❤️bab21-kfc

66.5K 3.3K 350
                                    

Afiq

Sampai sahaja dihadapan stadium, aku melihat sekeliling. Haih, penat lah. Aisya disebelah aku sedang lena tidur.

Comel dia tidur. Nasib baik tak de air liur basi. Kalau tak..

Satu persatu pelajar turun dari bas. Aku hanya duduk diam. Sehingga bas sudah kosong barulah aku kejut Aisya.

Hujung jari telunjuk aku menyentuh lembut bahunya.

"Aisya bangun.. Dah sampai dah ni"

Aku berbisik. Aisya menggeliat sebelum mencelik.

"Thank you kejutkan."

Kata Aisya sebelum turun dari bas dan menyertai peserta yang lain.

Tepat pada waktu itu, Cikgu Inah yang sarat mengandung pun sampai.

Aisya

"Jom pergi pakai baju"

Kata Cikgu Inah.

Peserta perbarisan semuanya jalan dalam barisan mengikut Cikgu Inah.

Cikgu Inah membawa kami semua ke satu bilik persalinan. Disana semua uniform tersusun rapi. Semuanya lengkap tersedia.

Aku melihat tirai yang membahagikan bilik persalinan itu kepada dua kawasan, kawasan lelaki dan kawasan perempuan.

"Girls, kat sini" Afiq tunjuk. Aku takut tengok tirai tu.

Selak sikit dah nampak segala benda.

Aish. Mintak simpang malaikat 44.

"Takpe, tirai tu aku yang jaga"
Kata Afiq lagi.

Dengusan nafas lega kedengaran dari peserta perempuan yang lain.

Sebelum aku masuk ke bahagian perempuan, aku sempat jeling dia.

Lepastu..

Dia pun tengah tengok aku jugak HAHAHAHA.

Aku paling tak suka bila tengok orang yang tengok aku.

Aduh. Dah tahu aku pandang dia tu pandang lah tempat lain!

Dia senyum. Eiii comel.

Nak senyum balik tak?

Tak payahlah. Aku pandang depan balik.

Ada masa, kita kena jual mahal.

Ye dok?

Aku terus masuk dekat sebalik tirai tu.

Banyak juga ya kena pakai. Aku meneliti satu persatu pakaian yang ada. Mesti panas nanti.

Zayyani memaut lengan aku.

"Kau sanggup tahan panas pakai macam ni sya?"

Soal Zayyani.

"Entahlah weh"

Aku, Zayyani dan manusia yang laun beratus memilih saiz baju masing-masing.

Pada waktu itu, aku tengok orang sekeliling semua dah separuh bogel.

Semua dah tanggal baju. Tinggal singlet je.

Haish mengapa aku berada di dalam kancah separuh bogel ini!

Aku pusing menghadap dinding. Perlahan lahan aku tanggalkan baju.

Lepastu Zayyani ni pula bangang.

"Uyyooo Aisya putih.. Gilaaa ah"

Ujarnya sebaik sahaja Aku tanggalkan baju.

Oh my.. Why zayyani, why?

Abang Komander ✔Where stories live. Discover now