5

19 6 1
                                    

Youna melangkah keluar daripada rumahnya. Dia keluar awal sikit daripada biasa kerana tidak mahu terserempak dengan HyunB.

Sesungguhnya, dia tahu bahawa perempuan itu talam dua muka. Dia pasti yang HyunB berkawan dengan Junki bersebab. Dan dia tak suka sebab itu.

Junki meminta pemandunya menurunkan dirinya ditaman berhampiran rumah Youna. Dia sudah berjanji mahu ke sekolah bersama-sama dengan HyunB. Seperti yang dijanjikan, dia menunggu di taman tersebut kerana khuatir Youna ternampak dirinya. Kerana kebiasaannya, Junki akan ke sekolah bersama-sama dengan Youna.

Walaupun dia dihantar oleh pemandunya, namun hampir setiap hari dia akan menyuruh pemandunya menurunkan dirinya di rumah Youna. Akan tetapi, setelah HyunB muncul dalam hidupnya, dia merasa tertarik untuk berkawan dengan perempuan selain Youna. Ianya sangat malang kerana HyunB dan juga Youna adalah jiran. Dia terpaksa curi-curi untuk berjumpa dengan HyunB.

"Nampaknya, aku terpaksa keluar awal la setiap hari. Adui! kenapa la minah tu duduk berjiran dengan aku?!" Omel Youna sendirian tanpa menyedari kehadiran Junki yang sedang menyorok ditaman sewaktu dirinya melewati kawasan itu.

"Aik? Apsal Youna keluar awal sangat? Dia ada hal ke?" Tanpa dia sedari, dia terpijak ekor seekor anjing yang sedang nyenyak tidur.

Whooff!

Whhoff!!

Grrr! Whoff!!

"Oh mak kau! Anjing! Glup! H-hey~ anjing baik"

Anjing itu kelihatan marah lalu mendekati Junki yang sudah mula ketakutan.

P/s: anjing itu sejenis anjing berbaka besar! Besar! Besar giler! and berwarna hitam.

Junki pasrah. Dia redho sekiranya dia mati kerana dibaham anjing. Matanya dipejam erat.

Dengan berkeadaan mata masih terpejam, Junki kehairanan kerana anjing tersebut berbunyi manja. Dia cuba untuk membuka matanya perlahan-lahan.

Anjing itu sedang bermesra dengan Youna.

Terjatuh rahang Junki melihat adegan itu.

Like what! Anjing tu besar doh!

"Y-youna?"

Youna memandang Junki sambil tangannya masih membelai anjing tersebut.

"Kau...tak takut ke?"

"Kau ni! Macam tak kenal aku! Ini Youna la!" Youna tersenyum bangga.

"Gulp"

"Kau buat apa kat taman ni? kenapa tak datang je kat rumah aku? Dan apsal awal sangat kau ni?" terangkat sebelah kening Youna.

Terkial-kial Junki mencari alasan.

"Aku..aku..erk.."

"Dah la kau ni! Jom gerak. Nanti lambat pulak" Youna bangkit daripada terus mencangkung.

"Haih..mian HyunB." Junki mengeluh lalu dibontoti rakannya itu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

***
HyunB menghirup teh panas lalu menjamah sarapan yang ommanya sediakan. Dia melirik jam tangannya. Matanya membulat.

"Omma! HyunB pergi sekolah dulu!" Segera dia mencapai beg sekolahnya lalu ke pintu hadapan dan menyarungkan kasut sekolahnya.

"Mesti Junki tunggu lama. kenapa lah kau bangun lambat HyunB?! Haih! Masalah masalah" Omel HyunB sambil berlari ke taman yang dijanjikan untuk berjumpa Junki.

Sampai sahaja ditaman tersebut, kelibat Junki tiada. HyunB yang masih termengah-mengah kerana berlari tadi terus mengeluarkan telefon nya. Tertera mesej daripada Junki.

HyunB menggenggam tangannya. Lalu dia mendengus.

"Buat penat je aku lari tadi!! Tak jadi pulak?!" Dia mengetap bibirnya.

Rambutnya yang tidak terurus itu dikemaskan. Perlahan kakinya melangkah meninggalkan kawasan itu.

***
Youna menjeling Junki yang mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Dia mengeluh perlahan.

"Yah.."

Junki masih didalam dunianya sendiri.

"Yah Junki.." ucap Youna sambil menepuk bahu Junki.

"Hah? Eo? Wae? Wae?" Junki memandang Youna lalu menghadiahkan senyuman yang sememangnya kelihatan fake dimata Youna.

"Kau kenapa? diam je?" Matanya tajam memandang Junki. "Dia dah lain. Lain sangat. Tak macam dulu." getus hati kecil Youna.

Junki menggosok lehernya.

"aku..sakit gigi la..ahaha..tu yang diam je" Junki tersengih sambil memeluk bahu Youna.

"Haih..apa-apa je lah Junki. Asal kau bahagia." Youna pasti ada sesuatu yang Junki rahsiakan darinya dan dia akan korek rahsia itu.

Junki tersenyum.

"Maafkan aku, Youna. Kalau aku cerita, mesti kau sakit hati." Junki berbisik sendiri.

"Oi! cepat lah! Acik kantin ada bagi sarapan free!" Teriak Jiho apabila ternampak kelibat Youna dengan Junki.

"Hah?! Sejak bila acik kantin baik hati nak bagi sarapan free ni?" Youna kehairanan.

"Dah lah! Jom Youna! Nanti habis!" lantas Junki menarik tangan Youna. Tanpa disedari, Youna mengukir senyuman. Entah kenapa, dia suka apabila Junki melayannya, menyentuhnya, dan sentiasa berada disisinya. Satu perasaan asing tiba-tiba wujud. Dia sangat tak suka perasaan itu kerana adakala bahagia, adakala sakit.

"Adoi korang ni! lambat arh! Kijun dah reserve untuk kita. Dah jom" Jiho berjalan kerah mereka berdua dan terus menyelit diantara Youna dan Junki. Tangan kanannya diletakkan diatas bahu Junki manakala tangan kirinya diletakkan pada bahu Youna.

"Yah!"

"Sibuk je la kau ni!"

"Kajja! To the kantin!!"

Tanpa mereka sedari, sepasang mata asyik memerhatikan gelagat mereka dengan perasaan marah.

"Jadi..dia dengan Youna rupanya!" ??? menggenggam tangannya.

To Be Continued....

Author merayu..
Jangan jadi silent readers..
Vote la sekali.
Janganlah sekali je vote.
Berkali-kali la😂😂

BEST FRIEND? | Bad Person {2016}Where stories live. Discover now