Bab 15

18.9K 252 87

Seperti biasa, setiap kali dia hendak terbang ke mana-mana, semua ahli keluarga pasti ada untuk menghantarnya sehingga dia masuk ke balai berlepas. Pekerja-pekerja BlueSky Travel juga sudah sedia maklum tentang perkara itu.

"Ubat dengan kad hospital dah bawa?" tanya Puan Asma dengan wajah yang sedikit bimbang.

Dia memang kurang senang bila Nadia terbang ke mana-mana tanpa keluarga. Dia risau sakit Nadia menyerang semula. Bukan boleh jangka penyakit Nadia itu. Tetapi Nadia pergi kerana tugas dan wanita itu gembira dengan tugas yang disandang. Bagi Nadia, melawat ke negara luar bukan bermakna tidak suka dengan negara sendiri tetapi untuk pengetahuan dan kepuasan diri.

"Dah. Dalam beg Nad, bu. Jangan la risau. Macam tak biasa pula." Kedua-dua tangan memegang erat jari-jemari Puan Asma.

"Siapa yang temankan Nadia kali ni? Kalau Helen, senang sikit. Dia dah faham sangat dengan Nadia."

"Wafa, bu. Ala... Jangan la macam ni. Ibu buat Nad berat hati nak pergi." Orang tuanya itu dipeluk erat. Cuba menenangkan hati Puan Asma yang resah.

"Kalau Wafa, okey. Dia pun selalu jadi pembantu Nadia."

Bibir Nadia tersenyum. Lega bila orang tuanya itu mempercayai pembantunya. Dengan perlahan dia meleraikan pelukan. Mata memandang ke sisi, ada beberapa orang yang mengikut rombongan mereka sudah hadir melaporkan diri.

"Sekejap, bu. Nak catit kedatangan ahli rombongan dulu. Takut terlepas pandang nanti." Bergegas dia mengambil kertas yang mengandungi nama-nama ahli agar tidak ada yang tertinggal nanti.

Selalunya, bila menjadi ketua rombongan, dia akan pastikan yang dia la orang yang terawal sekali berada di lapangan terbang berbanding yang lain. Dia akan pastikan, tidak ada yang tersesat mencari tempat mereka berkumpul.

Selang beberapa minit, Wafa hadir bersama tunangnya.

"Sorry, Nad. I terlambat. Traffic jam!"

"Tak apa. Kaunter pun tak buka lagi. So yang ni, I dah kumpulkan kesemua pasport. Tinggal you aje lagi." Beg kertas yang mengandungi pasport ahli rombongan dan juga dirinya diserahkan kepada Wafa.

"Buka aje kaunter nanti, kita terus check in luggage. I tak nak last minute check in. Nanti kelam-kabut dibuatnya."

Wafa mengangguk faham.

"Tinggal nak bagi short briefing aje lagi. So, I..." bicara Nadia terhenti bila terasa lengannya digamit.

Wajah Diana dipandang dengan dahi yang berkerut. Diana tak nampak ke yang dia tengah bercakap dengan Wafa ni?

"Ana, akak kan tengah cakap dengan Wafa ni?"

"Sorry... Tapi tu..." Mulut Diana muncung menunjukkan sesuatu.

Dengan segera, mata ikut melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Diana. Saat terpandang figura itu, pergerakannya jadi kaku. Riak wajahnya juga nampak terkejut kerana kurang percaya dengan apa yang dilihatnya itu.

Saat Aidan semakin menghampiri, dia mula rasa gelabah. Apatah lagi dengan gaya lelaki itu yang membuatkan banyak mata yang memandang. Dengan pakaian juruterbang yang masih tersarung di tubuh, topi yang berlencanakan sayap itu pula diapit dengan lengan dan sebelah tangan lagi mengheret bagasi.

Perfect! Ini la kali pertama dia melihat Aidan sebegitu. Sebelum Aidan mendekatinya, lelaki itu terlebih dahulu mendekati keluarganya. Hormat lelaki itu mencium tangan Encik Omar. Bibir yang menyembunyikan gigi taring itu tersenyum nipis bila bersapa dengan Nazhan dan Najwan.

"Bila Ana habis belajar nanti, Ana nak cari lelaki sebijik macam Abang Aidan. Lelaki yang layak dibawa untuk berjumpa keluarga," bisik Diana nakal.

Shhh... I Love YouRead this story for FREE!