahnya mendekati Aidan. Lelaki itu disapa dengan teruja. Sengaja membuatkan Nadia berapi dengannya.

Nadia mengetap bibir. Geram! Diana memang suka buat dia angin satu badan. Cemburu melihat kemesraan Aidan bersama keluarganya, dia berpaling semula menghadap Wafa.

"Wafa, you tolong bagi short briefing, ya? Dan jangan lupa kenalkan diri. I dah bagi tahu mereka tadi."

"Okey, I will. You jumpa la dengan encik pilot tu. He's waiting for you."

Pemberitahuan Wafa itu membuatkan Nadia kembali menoleh ke belakang. Memang betul, Aidan sudah menantinya di tepi.

"Thanks, Wafa. I sekejap aje ni. Lepas tu kita check in terus."

Sebelum kakinya melangkah menuju ke arah lelaki itu, matanya sempat melirik keluarganya. Nazhan, Najwan dan Encik Omar kelihatan berbicara sesama sendiri tetapi Diana dan Puan Asma jelas memandang ke arahnya. Senyuman dihadiahkan kepada kedua-dua wanita itu. Terasa segan pula dia nak mendekati Aidan. Pasti gerak-geri mereka menjadi tatapan walaupun jarak antara mereka tidak la dekat.

Apabila teringatkan yang dia sedang bertugas ketika itu, digagahkan juga kaki untuk melangkah menghampiri lelaki yang membuatkan dia mengerti apa itu rindu.

"Awak tersesat ke?" Sengaja dia bertanya begitu.

"Nope. I'm here to see you." Sebelum kedua-dua tangan masuk ke dalam kocek seluar, topi disangkutkan di penarik bagasi terlebih dahulu.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?"

"Airport is like my second home. Hanya perlu tahu flight ke mana dan pukul berapa."

Nadia tersenyum dengan kata-kata Aidan itu. Apabila melihat lelaki itu juga tersenyum, terasa terubat rindunya selama dua minggu ini.

"Kenapa awak letak telefon semalam?" Persoalan yang menjadi tanda tanya padanya dari semalam itu akhirnya diluahkan juga.

"I don't know."

Nadia mengeluh. Jawapan itu belum cukup kuat untuk menjawab soalannya.

"Let's be perfectly honest here..."

Lelaki itu mengangguk seolah-olah bersetuju untuk berterus terang. Berhenti la berteka-teki. Dia juga tidak sanggup untuk memendam perasaan lagi. Dia cintakan lelaki itu dan dia mahu Aidan tahu perasaannya. Andai Aidan tidak mencintainya, dia harus menerima hakikat, cinta tak semestinya berbalas.

Dan hari ini, malam ini... Dia akan mengakhiri teka-teki di antara mereka.

"Kalau saya minta awak jaga saya, awak nak tak?" Dengan berani dia menuturkan kata-kata itu. Ternyata Aidan juga terkejut dengan permintaan yang tak disangka-sangka itu.

Satu...

Dua...

Tiga...

Empat...

Lima...

Dah! Cukup la. Lima saat dia menunggu untuk Aidan menjawab soalannya, ternyata lelaki itu terdiam tanpa sebarang bicara.

"Tettt! Habis masa. Anggap aje saya bergurau tadi." Tawa dilepaskan. Cuba menyembunyikan perasaan malu bila 'lamarannya' tidak diterima.

Malu? Sudah tentu. Bukankah sesuatu lamaran itu sebaiknya dimulakan oleh lelaki? Bukan wanita. Nampak sangat dirinya kelihatan seperti terhegeh-hegeh.

"Awak nak saya jaga sampai bila?"

Tawa Nadia terhenti. Pertanyaan Aidan itu membuatkan dia terpaku. Ingatkan Aidan nak terus berdiam diri.

"Saya tak anggap itu gurauan dan saya harap awak tak tarik balik apa yang awak dah minta." Aidan bersuara lagi.

Anak mata dikalih ke arah orang ramai yang lalu-lalang di situ. Tiba-tiba saja Nadia tidak berani hendak memandang wajah Aidan. Mana perginya keberanian dia tadi?

"Nadia..." seru Aidan.

Suara tenang itu sering menghantuinya malah, dia tidak jemu untuk mendengarnya berulang kali. Ternyata, Aidan benar-benar sudah menakluki hati dan jiwanya.

"Kalau saya minta awak jaga saya sampai bila-bila?" Keberanian itu datang semula memandangkan dia tidak ada masa untuk melengahkan waktu. Dia perlu bertindak cepat. Kalau tidak, bicara mereka pasti bertangguh.

"Naufal..."

"Saya cuma nak awak," pintas Nadia tanpa membenarkan Aidan meneruskan bicara. Apatah lagi nama Naufal yang disebut lelaki itu.

"Then, I will."

Jawapan itu membuatkan jantungnya seakan-akan terhenti berdenyut. Wajah Aidan dipandang lama. Benarkah lelaki itu juga menyimpan perasaan yang sama sepertinya?

Jam di pergelangan tangan dilirik. Sudah tiba masanya untuk dia menguruskan bagasi-bagasi kesemua ahli rombongan ke Turki itu. Kepala menoleh mencari kelibat Wafa. Wanita itu juga seakan-akan menantinya untuk kembali ke situ semula.

"Kaunter dah buka," beritahu Wafa.

"I've got to go. Nak check in luggage." Wajah Aidan kembali dipandang. Alangkah eloknya kalau waktu ini dia tidak bertugas. Sudah pasti momen indah ini akan berterusan.

"Go on. But before you go, I just wanna say, take care and be careful."

"I will and thank you for coming."

Berat hatinya hendak berpaling. Setelah dua minggu tidak bersua muka, hari ini mereka ibarat berpisah lagi. Berpisah kerana tugas. Tugas yang memberikan banyak keceriaan dalam hidupnya saat dia cuba melupakan kisah derita dan kesengsaraan sewaktu dia bertarung nyawa.

"Nadia..."

Tiga langkah dia meninggalkan Aidan, lelaki itu memanggil namanya lagi. Tanpa ragu, wajah dikalih memandang lelaki itu.

"Did you miss me?" soal Aidan. Bibir yang pada mulanya hanya tersenyum nipis, kini menunjukkan gigi taring yang jarang sekali kelihatan.

"What a question... Of course I did. And I'm gonna miss you again. Hmmm... You are showing me your fang! That's not fair. Not at time when I have to leave you."

Semakin lebar senyuman itu bila dia berkata begitu. Sengaja! Sengaja tunjukkan taring bila dia nak pergi jauh. Sengaja buat dia jatuh cinta berkali-kali bila melihat keindahan senyuman itu.

"Aidan..." Kali ini, dia pula yang memanggil lelaki itu.

Manakala, Aidan menyahutnya dengan hanya mengangkat kening.

"I love you." Kata-kata itu ditinggalkan bersama langkah yang panjang tanpa berpaling memandang lelaki itu lagi.

Malu tau! 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Shhh... I Love YouWhere stories live. Discover now