NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

Bab 12

10.8K 90 0

ApaBila sudah terjebak dengan Naufal, dia seolah-olah tidak dapat melarikan diri lagi. Tambahan pula, lelaki itu laju bertindak. Seperti tahu yang hatinya sudah mula selesa dengan kehadiran Aidan. Namun bila teringatkan kata-kata Nazhan semalam, dia mengeluh berat.

"Nad serius ke dengan Aidan tu?"

"Masih mengenal hati budi masing-masing." Dia sendiri belum pasti dengan perasaan hatinya.

Antara dia dengan Aidan masih baru. Tak seperti Naufal. Tetapi jika Nazhan ingin tahu siapa dia rasa lebih selesa lagi, sudah pastinya Aidan. Yang itu pun dia tidak tahu kenapa dia berperasaan sebegitu seolah-olah dia sudah mengenali Aidan lebih lama daripada Naufal.

"Naufal bagi tahu along yang dia betul-betul serius nak bersama dengan Nad."

Nadia terdiam. Dia memang tak terkejut dengan pemberitahuan Nazhan itu kerana dia sudah dapat mengagak, Naufal pasti nak kata sesuatu tentang mereka pada abangnya.

"Nadia pula macam mana? Kalau tak nak, bagi tahu. Jangan mainkan perasaan orang, Nad. Tak baik."

Sebelum Nadia berkata-kata, dia menghela nafas dalam-dalam.

"Along, terus terang Nad kata... Nad lebih selesa bila bersama dengan Aidan. Nad pun tak tahu kenapa Nad rasa macam tu. Tapi bila dengan Naufal, Nad rasa ralat."

"Kat mana Nad kenal Aidan tu?"

"Aidan tu abang Si Ain. Kawan baik Si Ana tu."

Nazhan cuba mengingati siapa Ain dan bila teringat, hatinya tak serisau mana. Dia juga mengenali gadis itu. Datang daripada keluarga yang baik-baik. Tinggal pun di Putrajaya itu juga.

"Ohhh... Ain. Along tak tahu pula yang dia tu ada abang."

"Abang dia kerja pilot. Bersederhana orangnya. Tak menunjuk-nunjuk macam Naufal." Tersengih-sengih Nadia memuji Aidan.

Nazhan memandang pelik wajah adiknya itu. Ada sinar ceria di wajah itu. Pertama kali dia melihat adiknya sebegitu. Sudah jatuh cintakah Nadia pada Aidan? Kenapa dia rasa macam terlalu cepat?

"Nad nampak happy bila bercerita tentang dia. Ada apa-apa ke ni?"

Nadia tersenyum malu. Sumpah! Perasaan itu sangat baru padanya. Dia juga pelik. Muncul Aidan di depan mata, dia jadi lain. Semakin lama dia berhubung dengan Aidan, semakin dia ingin bersama dengan lelaki itu. Hari-hari jumpa pun tak apa.

"I don't know, along. Cuma nak bagi tahu yang Nad happy bila bersama dengan dia."

"So, Naufal tu macam mana?"

"Boleh tak kalau along bagi tahu dia yang Nad bercinta dengan Aidan?"

"Eh, takkan along pula yang kena bagi tahu?" Cepat-cepat lelaki itu menyangkal.

"Nad sendiri yang perlu bagi tahu dia. Along tak nak lawankan sesiapa. Nad, adik along. Naufal pula kawan along," sambung lelaki itu lagi.

Semakin berat keluhan Nadia. Nak kata sendiri yang dia bercinta dengan Aidan, dia rasa macam tak sesuai. Padahal semua tu tak betul dan hanya rekaan semata-mata. Hanya dia yang rasa selesa dengan Aidan tetapi bukan lelaki itu.

"Susah la, long. Naufal tu lain betul perangainya."

"Ingat, Nad. Jangan mainkan perasaan orang. Kalau tak nak, bagi tahu," pesan Nazhan sebelum meninggalkan Nadia yang termangu sendiri.

Bukan niatnya mahu mempermainkan sesiapa. Jika dia tak kenal Aidan, mungkin dia mampu bertahan dengan Naufal. Tetapi bila hatinya lebih ke arah Aidan, Naufal seolah-olah tidak wujud dalam hidupnya.

Shhh... I Love YouRead this story for FREE!