7

18 5 0
                                    

Youna menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu. Remote Tv yang diletakkan diatas meja dicapai dan butang On ditekan. Dia merebahkan diri diatas sofa berhadapan dengan Tv.

"Youna! Kamu ke tu?" Pn. Kang memanggil anaknya daripada dapur.

"Eung! Wae?"

Pn. Kang keluar daripada dapur sambil membawa sebungkus plastik sampah yang sudah penuh ditangannya.

"Ni, tolong omma buangkan kat luar. Dah penuh, omma nak masak makan malam pula ni. Nanti tak makan kamu hari ni" omel Pn. Kang kepada anaknya.

"Haih, yela. Kejap" Youna bangkit dari pembaringannya dan mencapai plastik sampah tersebut.

"Nanti lepas buang sampai tu, cuci tangan ye"

"Nae" Youna melangkah keluar rumah. Dia membuka pagar kecil rumahnya lalu menapak keluar.

"Youna.."

Niat untuk membuang sampah terbantut tatkala namanya diseru seseorang. Mata mereka bertembung seketika sebelum Youna menghiraukan manusia tersebut. Dia menuju ke tong sampah besar dan meneruskan kerjanya membuang sampah. Selesai sahaja, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Youna.."

Tangan Youna direntap oleh orang itu. Youna mendengus dan menoleh memandang wajah lelaki yang memegang tangannya.

"Lepas. Kau nak apa Junki?"

"Mian..aku tak tahu apa yang aku buat sampai kau marahkan aku..Jiho dengan Kijun pun layan aku pelik" Ucap Junki sambil melepaskan tangan Youna.

"Kau tanya la diri kau tu..dah lah! Aku nak masuk"

"Jap! Apa maksud kau Youna?" Lagi sekali tangan Youna direntap Junki.

"Junki lepaslah! Tangan aku kotor lah!" Youna cuba menarik tangannya dari terus dipegang Junki.

"Janganlah macam ni. Kita kan kawan. Apa salah aku sampai kau taknak cakap dengan aku?" Junki melepaskan tangan Youna.

Youna tersenyum sinis. Wajah Junki ditenungnya.

"Oh..kawan? Kita kawan ea?.  Kawan ke kalau kau dah kapel pun, taknak bagitahu aku, Jiho, dengan Kijun?! Kawan ke tu?!"

Junki tercengang.

"Jap. Bila masa pulak aku dah kapel ni? Ak-"

"Kitaorang nampak lah! Kau dengan minah depan tu time rehat tadi!"

Junki menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Owh, itu ke? Korang nampak rupanya?" Junki tersenyum namun senyumannya mati setelah ternampak Youna menangis.

"Youna? Kau nangis ke?! Weh!" Junki menyentuh wajah Youna.

"Anni!! Manade!" Youna cepat-cepat menyeka air matanya yang keluar tanpa diduga.

Junki tersenyum.

"Rehat tadi aku jumpa cikgu Lee la. Aku ingat lama aku jumpa dia, tu yang suruh korang rehat tanpa aku. Tapi rupanya cikgu nak jumpa aku sekejap je. Aku pegilah lepak kat bumbung sebab aku tak jumpa korang kat kantin"

Youna hanya mendengar sahaja penjelasan Junki kepadanya.

"Yang pasal si HyunB tu, aku terserempak dengan dia. Dia rehat sorang-sorang, jadi aku ajaklah dia sekali"

Youna mendengus.

"Yeke?" Ucap Youna perlahan namun masih boleh didengari oleh Junki.

"Kau...jeles ea?" Junki terus merangkul leher Youna.

"Jeles?! Manade lah!! Ish! Tepilah! Aku tekap muka kau dengan tangan aku yang kotor ni baru tahu!!"

"Ahahahahahaa! Buatlah! Aku report kat mak kau" Junki ketawa mengekeh sebelum berlari masuk ke dalam rumah Youna.

"Yah! Siapa benarkan kau masuk rumah aku hah?!" Youna menggeleng melihat Junki yang ketawa mengekeh didalam rumahnya. Dia mengeluh. Satu senyuman lega terbit pada bibirnya.

Junki menuju ke dapur.

"Ahjumma~ masak apa tu? Sedapnya."

"Owh, kamu Junki? Bila sampai?"

Junki tersengih.

"Baru je. Nak Junki tolong?"

Pn. Kang menggeleng.

"Tak payahlah. Kamu pergilah jumpa si Youna tu" Pn. Kang tersenyum manis.

"Nae"

"Junki ah, makan malam dulu ya sebelum balik?"

Junki angguk sambil tersengih.

***
Youna membelek buku teksnya. Matanya membulat kerana ternampak sesuatu yang ditulisnya.

"Aku lupa nak buat kerja sekolah!" Dia mengusutkan rambutnya.

"Kau ni kenapa? Dah macam orang tak betul je aku tengok" kata Junki sambil meletakkan minunan tin diatas meja Youna. Kemudian dia melabuhkan punggung dikerusinya.

"Aku lupa!"

"Lupa? Lupa apa kau ni?" Soal Junki sambil meneguk minumannya.

"Homework cikgu Hyeri!" Lantas Youna menyebamkan wajahnya diatas meja.

Junki ketawa suka lalu memberikan homeworknya kepada Youna.

" Nah, cepat sikit buat. Nanti kantoi"

"Assa! Kumawo Junki ah! Nanti aku belanja kau! Nasib baik kelas cikgu Hyeri lepas rehat!"

Tiba-tiba Telefon Junki berbunyi menandakan mesej masuk. Dia kemudiannya membaca isi kandungan mesej itu.

"Youna, aku keluar jap tau. Nanti simpan balik dalam laci meja aku"

"Kau nak gi mana pulak tu?"

"Nanti aku citer." Junki bangun dan menapak keluar. Manakala Youna hanya memerhati lalu menyambung kerjanya.

Jiho dan juga Kijun yang baru masuk ke kelas mendekati Youna.

"Weh, Junki mana?" Soal Kijun

"Dia keluar jap. Tak tahulah gi mana"

"Adoi, baru je nak bincang game besbol petang ni" Jiho pula bersuara.

"Kau nak join kitaorang tak Youna"

"Nantilah bincang, aku busy ni, oi"

Jiho dengan Kijun berpandangan. Mereka ketawa.

"Kau tak siap homework cikgu Hyeri ea?" Serentak mereka berdua bersuara.

"Yah! Jangan kacau lah!"

***
Bumbung sekolah..

Junki memandang sekeliling tempat itu. Namun, kelibat orang yang di cari tiada.

"Kata penting sangat? Mana pulak dia nih?" Junki menggaru kepalanya.

"Junki.."

To Be Continued......

Siapa agaknya yang Junki jumpa tu ye?
Ehehe..nantikan episod seterusnyaa dalam Bestfriend.

BEST FRIEND? | Bad Person {2016}Where stories live. Discover now