❤5-teman aku tidur

94.9K 4.6K 168
                                    

"Aisya nak Abang teman ke pergi perpustakaan tu?"

Tegur Abang Jamal sambil mengumpulkan semua kertas dan memasukkan kertas itu kedalam fail.

Uih. Caring gila Abang Jamal ni.

"Amboi caring nya abang. Takpelah, saya pergi sorang je. Lagi satu, kalau abang nampak kawan saya yang sotong tu, cakap dengan dia Aisya kirim salam maut"

Kataku sambil tersenyum manis. Semanis mungkin. Semanis dendam aku pada kau Furqan!

"Nama dia Furqan eh? Dia tu cantik lah. Putih je kulit di"

Amboi Jamal. Kan Furqan dah cakap kat bab3 yang dia tu lelaki.

Kalau tak tahu lagi, mari kita ulang.

MUHAMMAD FURQAN AZRIN BIN ABDULLAH ADALAH SEORANG LELAKI.
Okay, tu ekceli penulis dia copy paste.

"Abang ni.. Furqan hensem, bukan cantik. Kalau nak puji cantik, puji lah Aisya"

Kata aku bangga diri sambil membuat tanda peace.

Nampaknya, Aisya seorang yang perasan.

"Suka hati engkau lah Aisya. Dahlah. Abang nak balik dulu. Jangan takut sangat dengan Afiq tu. Dia tak makan orang. Don't worry"

Pesanan Abang Jamal macam menyatakan yang sebaliknya.
"Ok,bye. Assalamualaikum" kata aku sebelum Abang Jamal menghidupkan enjin motosikal buruknya.

Suzuki Smash duh. Motor zaman bila lah tu. Aku nak gelak tak sampai hati.

Aku galas beg aku sebelum aku naik ke perpustakaan. Kad pintar dari kocek beg, aku keluarkan. Kasut sekolah aku buka dan aku letakkan sebelah kasut yang kemungkinan besar kasut Afiq.

Sebenarnya ada sepasang kasut je kat situ. Kasut siapa lagi yek?

Bila aku tolak pintu perpustakaan, senyap sepi gila. Aku jalan perlahan-lahan ke bahagian belakang perpustakaan.

Benarlah tekaan aku, dia duduk di meja sebelah tingkap. Meja tu meja favourite aku.

Kalau aku sorang-sorang study nanti aku akan duduk disitu.

Afiq sedang tidur. Kepalanya beralaskan lengan. Perlahan lahan aku melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapannya.

Macam mana seh aku nak kejut dia ni. Tapi serious duh, bila aku dengan dia, aku rasa macam dialah manusia paling hensem dalam dunia.

Dalam diam, hampir 10 minit aku perhatikan muka dia. Buang tabiat kau ni Aisya. Anak orang kau tenung macam nak makan.

"Your scent is so calming" Afiq bersuara dengan mata yang tertutup.

Ya Allah! Drama yang selama ni aku selalu tengok tu jadi kenyataan!

"Ni kertas tadi"

Haish. Suara kau bergetar Aisya! Mesti Abang Komander perasan!

"Tu kertas untuk laporan dan minit mesyuarat. Buat sampai habis. Pukul lima kejut aku"

Kata Afiq sebelum dia kembali meletakkan kepalanya diatas meja.

Aku terconfuse kejap.

"Kat sini?"

"Taklah, kat sini" kata Afiq sambil jarinya menuding kearah dadanya. Hati.

Abang Komander buat pickupline

Menipu doh kalau kata tak cair.

"Yelah kat sini. Teman aku tidur"

Hati aku jadi lagi laju. Ya Allah! Dia suruh aku teman dia tidurrrr!!

"O-okay"

Indahnya dunia ini..

Abang Komander ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora