5. Job 백현

4.2K 276 209
                                    

Chanyeol menepuk tangan perlahan dan kedua-dua tangannya diletakkan di pipi. Dia memandang lelaki yang sedang memarkirkan lorinya di kawasan restoran dengan penuh syahdu.

"Seronok pandang namja tu??" Lay menepuk perlahan bahu Chanyeol. Kepalanya digeleng perlahan melihat perangai pondan si adik.

"Ani. Aku suka pandang lori tu." Chanyeol tersenyum dengan penuh rasa terharu.

Lay menyengetkan kepalanya. Dahinya berkerut kerana cuba mencerna apa yang dikatakan Chanyeol tadi.

"Akhirnya, si katek tu nak jugak beli gas dapur. Sekali order gas satu lori. Mungkin kita untung makin banyak. Kalau tak asyik guna kuasa aku. Penat nak caj balik." Chanyeol menekup matanya dan menangis teresak-esak.

"Chupp chupp~~ jangan nangis.." Lay terus memeluk Chanyeol dan turut menangis mendengar kisah seorang lelaki bernama Park Chanyeol.

"Lepas tu,, kalau kau melecur, hyung yang kena rawat. Dah la kuasa hyung cepat lemah." Kali ini kita mendengar kisah lelaki yang bernama Zhang Yixing pula.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"HUWAHHHHHHHH SEDIHNYAAA!!!!!"

•••••

"Errr encik??" Suho melalukan tangannya di hadapan seorang pelanggan yang dari tadi tersengih memandangnya.

"Encik nak tambah order ke?? Atau-"

"Siapa nama namja tu??" Si pelanggan memuncungkan bibir ke arah belakang restoran.

Suho memusingkan badannya dan melihat Tao sedang memijak Baekhyun yang 'lemas' di dalam besen yang dipenuhi air kotor kerana merendam kuali yang sudah berkerak dan hangus.

"Err yang mana? Yang tengah mendera atau didera??" Suho tersenyum kekok.

"Yang didera." Dia menjawab dengan penuh rasa teruja.

"Ouhh. Nama dia Byun-"

"Mwo?!!! Byuntae?!!!" Lelaki itu menarik pipinya sehingga melorot ke bawah. Hodoh sekali wajahnya.

"Aniya aniya. Byun Baekhyun." Pantas Suho memberitahu perkara yang sebenar.

"Ahhh lega." Lelaki itu mengurut dada sambil tersenyum.

"Gumaweo." Dia mengenyitkan mata kepada Suho dan kembali duduk di mejanya.

Suho menjongketkan keningnya melihat lelaki itu.

"Yahh!! Nama dia Byun Baekhyun." Lelaki itu bercakap dengan kawan-kawannya.

"Dah tu??" Tanya si kawan.

"Nama aku Taehyung! Dia Baekhyun!! Taehyung Baekhyun, hyung hyun hyung hyun. Yahh!! Tak jauh beza. Muka dia comel aigoo!!" Lelaki yang bernama Taehyung itu menepuk pipinya perlahan.

Suho yang mendengar dari tadi membuat muka jijik.

"Gay ke?"

Kemudian dia mengalihkan pandangan kepada Baekhyun yang sedang berusaha mencari nafas setelah dilemaskan tadi.

"Gila macam tu pun ada fan?"

•••••••••

"Yahh lepas!!" Baekhyun menjerit dan memegang kuat kepala Tao.

"Mwo?! Hyung tak guna!!" Tao mendengus dan menarik telinga Baekhyun.

Mereka berpusing mengelilingi besen yang dipenuhi air sabun.

Exo's Restaurant [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now