❤️bab12-apaaanii

73.4K 3.9K 220
                                    

Baru sahaja nak keluar dari kelas, Zayyani dan Furqan tolak aku daripada belakang.

"Harini latihan start lambat" kata Zayyani.

"Oh serious? Pukul berapa? Kenapa aku tak tahu pun ada latihan?"

Zayyani dan Furqan pandang aku pelik.

"Kau dengan Afiq tu sepanjang masa aku rasa. Tapi latihan bila pun kau tak tahu?"

Kata Furqan penuh dramatik. Kawan sotong aku ni.. Haish..

"Maybe dia saja nak buat kau datang lambat lagi"

Kata Zayyani pula.

"Mungkin dia suka tengok kau sit up"

Kata Furqan lagi. Astaghfirullahalazim lelaki dengan perempuan ni.

"Dahlah. Kau pergi solat zuhur.Furqan dah solat tadi waktu ponteng kelas.Aku dengan Furqan nak pergi kantin. Bye" ujar Zayyani sebelum menarik beg Furqan memaksa Furqan mengikutinya.

Maknanya, Zayyani cuti lah tu.

By the way, Furqan selalu gila cilok kelas. Sebab latihan bola tampar. Furqan ni atlet bola tampar act.

Nampak sotong, tapi atlet. Kau ingat apa?

Aku pun pergi ke surau. Bila sampai surau, aku nampak Afiq tengah buka kasut.

Betullah weh. Jodoh ni namanya.

Dia angkat tangan lambai aku.

"Hai Aisya" katanya sambil senyum.

Eiiii dalamnyaaa lesung pipit!

"Afiq nanti kau imam eh" kawannya yang entah dari mana menepuk bahunya.

"OK"

Dia senyum lagi sebelum masuk ke dalam surau.

Aku masuk ke dalam bilik wudhu sebelum mengambil wudhu.

Adalah beberapa orang senior perempuan yang tak dikenali yang mungkin juga masuk perbarisan.

Well, Aisya bukan jenis yang amik tahu siapa senior siapa junior.

Siapa kawan aku? Furqan, Zayyani dan lain-lain.

Tapi Aisya tak sombong tau.
Baru sahaja aku bukak tudung, lengan aku ditepuk.

"Eh. Awak yang pinjamkan kita pin tudung haritu kan? Jumpa pun awak. Penat akak cari awak tau. Nah ni pin tudungnya"

Satu pin tudung diserahkan kepada aku. Ya Allah terharu ada orang ingat ai. Hiho.

"Oh. Haah" aku hanya senyum.

"Terima kasih tau"

"Sama-sama"

Lepas amik wudhu, aku masuk dalam surau and pakai telekung. Waktu tu, langsir pembahagian kawasan lelaki dengan perempuan dah dibuka. So, tak nampaklah siapa yang ada kat bahagian lelaki.

"Allahuakbar Allahuakbar.. Asyhadu an'la ilahaillallah, wa asyhadu Anna muhammadan rasulullah.."

Iqamah berkumandang.

"Solat berjemaah ye" laung satu suara dari tempat solat lelaki.

"Allahuakbar.."

Sedapnyaa suara imam ni. Afiq ke imamnya?

"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah"

Sampai wirid imam tu pimpin.

Suara sedap duh. Haih. In love💓

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now