Bab 11

10.4K 97 7

"Naufal tu siapa?" soal Aidan sebaik saja mereka keluar dari kawasan rumah Nadia. Dia ingin memastikan sendiri apa hubungan Naufal dengan Nadia.

"Kawan," jawab Nadia pendek.

"Boyfriend?"

"Tak. Kawan aje la." Cepat Nadia menyangkal soalan Aidan itu.

"Dia cakap apa kat awak tadi?" Kini Nadia pula yang menyoal. Terasa ingin tahu apa yang dibicarakan oleh kedua-dua lelaki itu tadi.

"Nothing."

"Takkan la tak ada apa-apa?"

Wajah Aidan yang tekun memandang jalan raya itu direnung. Tak semena-mena dia perasan ada sedikit perubahan pada Aidan. Rambut lelaki itu kelihatan berbeza. Kali ini nampak bergaya dan lebih kemas berbanding sebelum Aidan terbang ke Tokyo.

Kau dah kenapa ni, Nadia? Tak sudah-sudah puji dia.

"Tak penting pun sebenarnya."

"Betul ni?"

Aidan hanya mengangguk perlahan. Selepas itu, dia diam tanpa bicara. Kalau Nadia nak berborak pun, biar la wanita itu yang memulakannya.

Apabila Aidan diam, Nadia juga turut diam. Baginya, kehadiran Naufal itu tadi telah merosakkan moodnya. Baru nak bersuka ria, Naufal datang mencelah. Entah apalah yang hendak lelaki itu katakan kepada Nazhan. Mungkin nak mempercepatkan hubungan mereka agaknya.

Eee! Tak nak! Dia tak bersedia lagi. Hatinya masih belum dapat menerima Naufal sepenuhnya. Ada suatu ketika, sikap Naufal itu menjengkelkannya. Dan sekarang, bila dia sudah mengenali Aidan, hatinya lebih ke arah lelaki itu. Aidan buat sikit untuk dia pun, dia sudah rasa gembira. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan sebegitu. Padahal, baru saja dia mengenali Aidan. Jantungnya pasti akan berdegup tak mengikut rentak setiap kali Aidan berada dekat dengannya.

"How was your flight hari tu?" Setelah hampir 10 minit mendiamkan diri, Nadia mula terasa bosan. Lantas, penerbangan Aidan ke Tokyo menjadi topik perbualan.

"Alhamdulillah. Dipermudahkan."

"Syukur la. Awak memang dari dulu bercita-cita nak jadi pilot ke?"

Lelaki itu menganggukkan kepala sebagai jawapan.

"Sekarang ni awak sebagai apa? Senior first officer?"

"Captain."

Luas mata Nadia terbuka. Bangga sekejap dengan pencapaian Aidan itu.

"Umur awak ni sebenarnya berapa?"

"Awak tak tahu?" Sekilas Aidan menoleh ke arah Nadia.

"Tak. Ana tak bagi tahu saya pun."

"Tiga puluh empat."

"Ohhh..." Panjang bibirnya membentuk O. Sambil kepala mengira perbezaan umur mereka.

Antara dia dengan Aidan berbeza enam tahun manakala antara dia dengan Naufal cuma berbeza tiga tahun sahaja. Mungkin bagi orang lain, lebih baik pilih yang muda berbanding yang tua. Tapi bagi dirinya pula, lebih baik pilih yang berusia kerana usia mematangkan seseorang itu.

Tak gitu? Atau dia saja yang merasakan sebegitu?

"Jom la..." ajak Aidan saat kereta sudah elok terparkir di tempat letak kereta.

Anak mata Nadia liar memerhatikan suasana di luar restoran itu. Kelihatan banyak juga pengunjung yang datang ke situ. Ada yang sanggup menunggu di luar untuk menantikan meja kosong.

"Ramainya orang," bisik Nadia seakan-akan berkata pada diri sendiri. Tangannya tak semena-mena memegang lengan Aidan seperti yang sering dia lakukan setiap kali berjalan dengan abang-abangnya.

Shhh... I Love YouRead this story for FREE!