Bab 28

4.7K 266 2
                                    

"Macam mana ni Aiman? Heliza marah aku! Heliza marah aku!" Harith memegang bahu Aiman. Aiman menggelengkan kepala.

"Sabar, Rith... Kau nak takut kenapa? Apa yang Heliza tengok kan bukan yang dia sangka kan? Lagipun, dia marah tanda dia cemburu kan?" Harith terdiam. Tapi...tapi.... Arghh

"Macam mana kalau Haji Muhammad dapat tahu? Macam mana kalau perkahwinan kami dibatalkan? Heliza marah aku sangat ke?" Harith dengan sikap lurus bendulnya itu tidak dapat dipisahkan. Ada saja perkara negatifnya.

"Sabar, Rith. Kau akan kahwin empat hari je lagi.. Semua benda dah siap, takkan senang-senang Haji nak batalkan?" Aiman cuba untuk memujuk. Harith mengetap bibir.

******

Haji Ahmad ketawa. Harith menepuk perlahan bahu Haji Ahmad.

"Tuk Haji, Harith tengah buntu ni" kata Harith.

"Janganlah negatif sangat, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" Harith tertunduk.

"Tuk Haji, sejak Harith nak menghalalkan anak dara orang, macam-macam ujian yang Harith terima.. Allah memang sengaja beri Harith kesusahan atau memang Allah tu tak nak Harith kahwin dengan Heliza?"

"Haish, mana boleh cakap macam tu... Allah beri kita ujian sebab Allah tu sayang dekat kita, jangan risau pasal kesusahan ni, dulu haji nak halalkan makcik Aminah kamu tu, memang susah! Macam-macam dugaan yang haji tempuhi tahu? Sabarlah sikit. Allah nak beri kita kemanisan yang indah selepas kesusahan yang kita tempuhi" kata Haji Ahmad cuba memujuk Harith.

"Hmm, Harith kena sabar dan tabah" Haji Ahmad mengangguk.
"Tapi kenapa Nad tu nak kamu kahwin dengan dia? Haish, macam-macam lah dunia akhir zaman ni" Haji Ahmad menggelengkan kepala. Harith menggarukan kepalanya.

"Harith rasa serba salah dengan cik Nad tu, dah lah tunang dia buat hal.. Dia minta pulak Harith kahwin dengan dia, Harith mana boleh curang dengan Heliza" kata Harith. Mana mungkin dia mahu meninggalkan Heliza.

"Kamu dah pun buat Heliza tu rasa Harith curang dengan dia" perli Haji Ahmad.

"Tuk Haji! Aiman ada masa tu, Harith tak berdua dengan cik Nad tu.." Harith menepuk lembut bahu Haji Ahmad. Haji Ahmad ketawa terbahak-bahak.

******

Dua hari saja lagi akad nikah akan berlangsung. Heliza dan Harith tidak bersua muka. Berbalas surat juga jarang. Masing-masing mendiamkan diri. Masalah cemburu Heliza masih belum selesai lagi. Jarang dia melihat Heliza sekiranya dia singgah datang ke rumah gadis itu. Merajuk lagi gadis itu?

Nasib Heliza tidak memberitahu Haji Muhammad tentang perkara salah faham itu. Puan Khadijah tahu cerita. Haish, terpaksa malam itu dia menerangkan perkara yang betul kepada Puan Khadijah.

"Betul ke, Harith?"

"Demi Allah! Aiman ada dengan Harith.. Cuma Heliza ternampak kami tu, Aiman pergi tandas" kata Harith dengan jujur.

Alhamdulillah! Puan Khadijah mempercayainya. Bukan senang orang mahu percaya mulut orang. Mungkin Puan Khadijah memang tahu dirinya tidak pernah buat jahat? Alhamdulillah.

******

"Rith, aku suka dekat Nad" tersembur air jus ke muka Aiman.

"Rith! Kau ni tak senonoh lah, habis air liur kau dekat muka aku" Harith cepat-cepat mengambil tisu lalu mengelapkan muka Aiman. Bibirnya digumam. Rasa nak gelak.

"Betul ke? Alhamdulillah, kalau macam tu cepat-cepatlah masuk meminang dia.. Perkara yang baik elok dicepatkan" kata Harith. Aiman terdiam.

"Tapi..."

"Kau janganlah risau, sekarang ni cik Nad sakit hati dengan tunang dia, lebih baik kau cepat pinang dia, mana tahu dia pum ada hati dekat kau" Aiman hanya mendiamkan diri.

"Aku cuba.. Kau bawalah aku jumpa keluarga dia" Aiman memegang bahu Harith.

"InsyaAllah, tapi buat masa ni biar cik Nad bertenang dulu" kata Harith. Aiman mengangguk kecil.

Malam sebelum majlis akad nikah yang akan berlangsung esok, Harith termenung di luar rumahnya. Esok akan menjadi satu sejarah dalam hidupnya. Dia bakal bergelar seorang suami. Ya Allah, berdebarnya hati aku ni.

Harith memegang satu keping gambar arwah ibu dan ayahnya. Rindunya terhadap mereka. Air mata Harith bertakung. Tunggu masa untuk mengalir saja di pipi.
"Ibu ayah... Harith nak kahwin esok.. Harith bakal jadi suami kepada Heliza, menantu ibu ayah. Ibu ayah mesti suka dekat Heliza kan? Heliza baik, solehah. Ibu mesti suka" Sebak. Itulah yang dapat digambarkan Harith saat itu. Air mata lelakinya jatuy dengan deras.

"Harith rindu ibu ayah, walaupun ayah selalu marah Harith, Harith tetap sayangkan ibu ayah.." Harith menyeka air matanya.

"Ibu, anak ibu ni dah tak lurus bendul, Harith dah matang.. Harith dah nak kahwin dah, bu. Ibu senyumlah tengok Harith ya esok.. Ayah, rindu ayah..." Air mata tak henti-henti mengalir.

Malam itu masanya banyak mengingati arwah ibu dan ayahnya. Malam yang berangin itu cukup buat dia mengingati arwah ibubapanya.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku...

Make It Halal - CompletedWhere stories live. Discover now