Bab 2

19.5K 232 6
                                    

Usai saja solat asar, Nadia cuba menyembunyikan diri di dalam bilik. Dia berpura-pura membaca buku kesihatan sambil badannya terbaring enak. Padahal dalam hati sudah mula kacau-bilau dengan apa yang Nazhan katakan padanya beberapa jam yang lalu.

"Akak..." Suara Diana kedengaran. Pantas Nadia mengalihkan badannya. Buku kesihatan diletakkan dengan cepat. Biar Diana fikir yang dia sudah terlena.

"Akak!"

"Ish! Apa?" Nadia mendengus bila mendengar suara Diana sudah naik satu oktaf.

"Along panggil. Akak jangan nak mengelat, ya. Ana tahu akak cuba nak cari alasan."

"Apa pula? Akak betul-betul dah mengantuk ni."

"Jangan nak tipu. Tak baik menipu tau. Akak keluar ajelah. Niat along tu kan baik? Dia cuma nak tahu perkembangan akak dengan Abang Naufal."

Dengan rasa geram, Nadia memandang Diana yang berdiri di ambang pintu biliknya.

"Sejak bila kau panggil dia abang ni?"

"Sejak akak dengan dialah." Selamba Diana menjawab.

"Akak tak kata akak dah bercinta dengan dia."

"Soon la tu."

Bibir diketap geram. Nampak kecil aje Diana di matanya. Dia tahu si adik hanya mahu menyakat. Dengan perasaan yang malas, Nadia melangkah keluar dari bilik, diiringi oleh Diana.

"Along mana?"

"Biasalah. Kat ruang tamu."

Nadia menjeling adik bongsunya itu. Yang kecik ni pun satu juga. Tak pernah nak backup dia.

"Akak jangan nak jeling-jeling. Ana tak salah apa-apapun. Kalau Ana di tempat akak, Ana bersyukur dijodohkan dengan lelaki handsome macam Abang Naufal tu."

"Merepek budak ni. Jangan nak menggatal dulu, ya. Kau tu baru dua puluh dua tahun. Habis belajar, baru cari pasangan."

Diana mencebik.

"Disebabkan akak habiskan belajar dululah, akak tak ada teman sampai sekarang. Kawan lelaki pun tak ramai, macam mana nak ada teman kalau gitu?"

"Ish! Diamlah! Kalau akak tahu kau berkawan masa tengah belajar ni, habis kau!"

Diana ketawa geli hati. Dia suka menyakat Nadia yang selalu sangat naik angin dengannya. Tapi, Nadia la satu-satunya kakak yang sangat baik hati lagi-lagi dari segi kewangan. Apa yang dia nak, pasti Nadia akan tunaikan.

"Lambatnya nak turun. Nak mengelat ke?" tanya Nazhan yang sudah duduk bersandar di sofa.

Di ruang tamu itu semua ahli keluarga ada. Encik Omar, Puan Asma, Nazhan dan Najwan sudah pun mengambil tempat duduk masing-masing.

"Buat apa nak mengelat? Tak ada maknanya," ucap Nadia seraya duduk di sofa antara Puan Asma dan Encik Omar.

Kening Nazhan sedikit terangkat dengan kata-kata Nadia yang penuh yakin itu. Dia melirik Najwan yang duduk di sebelahnya.

"Adik kita ni cakap besar."

"Tanyalah dia cepat, long. Aku pun tak sabar nak dengar kisah cinta dia dengan Naufal." Najwan kelihatan teruja. Pada masa yang sama, ingin disakat adiknya yang manja itu.

Bibir Nadia sudah muncung sedepa. Adik-beradiknya berpakat nak usik dia. Dengan rasa hati yang geram, dia melentokkan kepalanya di bahu Encik Omar.

"Jahat betul anak-anak lelaki abah ni."

Encik Omar tersenyum nipis. Kepala Nadia diusap perlahan.

Shhh... I Love YouWhere stories live. Discover now