Bab 49

6.8K 268 1
                                    

Kadang-kadang takdir Allah itu yang menyebabkan semua manusia menjadi lebih matang dan belajar mana yang baik dan buruk. Setiap takdir itu memberi pengajaran dalam kehidupan. Dan semuanya bergantung pada yang Maha Esa. Bahawa sebernanya manusia akan kembali kepada Tuhan dan meminta keampunan. Memberi petunjuk dan menyerahkan segalanya kepadaNya.

Zul duduk di atas sejadah. Memikirkan nasib dan segala ujian yang Allah beri kepadanya. Segala ilmu yang dia belajar daripada Haji Roslan membuatkan dia lebih banyak berfikir dan mendiamkan diri. Banyak teka-teki yang bermain dalam fikirannya.

"Kerna Syurga itu bukan percuma, sebab itulah kena usaha"

Zul akui Haji Roslan banyak ilmu pengetahuan. Hanya dia yang cetek ilmu. Solat juga dia tak tahu. Apatah lagi wuduk. Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk dia belajar kembali bersama Haji Roslan.

"Assalammualaikum umi...abi!" Saidatul memeluk erat umi dan abinya. Sudah lama tidak menatap wajah kedut itu. Haji Roslan tersenyum melihat anak gadisnya pulang dengan selamat.

"Waalaikummussalam, macam mana dengan usrah? semuanya okey?" Tanya Haji Roslan. Saidatul mengangguk lalu tersenyum.

"Alhamdulillah..semuanya okey, abi. Saidatul nak masuk bilik kejap, nak rehat ya umi, abi" kata Saidatul. Memang dia penat. Letih dengan melaksanakan usrahnya. Tapi Alhamdulillah, ilmu yang dibawa membawa berkat.

Saidatul mengangkat bagasinya untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Rindu dengan katil kesayangannya. Rindu dengan meja cerminnya. Haih, Saidatul.. baru 6 bulan kau tak ada kat rumah. Dah macam gila bayang dah. Saidatul tersenyum seorang diri. Tiba-tiba, matanya tertacap pada pintu bilik menghadap pintu bilik tidurnya. Kelihatan dalam bilik itu bercahaya. Ada orang ke? Saidatul mengerutkan dahinya. Siapa yang ada dalam bilik kosong tu? Saidatul menghampiri pintu bilik itu. Tangannya perlahan-lahan hendak membuka tombol pintu itu.

Tiba-tiba, pintu terbuka sendiri. Saidatul memandang susuk tubuh di hadapannya.

"Arghh!!" Saidatul menutup matanya dengan tapak tangan. Zul membulatkan mata. Sss..Saidatul...? Dia segera menutup pintu biliknya kembali. Badannya disandar pada pintu. Dahinya berpeluh. Dadanya sesak. Nafasnya seakan tersekat-sekat. Tak disangka, gadis yang disukainya dalam diam berada di hadapan pintu biliknya. Dia dah balik? kenapa Haji Roslan tak habaq kat dia.. haa kan, Kedah dah mai. Zul menarik nafas dalam-dalam. Fuh, tenang Zul.. jangan gementar sangat.

"Kenapa jerit, Saidatul? risau umi kat bawah..." Umi dan abinya menghampiri Saidatul yang masih tergamam sedari tadi. Dia menoleh ke arah orang tuanya.

"Ss..sia...siapa...?" Saidatul tergagap-gagap. Haji Roslan mengumam bibirnya apabila Saidatul menunjukkan pintu bilik yang didiami Zul. Kasihan anak gadisnya. Haji Roslan menghampiri pintu bilik. Dia mengetuk pintu bilik Zul.

"Zul.. bukaklah pintu. Zul..?" Haji Roslan menyahut namanya. Saidatul mengerutkan dahinya. Zul? siapa Zul? Zul tersentak. Haji Roslan pun dekat luar? Air liurnya ditelan. Gementar....

Dengan kalimah bismillah, Zul menguak pintu biliknya. Kepalanya ditunduk. Malu hendak menatap wajah Saidatul yang sudah pasti kenal dengan wajahnya. Saidatul mengerutkan dahinya. Zul menggagahkan juga mengangkat wajah. Dia tersenyum kelat.

"Encik...?" kata Saidatul. Haji Roslan menutup mulutnya menahan gelak.

"Err.."

******

Semua senyap di ruang tamu. Zul menundukkan kepalanya. Saidatul mengetap bibirnya. Haji Roslan dan isterinya juga mengunci mulut. Bunyi kipas menganggu fikiran Zul.

"Zul... Zul nak cakap apa-apa?" tanya Haji Roslan tiba-tiba. Zul mengangkat wajah. Matanya sesekali memandang Saidatul yang tertunduk.

"Err.. Saidatul.. sss...ssaya.. saya anak didik ayah awak selama ni. Banyak yang saya belajar dari ayah awak. Dan... kalau boleh... ssaa..saya nak awak ada dalam penghijrahan saya" luah Zul. Saidatul mengerutkan dahi.

"Apa maksud semua ni, abi? Saidatul tak faham. Tolong bagitahu Saidatul apa yang Saidatul tak tahu selama ni?" kata Saidatul sambil memandang wajah Haji Roslan. Haji Roslan memandang Zul. Meminta untuk menjelaskan perkara yang betul.

Zul terdiam dan Saidatul juga diam. Mereka berdua berada di luar rumah. Haji Roslan hanya memerhati dari dalam rumah.

"Bang, diaorang buat apa?" tanya isterinya.

"Biarkan mereka. Abang nak Zul jujur dengan Saidatul. Tiada sebab untuk berselindung. Nanti dah kahwin, tak perlu Zul mereka cerita yang bukan-bukan" kata Haji Roslan.

"Jadi selama ni.. awak tinggal dengan abi, umi?" tanya Saidatul. Zul mengangguk perlahan. Saidatul seakan-akan tak percaya.

"Ehem, awak. Saya ada hajat" kata Zul tanpa memandang wajah Saidatul. Saidatul terdiam. Rasa bergetar jantungnya tatkala menunggu Zuo menyampaikan hajat.

"Saya nak halalkan awak" Saidatul menutup matanya. Ya Allah, berikan aku petunjuk. Gugur air matanya secara tak sengaja. Perasaan bercampur aduk. Zul memandang Saidatul.

"InsyaAllah, Saidatul. Dengan ilmu yang saya ada walau sedikit, saya akan cuba membimbing awak sampai ke Syurga" kata Zul lagi. Saidatul menahan sebaknya.

"Ya, saya dulu jahat. Jangan awak ragu-ragu dengan saya, Saidatul. Saya sedang berubah. Apabila kita dah halal, peganglah tangan saya, sandarkan kepala pada bahu saya. Jadikan saya seorang pelindung awak di dunia dan akhirat juga" tak tahan sebak, Saidatul mengalirkan air mata lagi. Sungguh, dia benar-benar terasa dengan luahan kata Zul. Apakah benar dia jodohku?

Saidatul berdiri, berpaling muka. Tersembul wajah kedua orang tuanya. Memandang dengan senyuman emas. Memberitahu bahawa semuanya diserahkan kepada yang Esa. Saidatul terhenti langkahnya. Menekurkan wajahnya ke lantai.

"Saya berjanji, Saidatul. Hidup dan mati saya keranaNya. Apa yang saya lakukan, awak juga lakukan. Apa yang saya usahakan, awak juga usahakan. Terimalah saya menjadi pendengar masalah awak. Menjadi tembok keselamatanmu. Menjadi sinaran dalam menggapai SyurgaNya" kata Zul dengan penuh puitis dan bermakna.

Gugur lagi air mata Saidatul. Haji Roslan hanya menahan sebak. Dia tahu Saidatul akan menerima seorang lelaki yang berjiwa tinggi.

Allah, guide me. Allah, send me the one that can hold my hand, walking to Jannah and live in peace. May You ease everything.

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now