❤️bab23-you just have to be mine

65.1K 3.1K 161
                                    

"Be mine"

Terngiang ngiang ayat yang Afiq cakap tadi. Aku membuka pagar rumah aku kemudian masuk ke dalam rumah.

Jam menunjukkan pukul 6 lebih. Dan, aku belum solat asar lagi.

Lepas solat, aku terus menghadap buku, buat homework.

Kotak kasut tadi tu aku biarkan depan pintu.

Kenapa aku blunt sangat? Kenapa aku biar je Afiq spend duit untuk aku?

Aku bukan pisau cukur.

Somehow aku rasa relationship aku dengan Afiq ni macam menyusahkan hidup aku.

Boleh tak aku tamatkan je relationship ni.

Memang dia ada bawa kebahagiaan and kegembiraan dalam hidup aku, tapi kenapa mama dengan papa tak suka kalau aku ada apa apa dengan dia?

Kenapa tak boleh?

Pelik tau.

Time ni pulak mama dengan papa balik.

Mereka berdua masam muka.
"Assalamulaikum" kata mereka berdua serentak.

"Waalaikummussalam" jawab aku. Seboleh bolehnya aku buat suara ceria.

Mama senyum dekat aku lepastu terus masuk ke dapur untuk minum air. Papa pula terus masuk bilik kunci pintu.

Hmm.. Ni mesti gaduh ni.

Aku mendekati mama.

"Kenapa ma?"

"Papa marah sebab Encik Afiq taknak jadi waris company"

"Kalau dia tak jadi waris ada orang lain jadi waris ke?"

Aku tiba tiba mencelah.

"Ada"

Aik?

"Siapa?"

"Cik Syahira binti Datuk Roslan"

Aku melopong.

"Apa perkaitan dia dengan Afiq?"

Kenapa kena ada perempuan tu! Shial

"Sepupu. Dahlah. Jangan cakap dengan mama. Pening nak memikirkan"

Mama terus berjalan ke bilik tidur yang tadi papa kunci.

"Abang.. Bukak lah pintu.. Khadijah nak mandi ni"

Pujuk mama dengan suara yang lembut.

Haish mama ni. Ada ada saja lah.

Berita yang mama sampaikan tadi membuatkan aku nak sembunyi bawah katil.

Tiga hari kemudian
Nobody's pov

Aisya melangkah masuk ke sekolah penuh yakin.

Tiga hari lagi menuju SPM si Afiq.

Dan,sudah tiga hari jugalah Aisya mengelakkan dirinya dari Afiq.

Mengapa?

Kerana dia tidak selesa.

Yelah, sudah tentu orang tu nak spm. Takkan nak kacau lagi kan?

Lagi lagi pasal yang tak nak jadi waris bagai haritu. mama punya pasal lah ni.. Buka mulut. Kalau tak aku tak takut macam ni.

Waktu rehat pun Aisya tidak pergi ke kantin. Takut terserempak dengan si Afiq.

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now