8

29 5 0
                                    

Senyumannya terukir dibibir tatkala melihat kelibat Junki berada dibumbung sekolah. Junki kelihatan tercari-cari seseorang. Dirinya kembali mengukir senyuman.

"Junki.."

Junki agak tersentak apabila namanya dipanggil. Dia menoleh kearah pelajar perempuan yang tersenyum manis ke arahnya.

"HyunB.."

"Lama ke awak sampai?" HyunB mendekati Junki sambil senyuman yang tak lekang dibibir.

"Taklah, baru je. Ada apa awak nak jumpa saya?"

HyunB tunduk. Wajahnya menjadi merah.

"Saya.."

Junki memandang HyunB tidak berkelip. HyunB kelihatan comel sangat apabila dia malu-malu.

"Saya..sukakan awak, Junki"

Junki tercengang.

"M-mwo? Su..ka?" Junki menggosok lehernya. Walaupun ini bukannya first time perempuan confess kepada dirinya, tetapi entah kenapa dia berdebar-debar mendengar confess daripada HyunB. HyunB merupakan perempuan kedua yang membuatkan Junki berdebar-debar.

"Awak..tak suka saya ke?" HyunB tunduk.

Junki mengelabah.

"Ah! Anni! Saya suka! Saya suka!"

HyunB memandang Junki. Kemudian, dia mengukir senyuman.

***
Waktu rehat, di kantin.

"Mana Junki? Tadi suruh kita tunggu dia kat kantin? Ni batang hidung pun tak nampak" omel Jiho sambil menyedut straw minumannya.

"Nanti dia datanglah tu" Youna cuba menyedapkan hati.

"Tu Junki!" Kata Kijun. Namun dia kehairannan keranan Junki bersama dengan HyunB.

Youna dan Jiho menoleh memandang Junki. Riak wajah mereka turut berubah.

"Guys, sori lambat. Kalau aku bawak HyunB sekali takpe kan?" Junki melabuhkan punggung disebelah Youna dan HyunB duduk disebelah Junki.

"Tak kisah. Tapi kenapa tiba-tiba je?" Soal Jiho.

Junki tersenyum gembira lalu dia memeluk bahu HyunB disebelahnya.

"Guys, kitaorang dah kapel. Aku dengan HyunB dah kapel" Junki memandang aweknya kemudian memandang wajah rakan-rakannya.

Mereka bertiga terkejut.

"La yeke? Bila kapel?"

"Baru je tadi. Hah! Kali ni barulah betol aku dah ada awek."

Jiho dan juga Kijun memandang Youna yang membisu dari tadi. Mereka berpandangan.

Youna P.O.V

Aku memandang Junki yang tersenyum gembira. Tiba-tiba dia memeluk bahu HyunB yang berada disebelahnya. Aku menjadi terkedu. Hatiku menjadi sakit melihat mereka sebegitu. Ah! Aku benci perasaan ni!

"Guys, kitaorang dah kapel. Aku dengan HyunB dah kapel" ujar Junki sambil memandang aweknya kemudian memandang wajah Jiho, Kijun dan juga aku. Serius! Aku tak sangka mereka akan kapel. Hatiku bertambah sakit namun aku cuba berlagak biasa.

Kami bertiga terkejut.

"La yeke? Bila kapel?" Soal Jiho kepada Junki. Aku cuma mendengar sahaja.

"Baru je tadi. Hah! Kali ni barulah betol aku dah ada awek." Kata Junki sekadar membuat lawak.

Aku hilang selera makan. Makanan yang aku beli tadi, aku kuis-kuis. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam nak menangis, marah, kecewa. Hatiku terasa sangat sakit. Apatah lagi melihat mereka bermesra didepan mataku sendiri. Mungkin lepas ni, kitaorang semakin renggang. Aku menoleh memandang Junki dan pada waktu itulah aku terpandang HyunB yang merenung tajam diriku. Cepat-cepat aku tunduk.

End of POV.

***
Jiho dan juga Kijun mendekati Junki yang memasukkan barangnya ke dalam beg.

"Junki, jom main besbol petang ni?" Soal Jiho.

"Ala, aku nak sangat main tapi aku dah janji dengan HyunB nak pergi dating"

Jiho dan Kijun berpandangan. Mereka mengeluh.

"Ajak lah Youna. Dia kan terel" Junki memandang Youna yang sudah berdiri.

"Aku malaslah. Balik dulu" Youna menapak keluar. Jiho terpandang riak wajah Youna yang muram.

"Takpe lah kalau kau tak boleh. Kitaorang balik dulu lah. Jom Kijun."

"Bye Junki! Jiho tunggu arh aku!"

"Youna! Youna! Tunggu!"

Youna menghentikan langkahnya.

"Kau nak apa?"

"Jom! Balik sama-sama." Jiho memeluk bahu Youna.

"Korang! Tunggu!" Kijun mendapatkan Youna dan Jiho. Dia turut memeluk bahu Youna.

"Yah! Korang ni beratlah!"

Mereka ketawa suka.

"Janganlah sedih" Jiho akhirnya bersuara. Youna memandangnya.

"Kau kenapa? Bila masa pulak aku sedih?"

"Eh! Jap! Jangan cakap kat sini! Jom pergi sana tu!" Kijun terus menarik tangan kedua rakannya itu.

Mereka masuk ke dalam Cafe yang selalu mereka kunjungi.

"Jap! Aku pergi order" Kijun berlari anak ke kaunter pembayaran. Tak lama lepas tu, dia membawa sedulang minuman ice blended serta pizza. Youna dan Jiho memandang Kijun.

"Apa? Aku lapar lah" Kijun mencapai sepotong pizza lalu disumbat ke dalam mulutnya. Mereka berdua ketawa suka.

Jiho memandang Youna yang menyedut minumannya.

"Kau suka kat Junki kan?"

Youna terdiam. Dia merenung wajah Jiho yang duduk menghadapnya. Kijun turut tercengang.

"Youna sukakan Junki ke? Asal aku tak tahu? Youna?" Kijun memandang Youna yang diam seribu bahasa.

"Youna.."

Youna tunduk, dia tak tahu nak cakap apa. Dia sendiri tak tahu sama ada dia sukakan Junki atau suka as kawan. Dia buntu.

"Youna..cakaplah"

Youna memandang Jiho dengan Kijun.

"Aku..."

To Be Continued...

BEST FRIEND? | Bad Person {2016}Where stories live. Discover now