6

21 6 0
                                    

Youna tidak dapat menumpukan perhatian kepada cikgu Hyeri yang sedang mengajar. Tumpuannya terganggu melihat Junki yang sedang asyik membalas mesej seseorang. Kejap matanya memandang ke hadapan dan kejap memandang Junki disebelahnya.

"Junki ni mesej dengan siapa? Time kelas pulak tu?" omelnya sendirian.

Kadang-kadang Youna ternampak Junki senyum sendiri sambil bermain telefonnya.

"Okay murid-murid, tolong buat latihan dimuka surat 76. Esok saya nak tengok semua siap, faham?" kata cikgu Hyeri sambil mengemas barang-barangnya. Tak lama lepas tu, loceng rehat berbunyi.

"Baiklah, jumpa esok.." cikgu Hyeri melangkah keluar.

"Assa! habis pun! huarghhh!" Youna menggeliat.

"Youna! Junki! jom rehat! Lapar dah ni oi!" Jiho menggosok perutnya.

"sorry guys, aku tak dapat rehat dengan korang semua. Ada hal, bye!" Junki segera melangkah keluar daripada kelas sambil diperhatikan oleh Youna, Jiho dan Kijun.

"Peliknya? sejak bila dia reti ada hal ni?" Omel Kijun.

Youna angguk tanda setuju. Tiba-tiba dia ternampak HyunB memandangnya dengan pandangan jelek. HyunB bangkit dari tempatnya dan sempat memberikan senyuman sinis kepada Youna sebelum dia keluar. Youna terkedu.

"Oi! Youna! kau taknak rehat ke? Jom arh!" panggil Jiho kepada Youna.

"Ah! tunggu!" lalu Youna membontoti dua orang kawannya itu.

***

Youna, Jiho, dan juga Kijun memerhatikan suasana dikantin sekolahnya. Mereka tercengang, Padat dan sempit! itulah yang boleh diperkatakan tentang kantin sekolah mereka.

"Weh, jom makan kat atas bumbung je lah" Kijun sekadar memberi idea.

"Okey jugak tu, jom la"

Mereka pun menuju ke bumbung sekolah. Sampai sahaja di situ, mereka memilih untuk makan dekat dengan palang penghadang. Sambil makan bolehlah menikmati suasana sekolah dari atas.

"korang..sejak akhir-akhir ni, aku tengok Junki dah tak selalu dengan kita kan?" soal Youna memecah suasana.

"Aah. Entah-entah, dia dah ada awek kut? yela manalah tahu"

"Boleh jadi! Dia kan hensem, kaya, popular lak tu" Kijun menyokong kata-kata Jiho. Youna terdiam.

"Dia dah ada awek ke?"

Kedua rakannya itu memandang Youna dengan wajah hairan.

"Kenapa kalau Junki ada awek?   K-kau jeles eh~?" soal Jiho sambil tersengih.

Youna tersentak manakala kijun sudah ketawa mengekeh.

"JELES? AKU? JELES? HAHA!" Youna mengipas wajahnya yang terasa panas.

" Hah! tu, muka kau merah!"

Youna lantas menyentuh wajahnya.

"mana ada lah!" youna memukul-mukul kedua rakannya itu.

"Hahaha! Sejak bila kau jadi macam ni?" Soal Kijun dengan ketawa yang masih bersisa.

Youna mencebik.

"Aku tanya je lah! Aku tak suka dia lah! eish korang ni!"

"Yeke ni?" Soal Jiho pula sambil keningnya terangkat.

"Yah!"

Terhambur ketawa mereka melihat wajah Youna yang sudah merah menyala. Susah tau nak tengok Youna macam tu!

Tiba-tiba kedengaran suara orang sedang berborak. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Jom usha." Ajak Jiho

"Weh, takyah arh!"

"Ala, jom la. Aku macam kenal suara tu" Jiho sudah bangkit lalu menuju ke arah suara tersebut.

Nak tak nak, Youna dan juga Kijun terpaksa ikut. Mereka mengintai disebaling dinding.

"Eh?"

"Junki la?"

"Dia buat apa kat sini? kenapa tak ajak kita nak lepas sini?"

Mereka berpandangan sesama sendiri. Tiba-tiba, muncul seorang perempuan menghulurkan air tin kepada Junki.

"Siapa tu?"

"Awek dia ke?"

Youna mengetap bibir, entah kenapa hatinya terasa sakit melihat Junki bersama perempuan lain.

" Nah..awak suka kan air mangga?"

Junki tersengih lalu air tin bertukar tangan.

"Thanks Awak"

Mereka bertiga terpaku. Pelajar perempuan yang bersama Junki itu rupanya HyunB.

"Junki..HyunB?"

"Dorang kapel ke? asal tak bagi tahu kita?"

Youna mendengus.

"Guys, aku balik kelas dulu arh" ucap Youna yang kedengaran kecewa.

"Eh! jap tunggu aku!"

"Weh, tunggu"

Mereka pun pulang ke kelas meninggalkan kawasan itu.

***
Sepanjang dikelas, Youna banyak mendiamkan diri dan tidak seceria selalu. Junki tegur pun, dia buat tidak tahu sahaja.

"Jiho, Youna kenapa? Moody je aku tengok?"

"Entah" jawab Jiho sepatah.

Junki memandang pula Kijun. kijun tersengih lalu menjongket bahunya tanda tidak tahu.

"Dah kenapa semua macam moody je?" Junki memandang Youna. Dia mengeluh.

HyunB yang melihat situasi tegang antara Junki dan rakannya mula mengukir senyuman. Dia gembira dapat buat Youna sakit hati.

***
Youna melangkah keluar kelas, tiba-tiba tangannya direntap seseorang.

"Youna.."

"Kau nak apa? Lepaslah"

"Kau kenapa? Aku tegur kau, kau buat tak tahu je!"

"Kau tanya lah diri kau sendiri." Youna merenung kedalam anak mata Junki.

"Tanya diri aku sendiri? Tap-"

Youna menarik tangannya. Wajah HyunB yang memerhatikan mereka dipandang.

"Kau pergi lah balik dengan awek kau tu. Nanti dia jeles pulak" Youna melangkah pergi.

"Youna! jap!" sekali lagi Junki menarik tangan Youna.

"Lepaslah! aku nak balik!" Ucap Youna dengan nada tinggi lalu menarik tangannya dan terus melangkah pergi. Junki yang memanggilnya dihiraukan.

"Kenapa dengan dia tu? jap! dia kata aku ada awek?!"

HyunB tersenyum puas.

"Yah! Junki, kitaorang cau dulu ea. bye!"

"Jiho Kijun jap! Kenapa dengan korang hari ni? Aku ada buat salah ke?" Junki menahan Jiho dan Kijun.

"Ark. Tu! HyunB cari kau! Bye! Jom Kijun!" Jiho terus meloloskan diri bersama Kijun.

" yah!" Junki memandang HyunB yang tersenyum manis kearahnya.

Junki membalas senyuman HyunB.

"Wae? tak balik dengan dorang ke tadi?"

"Anni, dorang kasi chan saya balik dengan awak. Hee" Junki cuba menyedapkan hati.

Mereka berdua pun pulang bersama-sama. Seperti biasa, Junki akan tunggu sehingga HyunB masuk ke dalam rumah sebelum beredar. Kebetulan, Youna keluar untuk membuang sampah. Mata mereka bertembung.

"Youna"

***

To Be Continued...

BEST FRIEND? | Bad Person {2016}Where stories live. Discover now